20 Fakta Menarik Piala Dunia FIFA 2010
Jumat, 09 Juli 2010
0
komentar
1 - South Africa adalah satu-satunya pasukan tuan rumah dalam sejarah World Cup yang gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
2 - Argentina dan Greece pernah bertemu sebelum ini pada World Cup USA 1994. Argentina menang dengan keputusan 4 - 0 di mana gol ketiga Argentina dijaringkan oleh Diego Maradona dan itu adalah gol terakhirnya pada peringkat antarabangsa.
3 - Kemenangan Argentina ke atas Greece adalah kemenangan ke 8 berturut-turut Argentina. Rekod kemenangan berturut-turut Argentina adalah sebanyak 9 kali pada 1941-1942.
4 - Sejak World Cup 1950, USA tidak pernah menang perlawanan ketiga dalam peringkat kumpulan. Kemenangan ke atas Algeria mengakhiri rekod itu.
5 - Sebelum perlawanan menentang Algeria, USA mengharungi 6 perlawanan tanpa menang dalam World Cup dan ini adalah rekod tertinggi untuk USA.
6 - Hanya tujuh negara yang pernah memenangi Piala Dunia selepas 18 edisi iaitu Brazil(5 kali), Italy(4), Jerman(3), Uruguay(2), Argentina(2), England(1), Perancis(1).
7 - Brazil satu-satunya pasukan yang menyertai pada setiap edisi kejohanan.
8 - Piala Dunia adalah sukan yang paling banyak ditonton di seluruh dunia, iaitu dianggarkan 715.1 juta orang menonton perlawanan akhir 2006.(Siapa pandai manipulasi, memang boleh buat duit!!)
9 - 204 negara telah melalui fasa kelayakan untuk Piala Dunia 2010.
10 - Kali terakhir Cristiano Ronaldo menjaringkan gol untuk Portugal adalah pada awal tahun 2009. 11 perlawanan tanpa gol adalah rekod tertinggi Ronaldo sejak mula bermain untuk Portugal.
11 - Di bawah pengurusan Carlos Queiros, Portugal berjaya mengharungi perlawanan dengan 18 clean sheet dalam 23 perlawanan.
12 - North Korea (DPR) adalah negara yang paling rendah ranking dalam World Cup 2010 di tangga ke 105 FIFA.
13 - Portugal berada di tangga ke 3 dalam ranking FIFA. Ini adalah ranking tertinggi yang pernah dicapai Portugal.
14 - Kemenangan besar Portugal ke atas North Korea (DPR) adalah kemenangan terbesar yang pernah dimenangi Portugal dalam sejarah.
15 - Wayne Rooney telah gagal menjaringkan gol untuk 6 perlawanan terakhir England dan ini adalah yang paling lama buat Rooney.
16 - Seri dengan Algeria membuatkan England menjadi pasukan terbanyak yang seri tanpa jaringan dengan jumlah 10 kali dan yang terbanyak dalam sejarah World Cup.
17 - Netherlands tidak pernah kalah dalam setiap perlawanan. Ini adalah rekod tertinggi dari mana mana pasukan lain.
18 - Italy telah kalah 3 kali, seri 4 kali dan menang 9 kali dalam 16 perlawanan pembukaan. Tetapi Italy masih belum berjaya memenangi sebarang perlawanan sepanjang 2010 ini.
19 - Mexico telah terkeluar dari pusingan kalah mati (Round 16) untuk kali ke 5 World Cup berturut-turut.
20 - Pertembungan German-Spain menampilkan 2 penyerang paling berbahaya di Eropah, Miroslav Klose dengan 16 gol dan David Villa dengan 12 gol. (dalam major tournament)
0 komentar:
Posting Komentar