Jom masak-masak
Sabtu, 08 Januari 2011
0
komentar
Tak adelah, bukan mijie nak ajar korang masak, sebenarnya hari ini company mijie buat aktiviti jom masak-masak pagi tadi. Program ni adalah julung-julung kali diadakan disini yang dihadiri oleh lebih kurang 600 orang.
Bagi mijie program sebegini harus dilakukan kerana ia dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama staf lama dan baru dan juga dapat mengeratkan antara pihak atasan dengan bawahan. Yelah, banyak department kan, memang susah untuk bersua muka.
Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan saling tolong menolong. Kata orang berat sama diusung, ringan sama dijinjing kan.
Ok. Mijie harap pihak atasan akan memperbanyakkan program sebegini dan semoga ia akan berterusan kelak.
0 komentar:
Posting Komentar