Andainya diri ini buta..
Selasa, 25 Januari 2011
0
komentar
Selama 23 tahun aku dapat melihat segala keindahan dan keunikan alam yang serba indah ini, tapi segala-galanya telah diambil kembali. Aku tak mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa panca indera yang sangat berharga. Oh tidak, segala nya gelap gelita, Aku tak mampu lagi melihat semua kawan-kawan baik ku. Kehidupan ku dah tak sempurna lagi.
Kebahgiaan
emm kesian kat Ummu Hani kan. Ala dalam citer HANI tadi. Hehe. Begitu sukar untuk menerima sesuatu takdir. Lebih-lebih lagi kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam kehidupan kita. Kita patut bersyukur kerana semua panca indera masih mampu berfungsi dengan baik walaupun sesetengah orang perlu pakai cermin mata untuk melihat benda jauh kan. Ok renung-renungkan dan selamat menjaga pancaindera anda..:)
Dunia Orang Buta
Cuba ceritakan padaku
bagaimana dunia di matamu
apa benar langit berwarna biru
dan awan agak kelabu
bagaimana warna pelangi?
benarkah mejikuhibiniu?
kerana yang kulihat setiap hari
hanyalah lembaran abu-abu
di duniaku
tidak ada yang berwarna biru
atau merah jambu
yang ada
hanyalah abu-abu…
0 komentar:
Posting Komentar