Panduan Ternak Ikan Talapia

Posted by mije Selasa, 28 Februari 2012 0 komentar


Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara.

Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).






Antara genus ikan tilapia adalah:
  • Alcolapia
  • Danakilia
  • Iranocichla
  • Oreochromis
    1. Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus).
    2. Tilapia Merah (Oreochromis niloticus)
    3. Tilapia Biru (Oreochromis aureus)
  • Sarotherodon
  • Steatocranus
  • Stomatepia
  • Tilapia
Panduan Ternak Ikan Tilapia! Klik Disini!
Ingin Memulakan Penternakan Ikan Tilapia? Klik Sini!

Aktiviti Minggu Ini - Konvoi ke Lata Belatan

Posted by mije Minggu, 19 Februari 2012 0 komentar
Assamualaikum w.b.t. Pada hari Jumaat baru-baru ni bersamaan 17 Februari 2012, mijie telah join satu aktiviti konvoi ke Lata Belatan, Besut, Terengganu. Pelbagai aktiviti telah diadakan disana. Cewaahhhhh. Giler skema ayat..Haha. Jom layan gambar jelah. 

Tengah berkumpul sebelum bertolak ke Lata Belatan berhampiran Mobil di Jambatan Sultan Mahmud. Menunggu peserta lain tiba. Janji pukul 10pagi tapi..Emmm. Janji melayu kan. :D

 Aktiviti bergambar bersama peserta - peserta konvoi di Setiu sebelum sampai ke Lata Belatan. Nampak lawa pulak sudut nie kan.


Akhirnya lebih kurang 2 jam berjaya sampai di Lata Belatan. Tak lah jauh mana pun Lata Belatan ni. Nanti boleh lah pergi lagi. Jom sapa nak ikut angkat tangan???..hehe

Rupa-rupanya Lata Belatan ni adalah kaki Gunung Tebu. Baru mijie tahu..hehe..Tapi mijie tak naik pun Gunung nie..Just tengok laluan je..hehe

Yeahhh, Perjalanan masuk ke tapak perkhemahan. Oppsss. Bukan berkhemah pun sebenarnya. Just cari tempat untuk buat BBQ je..hehe..

Bakar-bakar. jangan tak bakar. Panggang jangan biar hitam yee..Kan jadi arang pulak ayam tu..Sapa nak makang?..haha

Nak sikit. Auummm.. Bestnya ayam panggang nie..Tak nak bagi kat korang. Makan sorang-sorang lagi besttttt. 

Eh3. Mijie dapat hamper?..Dari mana dapat nie. Tiba2 je..Hahha..Bukan lah. Sebenarnya kumpulan mijie telah menang dalam beberapa pertandingan yang telah diadakan. Ni salah satu hadiah daripadanya. Gambar semasa aktiviti tak sempat nak snap sebab tengah syok bermain katakan.

 With my car. Simple je. 

 Hehe..Sekarang baru dapat snap gambar. Jom snap2..Sape lagi nak snap dengan mijie. Yeahahh..

 Nyummm nyummm. Makan sotong celuk Tepung dekat Pantai Penarik, Setiu. Singgah sebentar makang sotong. 1 meja RM286..Macam kat hotel pulak..hihi..

 Snap gambar dulu sebelum pulang. Jom2.

Sangat berpuas hati dengan aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur. Harap-harap lepas ini, ada lagi aktiviti-aktiviti seperti ni. Ia dapat mengeratkan lagi Komuniti Saga atau ahli PROSBOC. ;)

Notakaki : Dah lama tak menulis entry, rasa tersangat kekok. Sory lah yeee kalau nampak macam budak sekolah..hahahaha..(rindu nak menaip sebenarnya).;p

Ainan Tasneem Semakin Menyerlah

Posted by mije Sabtu, 18 Februari 2012 0 komentar
ARTIS baru muncul di laman Youtube, ramai bertemankan gitar termasuklah pendatang baru dalam arena seni suara, Ainan Tasneem Redzuan, 20. Dia yang suka menyanyi sejak kecil gemar berkaraoke tetapi lama kelamaan berasa bosan kerana setiap kali mahu menyanyi, dia terpaksa memasang mesin itu terlebih dahulu.

Dia mahu menyanyi dalam suasana yang lebih santai tanpa bergantung kepada set karaoke itu, maka terfikir olehnya untuk belajar bermain gitar kerana alat muzik itu murah dan senang dipelajari. Apabila sudah pandai bermain gitar, Tasneem langsung menjadikannya sebagai rakan karib. Apabila terasa mahu menyanyi, terus dia mencapai gitarnya.
“Saya bermain gitar tidak terikut-ikut dengan gaya sesiapa tetapi saya memilih alat muzik ini kerana ia murah, senang dibawa dan mudah dipelajari. Saya mengambil inisiatif sendiri belajar secara asas bermain gitar melalui laman Youtube.

“Melalui panduan yang didapati daripada laman itu, saya akhirnya mahir bermain gitar dengan cord asas. Sejak itu saya mula menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh artis lain dan muat turun rakaman video melalui laman Facebook (FB) milik saya.


“Lagu pertama yang saya muat turun adalah lagu dipopularkan oleh kumpulan Paramore berjudul The Only Exception. Sejak itu saya mula muat turun beberapa lagu `cover version’ yang lain dan tanpa saya duga, lagu dalam FB saya mendapat perhatian dan ada kenalan mencadangkan supaya saya muat turun lagu ciptaan saya sendiri.


“Demi menyahut cabaran kawan-kawan, terciptalah lagu Aku Suka Dia yang dimuat turun kira-kira setahun yang lalu dalam FB saya. Lagu itu berjaya mengundang minat seseorang untuk muat turun semula lagu itu ke laman Youtube yang kemudian mendapat perhatian dan ditonton sebanyak 750,000 kali sehingga hari ini.

“Bagaimanapun, saya cuma menyedari lagu itu ditonton ramai melalui laman Youtube selepas diberitahu rakan sekolah,” katanya.

Meskipun Tasneem semakin dikenali ramai, dia yang kini menyambung pengajian di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses, tidak mahu terlalu serius dalam bidang nyanyian.

“Keluarga saya tahu saya suka menyanyi tetapi mereka tidak menggalakkan saya menjadikannya sebagai keutamaan dalam hidup saya.

“Saya sendiri tiada halangan dengan permintaan keluarga kerana saya bercita-cita mahu menjadi pensyarah.

Pun begitu kerana bakat yang ada padanya, Music Valley Production (MVM) tetap mencuba nasib menyuntingnya menjadi artis mereka. Dua kali mereka menghantar SMS kepadanya untuk menyatakan hasrat itu dan selepas berbincang dengan keluarganya, barulah Tasneem setuju untuk berunding lebih mendalam dengan MVM.

“Disember lalu, barulah saya memberikan persetujuan dengan MVM untuk bernaung di bawah label mereka sebagai komposer dan penyanyi tetapi dengan syarat saya hanya boleh membabitkan diri dalam urusan rakaman dan promosi pada cuti semester pengajian saja.

“Saya hargai kesungguhan mereka menghargai bakat seni yang ada tetapi saya tidak boleh abaikan pelajaran,” katanya.

Rakaman single pertamanya Aku Suka Dia sudah pun siap pada pertengahan Januari lalu yang muziknya disusun semula oleh Eddie Marzuki dan Lan Laga selaku penyelaras vokal. Lagu itu mula diputarkan di stesen radio pada Februari ini.

“Semuanya berlaku terlalu pantas tetapi saya akan tetap meneruskan cita-cita untuk meneruskan pengajian pada peringkat lebih tinggi sehingga ke peringkat ijazah sarjana,” katanya.





p/s : Sejak tahun 2010 mijie ikuti perkembangannya dalam Youtube..Best jugak. ;)