Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir....

Posted by mije Selasa, 31 Agustus 2010 0 komentar
Kita telah berada di pusingan akhir iaitu 10 terakhir, selepas sama-sama melalui 20 yang awal. Pada pusingan ini, pencinta amalan sedang sibuk memburu Lailatul Qadar sama ada dengan memperbanyakkan doa, solat tahajud, iktikaf dan lainnya.

Mereka berusaha bersungguh-sungguh dengan tidak membiarkan Ramadhan berlalu begitu saja melainkan mendapat keampunan, gandaan pahala dan yang paling utama mendapat takwa.

Tetapi pada mereka yang tidak kisah dengan pelbagai tawaran Allah pada bulan berkat ini, datang atau berlalunya Ramadhan bagi mereka sama sahaja, tiada istilah 10 malam terakhir, malah langsung tidak faham pusingan akhir Ramadhan.

Justeru, tazkirah dan rintihan ini ditujukan khusus kepada mereka yang tidak faham dengan Ramadhan dan buat-buat tidak kisah dengannya.

Andai ini Ramadhan yang terakhir! Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu siangnya engkau sibuk berzikir, tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu mendayu, merayu...kepada-Nya, Tuhan yang satu.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu solatmu kau kerjakan pada awal waktu, solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawaduk, tubuh dan qalbu...bersatu memperhambakan diri menghadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji ‘innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin’ [Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku, kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai ini Ramadhan yang terakhir! Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu, setiap masa tidak akan dibiarkan begitu saja, di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan al-Quran bakal kau dendang, bakal kau syairkan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajud, mengadu, merintih, meminta belas kasih ‘Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu, tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu.”

Andai ini Ramadhan yang terakhir! Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tidak akan melupakan mereka yang tersayang, mari kita meriahkan Ramadhan kita buru, kita cari, suatu malam idaman yang lebih baik daripada seribu bulan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir, mempersiap diri, rohani dan jasmani, menanti-nanti jemputan Izrail, di kiri dan kanan, lorong-lorong reda ar-Rahman.

Andai ini Ramadhan yang terakhir! Duhai Ilahi...andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah ia Ramadhan paling bererti, paling berseri, menerangi kegelapan hati kami, menyeru ke jalan menuju reda serta kasih sayang-Mu, ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti.

Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya, cuma yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-Nya.

Oleh kerana kita sama-sama tidak tahu apakah Ramadhan ini terakhir buat diri kita, mengapa tidak kita mengambil langkah selamat, iaitu terlebih dahulu mengambil kesempatan Ramadhan yang kita lalui ini untuk beramal ibadat sedaya mungkin, berdoa serta merintih memohon keampunan. Selamat beramal!

Yeahhah,, Esok balik kampung..

Posted by mije Kamis, 26 Agustus 2010 0 komentar
Assalamualaikum. Huh tak sabarnya nak menunggu hari esok. Emm sebab apa yer..Emm sebab esok mijie akan balik kampung. Yeahahhhh.. Dapat jumpa family dan anak-anak buah yang dah lama tak jumpa..Rasanya dah 3 bulan kot tak jumpa. hehe.. Lama ke tu??..


Esok mijie akan bertolak dari sini dalam pukul 10 pagi untuk menggelakkan kesesakan lalu lintas. Awal-awal nanti sesak pulak kan. Perjalanan balik ke Terengganu mungkin akan mengambil masa 7jam @ 8jam jugak. Nak balik kampung ni teringat pulak kat lagu sudirman ni.


Perjalanan jauh tak ku rasa 
Kerna hati ku melonjak sama 
Ingin berjumpa sanak saudara 
Yang selalu bermain di mata 

Nun menghijau gunung ladang dan rimba 
Langit nan tinggi bertambah birunya 
Deru angin turut sama berlagu 
Semuanya bagaikan turut gembira
 
Balik kampung oh oh...( 3X ) 
Hati girang 
Ho ho... Balik kampung (3X) 
Hati girang 

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang 
Satu-satu tersemat di kalbu 
Pasti terubat rindu di hati 
Menyambut kepulangan ku nanti.

Bestkan lirik lagu ni..Sedih pun ada. Emm ok.. Nak tidur awal sikit malam ni.. Nak rehat secukupnya. Doakan mijie selamat sampai esok yer..;)

Tutorial Blogspot || Cara membuat tooltip

Posted by mije Selasa, 24 Agustus 2010 0 komentar
Assalamualaikum. Atas permintaan ramai, mijie buat juga tutorial ini seperti kata pujangga "Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.". Ingat yer adik-adik..~hehe~.. Tutorial blogspot kali ini adalah cara-cara untuk membuat tooltip yang seperti korang lihat bila cursor mouse berada pada link dalam blog ni ataupun mouse hover dalam bahasa programming. Ok jom ikut step dibawah.

Step 1 : Login Dashboard => Design => Edit HTML => Klik pada Expand Widget Templates.

Step 2 : Cari kod </head>.

Step 3 : Copy kod dibawah dan paste sebelum kod yang anda cari tadi.

<link href='http://dl.dropbox.com/u/9176567/mijie/urltooltip.css' media='screen' rel='stylesheet' type='text/css'/>
<script src='http://sites.google.com/site/defaultjssite/urltooltip.js' type='text/javascript'/>
<script src='http://sites.google.com/site/defaultjssite/sweettiles.js' type='text/javascript'/>

Step 4 : Siap. Mudah kan. Preview untuk melihat hasilnya. Jika tiada error, boleh lah save yer. Selamat mencuba dan selamat berpuasa yer. 

Rahsia Disebalik Solat

Posted by mije Jumat, 20 Agustus 2010 0 komentar
Assalamualaikum w.b.t. Semakin hari, semakin berkurang jemaah di masjid dan surau. Kenapa ini terjadi?. Mungkin kerana sifat malas atau kepenatan atau terlalu banyak makan masa berbuka. Tapi adakah mereka tahu rahsia disebalik solat itu??. Adakah solat itu meletihkan seseorang??. Adakah mereka tahu setiap pergerakkan yang dilakukan ada rahsia-rahsianya??.. Disini saya mengungkap rahsia-rahsia yang diperolehi daripada solat.


A. Berdiri betul dan takbir.


Perbuatan berdiri dan takbir dalam solat memberi faedah kerehatan kepada otot-otot atas dan bawah belakang dan kedua-dua kaki, kerana berdiri meluruskan tulang belakang dan kaki dan kedua-dua tidak membengkok atau terhimpit, ini memudahkan kelancaran peredaran darah dan urat saraf berada di posisi asal.

Sementara tumpuan mata pada tempat sujud menarik tumpuan otak atas dan bawah bersatu dalam satu pusat konsentrasi dan membebaskan akal dari sebarang ingatan, menjadikan ia rehat dan tenang. Ini merupakan latihan untuk membina kesihatan zahir dan batin seseorang.

B. Rukuk dan Iktidal


Rukuk pula merenggang sepenuhnya otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Ketika itu darah pula dipamkan ke atas badan. Kesan daripada pergerakkan  itu, melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Kesan jangka panjangnya akan menyejahtera dan mengharmoni jiwa.

Perbuatan berdiri iktidal (bangun dari rukuk) dan berhenti sejenak memberi peranan kepada darah yang baru bergerak itu masuk ke dalam saluran urat asalnya. Lalu badan mendapat balik kerehatan dan menghilangkan ketegangan(release tension).


C. Sujud dan duduk antara dua sujud


Sujud pula membina otot perut dengan sempurna dan mengelakkan perut buncit. Menambah dan melancarkan aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya daerah kepala, termasuk mata, telinga, hidung dan paru-paru, membersihkan pernafasan dan sistem urat saraf, mengeluarkan mentol toxin dari badan oleh aliran darah itu daripada organ-organ berkenaan.

Sujud kedua pula mengimbangkan sistem saraf dan menyempurnakan pengoksidenan seluruh badan. Kesannya memberi keringanan kepada badan dan emosi. kesan lain daripada sujud terhadap kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan ialah mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan(elasticity) sendi-sendi. Bagi wanita yang mengandung pula, sujud dapat membetulkan kedudukan janin di posisi yang sempurna. Kesan sujud dari segi kerohanian pula ialah menghapuskan ego, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah, meninggikan ruh dan memantapkan tenaga jiwa. Lantaran itu Nabi s.a.w menganjurkan agar lama dalam bersujud.

Perbuatan duduk diantara dua sujud pula, bila tumit kanan melentur dan dihimpit pula oleh tekanan berat kaki dan badan, membantu mengeluarkan keracunana(toxin) dari organ hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar.

Sementara bagi kaum wanita pula mereka membiarkan badan mereka berada di atas kedua kaki yang bertapak tegak ke atas. kesannya akan memberikan keselesaan dan kerehatan yang selesa. Gerakan ini memberi kesan penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke arah bawah, memberi kelawasan kepada pembuangan najis dan mengelakkan sembelit.

D. Kesan bacaan dalam solat pada kesihatan.
Selain rukun perbuatan(rukun fi’li) dalam solat, gerakan rukun bacaan (rukun qauli) juga memberi kesan merangsangkan hati, kelenjar tiroid(leher dan halkum), kelenjar pineal, kelenjar pitunitari, kelenjar adrenal dan paru-paru serta meningkatkan fungsi semua anggota zahir dan batin.

E. Kesan rukun tertib
Tertib ialah kesinambungan antara suatu rukun dengan rukun yang lain wajib ada susunan yang teratur tanpa boleh didahulukan atau dikemudiankan mana-mana yang telah ditetapkan. bermula dari takbir hinggalah kepada salam. Rukun ini ialah sebagai latihan kepada jiwa kita agar peka dengan disiplin dalam hidup. Orang yang telah biasa mematuhi disiplin dalam solat dengan sepenuh hati, ia mudah untuk mendisiplinkan dirinya ketika berhadapan dengan disiplin hidup, khususnya yang telah diaturkan oleh syariat Allah.

Preview Rahsia Buat Duit Raya

Posted by mije Minggu, 15 Agustus 2010 0 komentar
Assalamulaikum dan salam ramadhan. Alhamdulillah, dalam kesibukan masa yang terhad ini, saya telah berjaya menghabiskan pembacaan  sebuah ebook “Rahsia Buat Duit Raya Dibongkar” yang ditulis oleh Saudara Khairul Fadhli.

Ebook ini amat menarik bagi saya kerana ia mempunyai banyak perkara-perkara asas yang perlu saya tahu sebelum memulakan perniagaan internet. Penerangan yang dilakukan adalah amat ringkas dan mudah untuk difahami. Ia mengandungi 5 topik penting iaitu :-


1 – Langkah Pertama.
2 – Idea Produk.
3 – Teknik Promosi.
4 – Modal.
5 – Senarai Semak.

Melalui pembacaan ini, saya telah mendapat sedikit idea untuk memulakan perniagaan internet. Yelah, takkan baca satu ebook dan boleh jadi pakar kan. Jutawan Internet pun telah menghabiskan duit beratus-ratus, bahkan beribu-ribu ringgit untuk berjaya.

Lagipun saya masih lagi dalam proses belajar dan banyak perkara lagi yang perlu dipelajari. Sekurang-kurangnya sekarang saya boleh mempraktikkan sedikit demi sedikit. Itu pun sudah memadai. (kalau ada yang expert mengenai perniagaan internet membaca blog saya, boleh bantu kan, hehe).

Disamping itu juga, baru saya tahu yang sebenarnya banyak peluang yang boleh dilakukan untuk berjaya dalam bisnes internet dan yang paling penting perlu sedikit usaha, Kalau ada program “Hanya duduk dirumah, goyang kaki, duit masuk” itu adalah program yang 100% menipu.

Agak mustahil untuk mereka memberi duit dengan begitu mudah sekali kan. Kalau Multi Level Marketing(MLM) pula kena cari downline untuk berjaya. Memang ada MLM yang memenuhi tuntutan syariat, tapi kena pandai-pandai cari lah.

Dari segi harga pula, rasanya amat berpatutan dengan ilmu yang saya dapat. Apa salah keluarkan sedikit duit untuk ilmu yang bermanfaat dan ibarat melabur untuk masa depan kan. Kalau topup RM30 sebulan boleh beli, takkan ebook ni tak boleh beli kan. Dan paling penting jika ada masalah boleh terus email kepada penulis ataupun call/sms, pasti akan dibalas jika beliau tidak sibuk.

Ya, betul seperti saya kata tadi, tidak semestinya dengan membeli ebook ini anda akan terus berjaya tetapi sekurang-kurangnya anda mendapat sedikit ilmu dan mendapat idea untuk memulakan perniagaan internet ditambah dengan usaha yang dicurahkan.

Ok setakat ini sahaja preview dari saya, saya tidak memaksa untuk anda membeli ebook ini, sekadar berkongsi pengalaman setelah membaca kesemua ebook ini. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan, saya budak baru belajar TETAPI tak mustahil suatu hari nanti akan berjaya mencapai apa yang diingini samada dalam dunia internet mahupun kerjaya saya sebagai programmer. Aminn.. .=)

Note : Klik sini untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan. Tapi sebelum klik, pastikan anda perrlu clear cookies/history browser anda terlebih dahulu. Cara clear cookies :-

Mozilla Firefox ==> Tools => Clear Recent History => Time range to clear => select Everything => Clear Now.

Google Chrome ==> Klik “spannar” pada sebelah kanan atas => Option => Pilih tab  Under The Hood => Clear Browsing Data => Tips semua kecuali Clear Save Password dan Select Everything => Clear.

Internet Explorer ==> Tools => Internet Options => Tab General => Delete Browsing History => seperti yang di atas.

*Cara ini juga boleh melajukan loading internet anda.

Tutorial Blogspot || Energy Saving Mood (Update)

Posted by mije 0 komentar
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Tutorial yang amat ringkas tapi mungkin menarik bagi sesetengah blogger terutamanya pemilik blog ini, ia hanya menggunakan kod jquery/ajax. Kalau korang perasan, blog mijie akan gelap dan akan mengeluarkan perkataan “SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..bla bla bla” setelah 60 saat dibiarkan tanpa klik. Ok, tanpa mengulas lebih panjang, kalau berminat jom ikuti step dibawah.


Step 1 : Login Dashboard => Design => Edit HTML => Expand Widget Templates.

Step 2 : Cari kod <head>.

Step 3 : Copy kod dibawah dan “paste” kan sebelum kod <head>.

<script language='javascript' src='http://dl.dropbox.com/u/9176567/mijie/energy_saving.js' type='text/javascript'/>

Step 4 : Ok siap dan PREVIEW terlebih dahulu untuk memastikan tiada error berlaku dan biarkan selama 60saat tanpa untuk melihat hasilnya. Jika OK, klik je Save Template.  Jika tidak keluar juga, sila buka semula edit HTML dan paste kan kod tadi sebelum </head> .

Tutorial ini adalah atas permintaan kawan mijie iaitu RedBoy. Blog dia pun tidak kurang hebatnya.

Note : Perkataan yang akan keluar kat blog korang tidak sama dengan blog mijie kerana ini adalah default kod jquery tanpa mijie mengubah apa-apa.

Jika korang ingin mengubah perkataan tersebut, sila *buka kod jquery tersebut dan cari pekataan yang yang ingin di ubah itu. Selepas selesai mengubah, upload file tersebut kedalam  perisian dropbox kerana perisian tersebut support file javascript.

*Untuk membuka kod tersebut klik http://dl.dropbox.com/u/9176567/mijie/energy_saving.js

Harap maaf kod yang sebelum ini ada masalah sikit.. Ini kod yang telah mijie ubah. Alhamdulillah dah ok..;)

Sibukkah aku sekarang???

Posted by mije Sabtu, 14 Agustus 2010 0 komentar
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf jika saya tidak membalas kunjungan, tag, award dan pertanyaan korang. Kesibukan sebagai seorang "blogger" separuh masa amat membataskan masa yang ada.

Pada Bulan Ramadhan, seharusnya meluangkan lebih banyak masa dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya untuk beribadah kepada-Nya dengan mengurangkan aktiviti berblogwalking. Bulan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan dan terdapat satu malam didalam bulan Ramadhan adalah lebih baik daripada seribu bulan, so, tersangat rugi kalau tidak merebut peluang ini.

Namun, persahabatan antara blogger juga tidak akan saya abaikan walaupun hanya seketika. So, perlu membahagikan masa yang ada dengan sebaik-baiknya kerana masa itu lebih berharga pada bulan Ramadhan. Malam ni adalah malam ke-5 kita berterawih, rasanya masa yang berlalu begitu cepat kan.

Selain itu, sebagai pekerja atau lebih spesifik sebagai seorang programmer memerlukan rehat yang secukupnya untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan mencari idea untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud, dan sekarang adalah masa paling sibuk memandangkan kerja perlu disiapkan sebelum balik kampung pada 27hb Ogos ni. Hanya 2 minggu lagi. Lama ke 2 minggu tu??. Rasanya 2 minggu hanya sekejap sahaja. Pejam celik pejam celik dah sampai 2 minggu kan. 

Kalau dulu, saya cuba curi sedikit masa untuk aktiviti berblogwalking masa kerja tetapi sekarang lebih fokus kepada kerja yang dilakukan dan masa rehat pula saya menggunakan waktu rehat yang sebetulnya dengan memejamkan mata sekejap(kata lain tidur sekejap.~hehe~) ataupun melihat pemandangan diluar office. Ya, kita akan merasa letih jika memandang screen laktop lebih lama. Sebaik-baiknya rehatkan mata setiap 2 jam mengadap screen laktop atau komputer. 

Tambahan lagi, internet disini buat hal lagi, baru semalam dapat online setelah sekian lama bermasalah, saya pun tidak pasti apa puncanya.  Rasa lebih seminggu tak dapat connection. Tension betul. Hilang terus mood berblog. ~huhu~..

Tidak dinafikan, jika kurang berblogwalking ni, trafik pun kurang tapi alhamdulillah tetap dapat UV minimum 100 sehari tanpa blogwalking. Apa-apa pun terima kasih kat korang semua yang sudi jenguk blog saya yer..InsyaAllah saya mencuba untuk membalas jejak korang yer. Don't worry be happy dan Selamat Berpuasa dan jangan ponteng2 tau..~hehe~.

Tazkirah Ramadhan || Kelebihan Bulan Ramadhan

Posted by mije Jumat, 13 Agustus 2010 0 komentar

1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)


2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Sumber : http://ohbayu.com/tazkirah-jumaat-kelebihan-bulan-ramadhan/

Salam Ramadhan daripada mijie

Posted by mije Selasa, 10 Agustus 2010 0 komentar
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah kita telah diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah malam tadi di surau-surau dan masjid penuh dengan muslimin dan muslimat yang ingin mengejarkan salah satu ibadah yang amat dituntut pada bulan Ramadhan yang penuh berkat.


Dikesempatan ini, mijie ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, selamat berpuasa, dan harap dimaafkan jika ada salah dan silap. Jangan ponteng-ponteng puasa tau. Banyakkan menunaikan ibadah kepada-Nya dan jadikan Ramadhan ini lebih baik dari tahun lepas, dan beribadah dengan penuh ketaqwaan kepada-Nya. Aminnnn...



SALE!!!.. Pakaiannya Berkualiti??

Posted by mije Minggu, 08 Agustus 2010 0 komentar
Assalamualaikum. Kehangatan ketibaan Bulan Ramadan yang bakal tiba 1 hari lagi kian dirasai oleh semua umat Islam terutamanya di Malaysia. Di pusat-pusat membeli belah ramai orang yang berpusu-pusu untuk mencari bekalan untuk menyambut Ramadan dan juga pakaian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri walaupun raya masih lama. ~hehe~.

Dikesempatan ini, mijie juga tidak ketinggalan untuk join sama membeli belah di SOGO, Jalan Masjid India dan juga Midvalley semalam. Pertama sekali mijie kesana time “SALE” seperti ini, almaklum-lah tinggal sini belum sampai setahun lagi. Tahun lepas "shopping" di Terengganu je. Tidak sangka pula terlalu ramai orang yang datang kesini. Kepadatan pelanggan seperti esok dah nak raya. Banyak potong-potongan harga yang ditawarkan oleh peniaga sehingga 70%.

Tiba-tiba mijie terpikir, adakah pakaian itu benar-benar berjenama??.. Dari mana mendapat keuntungan daripada jualan tersebut jika 70% telah diberi potongan harga??..Fikir-fikirkan lah, mijie tak dapat memberi jawapan, kerana jawapan tersebut hanya ada pada para peniaga dan juga yang pandai menilai barang itu berkualiti atau tidak..



Bestkan potongan 50%, 70%. Tapi betul ke potongan dari harga asal ek?..


Ramainya orang sedang memilih barang keperluan untuk raya. 


eh3..yang ni pun tak terlepas nak pergi beli belah jugak yer..


Orang ni lah sebagai peneman mijie sepanjang "shopping" dan melayan kerenah mijie memilih pakaian.. Terima kasih banyak-banyak yer..;)

Ops gambar-gambar barangan yang dibelikan tak sempat nak snap disebabkan terlalu letih..Time kat Midvalley pun sama. Rugi gak tak ambil gambil time shopping dekat Romp, Jusco, dan sebagainya. hehe..

Note : Lepas balik semalam terlalu letih + tak ada mood untuk tulis entry ni, ni pun taip sebelum pergi kerja pagi tadi tapi baru sekarang publish.. Tengah busy jugak ni.

Bannerku Telah Berubah

Posted by mije Jumat, 06 Agustus 2010 0 komentar
Assalamualaikum. Lamanya tak update blog disebabkan kesibukan yang sedang melanda sekarang. Yeahh banner MiJiE BLoG telah bertukar lagi, kali ini berformat .gif dan saiz fail lebih kecil berbanding banner lama, banner ini hanya 13kb berbanding dulu 25kb dengan resolution 120x120 pixel. Bertemakan hitam, HITAM itu menawan..haha..

Kepada yang telah exchange banner dengan mijie sebelum ini, kalau rajin diharap tukar kepada yang baru yer.. Copy je kod dibawah ataupun disidebar.. Yang baru nak exchange pun boleh tapi jangan besar sangat fail saiz banner korang tau..~hehe~. Ok itu sahaja entry kali ini,  thanks yer.. ;-)


<center><a href="http://mymijie.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/banner_baru.gif" border="0" title="MiJiE BLoG" width="120" height="120"></a></center>

Tips || Melajukan Loading Page Dengan CSS Compressor

Posted by mije Rabu, 04 Agustus 2010 0 komentar
Assalamualaikum. Dari hari ke hari saya akan cuba mencari cara untuk melajukan loading page tanpa mengubah atau membuang widget-widget yang ada. Ok baik lah, hari ini saya kan berkongsi 1 tip yang mungkin boleh membantu anda. Sebenarnya dah lama saya gunakan cara ini iaitu dengan menggunakan CSS Compressor.

Dengan cara ini, loading page akan menjadi lebih cepat kerana ia meng “compact” kan semua script-script css yang ada di dalam blog anda. Untuk keterangan lanjut baca dihalaman page tersebut.



Untuk mencubanya. Sila ikuti step-step dibawah.

Step 1 : Login Dashboard => Design => Edit HTML dan jangan lupa klik pada Expand Widget Templates. Untuk langkah berjaga-jaga, sila Download Full Template untuk backup file jika berlaku apa-apa nanti.

Step 2 : Copy kod css anda iaitu dengan mencari kod body{  sehingga sebelum kod ]]></b:skin> .

Step 3 : Pergi ke web CSS Compressor .

Step 4 : "Paste" kan pada bahagian "Insert CSS Code". Kemudian klik Compress.

Step 5 : Setelah siap,"replace" dengan css yang anda copy pada step ke-2 tadi.

Step 6 : Siap. Cuba web speed report untuk membezakan page size sebelum dan selepas.

Prestasi MiJiE BLoG Julai 2010

Posted by mije Minggu, 01 Agustus 2010 0 komentar
Assalamualaikum. Sambil blogwalking petang tadi, banyak juga blogger yang postkan entry berkenaan prestasi blog masing-masing. So, mijie rasa terdetik hati dan dalam keadaan mood yang malas rajin ni untuk postkan entry prestasi MiJiE BLoG walaupun trafik tak seberapa. Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar rujukan pada masa akan datang untuk menilai samada prestasi menurun ataupun menaik. Minta-minta menaik kan. Baru bersemangat untuk berblog. :)


Ini adalah tarikh sah mijie sebagai ahli nuffnang(nuffnanger) selepas 2 mingu membuat blog ini iaitu 23-04-2010 pada jam 16:29:31. Maknanya sudah nak masuk 4 bulan mijie menjadi ahli nuffnang dan berblog. Maaf gambar terlalu kecil kan.   


Ni pula adalah trafik mijie pada bulan lepas. Tak sehebat trafik Kak Dahlia, Darkbatman mahupun NaNaJoe. Paling tinggi pun 2077. Alhamdulillah. Dua minggu yang lepas trafik jatuh disebabkan terlalu banyak kerja di pejabat dan juga internet di rumah asyik problem. Biasa lah kerja kan, mesti ada masa terlalu sibuk, meeting, hantar projek, tension, malas, semua ada lah. Kalaulah blogger sepenuh masa dekat rumah best kan..Boleh banyak luangkan masa.. :)


Majoriti pelawat MiJiE BLoG adalah daripada Malaysia. Itu dah semestinya kan, mijie kan orang Malaysia. ~hehe~. Tapi alhamdulillah ada jugak pelawat oversea yang datang ke MiJiE BLoG. Mungkin kawan-kawan yang belajar di "oversea" kan. =)


Alhamdulillah tak ada keyword yang pelik-pelik datang ke MiJiE BLoG, ini bermakna MiJiE BLoG masih suci. Betul2 suci tau. ~hehe~. Keyword yang paling popular bulan lepas adalah masalah sosial remaja. Ramai betul yang ingin mendapatkan maklumat ini kan. Setiap minggu ada je yang cari maklumat ini. 


Referrals paling tinggi of course my best friend assoyfinger67, diikuti krole, wanzie, yang 3 lagi tak dapat dikesan, matdin dan alhamdulillah banyak juga referral daripada blogger iaitu followers MiJiE BLoG. Mijie ucap terima kasih banyak-banyak ye kepada ynag sudi melawat MiJiE BLoG nie..:)


  Dan yang ini paling seronok sebenarnya, Alexa Ranking dah kurang 400,000. Alexa Traffik 333,602, Trafik Rank di Malaysia 2,117 dan Site Linking 2. Site Linking ni mijie tak faham apa guna. Sesiapa yang tahu boleh explain ??.

Emm.. Pasal earning. Emm nanti ar mijie postkan. Baru semalam mijie cashout. Alhamdulillah oklah, boleh bayar prepaid WiFi ni. Papepun mijie ucapkan terima kasih kat korang semua kerana sudi melawat MiJiE BLoG ni. Tanpa korang tiada lah MiJiE BLoG dan tak ada jugak trafik yang datang kesini. Lov u Allzz..;-)