Pertandingan Memancing Ikan !!

Posted by mije Selasa, 24 Mei 2011 0 komentar
Pertama kali sejak beberapa tahun mijie tak pegang joran nie. Huh. Dah tak reti dah naik lempar . Macam mana nak dapat ikan kan. Tak pe tu atas rezeki, kalau ada rezeki mesti dapat kan. Masa mula-mula je tak reti, lepas beberapa buat lemparan dah ok dah.

Pertandingan memancing ni diadakan di Taman Tamadun Islam(TTI) Kuala Terengganu.

Ikan dah besar tapi tak dikira sebagai pemenang sebab joran tak didaftarkan sebagai peserta. Rugi kan.

 Masuk umpan elok-elok yer. Mudah-mudahan dapat ikan cik abang yer.. hikhik

 Yeahhh.. Mana ikan nie.. Dah berjam-jam tunggu, ikan tak dapat jugak ler..

Emm.. Mijie pun tengah tunggu ikan jugak nie.. Maybe ikan dah kenyang kot. Emm.. tapi mijie dapat jugak seekor ikan tau tapi ikan duri je, dah lah sebesar 3 jari je.. Tak lepas nak dapat hadiah. haha..

Gambar-gambar ikan yang bernasib malang. 5 ekor je yang berjaya dinaikkan. Ikan siakap merah tu adalah pemenang pertama pada malam tu.

Ni lah pemenang pada malam tu. Suka nya dapat RM400 kan. Kalau mijie dapat boleh jugak beli joran satu. Beli 2 pun lepas.

Ni gambar peserta-peserta memancing pada malam tersebut. Ramai jugak kan. Tapi ikan ??.. 5 ekor je. Huhu..Sedih2.. Sob Sobbbb. ;(

Rindu mijie tak??. Rindu mijie tak??

Posted by mije Selasa, 17 Mei 2011 0 komentar
Salam kawan2 semua.. Rindu mijie tak??..Rindu mijie tak?..TAK!!..Emm tak apelah, bukannye blogger popular kan..Sape nak rindu..Emm..Dah hampir sebulan mijie tak update blog nie. Bukan kerana busy, bukan juga malas, bukan kerana tak ada idea dan bukan-bukan. Mungkin juga kerana tiada mood untuk berblog dan mungkin juga suasana di rumah ni berbeza dengan duk di Bangi hari tu yang tiap-tiap hari mesti ada update terbaru.


Betul kate sis Dahlia, kalau dah lama tak update blog, mesti kekok untuk kembali menulis dan idea pun dah beku. Info-info terbaru pun lambat sampai dan lebih malang tak tahu langsung..Huh. Kesian kan.. Apa lah nasib diriku yang malang oh tuhan. Mungkin kah aku perlu bersara dari dunia blogger?..Oh Tidak tidak. Tidak mungkin,. Aku sangat merindui saat menjadi blogger tegar dulu.

Ya Allah berikan kembali kekuatan dan semangat ku untuk menulis kembali blog yang tak seberapa ni untuk berkongsi segala yang baik.  ;)