Akasia - Epilog Syurga Cinta

Posted by mije Sabtu, 31 Juli 2010 0 komentar


Istimewa Ogos ini di slot Akasia, Epilog Syurga Cinta, dengan lakonan Fida(pemenang Siti mencari Gadis pantene), Zizan Nin, Intan Ladyana, dan Adik Mia Sara. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu lakonan adik manis Mia Sara setelah muncul pada "ADAMAYA" yang lepas.

Epilog Syurga Cinta adalah adapsi daripada filem Syurga Cinta lakonan Awal  Ashaari, Heliza AF5 dan juga adik Haziq. Filem Syurga cinta banyak memaparkan kisah-kisah teladan yang dapat diambil pengajaran. Seorang wanita mampu menyedarkan seorang lelaki yang yang hidup bergelumang maksiat, dan enjoy dengan kehidupan semata-mata. Kehadiran nya seolah-olah memberi inpirasi kepada seorang lelaki dan memberi erti CINTA yang sebenar.

Ok. Berbalik kepada Epilog Syurga Cinta, mungkin jalan cerita lebih kurang sama tapi diperpanjangkan kepada 28 episod. Adik Mia Sara memegang watak sebagai "Mia", adik kepada Zizan Nin yang mungin lebih mencabar daripada adik Haziq dalam filem sebagai kanak-kanak periang. Fida pula memegang watak sebagai cikgu adik Mia.

Kepada peminat-peminat Akasia, tunggu kemunculan "Epilog Syurga Cinta" bermula 2 Ogos ini pada jam 6.30 petang di TV3. 

7 Tips Membaca Secara Aktif

Posted by mije Jumat, 30 Juli 2010 0 komentar


Budaya membaca adalah amat disarankan dan juga dapat menambahkan ilmu. Tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun yang sudah berumur. Tetapi adakah anda mendapat maklumat daripada pembacaan anda?. .Adakah anda dapat mencari isi penting daripada apa yang baca??..Adakah anda boleh menjawab setiap persoalan dari apa yang anda baca??. Dan adakah anda faham apa yang anda baca??.. Kalau tidak, anda boleh mencuba amalkan  7 tip dibawah yang mungkin boleh anda selesaikan persoalan-persoalan tadi .

1. Kenali Diri Anda. 
Sejauh mana anda boleh mengingati sesuatu yang anda baca?. Ok, katakan minggu lepas anda telah membaca satu topik yang anda minat. Cuba fikirkan semula berapa banyak isi kandungan yang masih segar?. Jika ditanya, bolehkah anda menjawab?.

Kenali tabiat dan kaedah anda membaca. Kenalpasti diri anda, Mungkin selama ini anda membaca seperti mencurah air kedaun keladi, tidak bertambah dan tidak berkurang. Namun, masih belum terlambar untuk anda melakukan perubahan tersebut.

2. Kenali bahan bacaan anda.
Jika anda ingin membaca sebuah buku, berkenalanlah dengan buku itu terlebih dahulu. Bagaimana?. Dengan meneliti mukasurat ‘isi kandungan’ dan bahagian ‘indeks’ ataupun membaca ringkasan buku tersebut. Bayangkan apakah perkara-perkara yang akan diterangkan dalam topik-topik tersebut.

3. Berhati-hati dengan bacaan tambahan.
Ada sesetengah orang terutamanya pelajar yang lebih mengutamakan buku-buku tambahan, nota tambahan dan pelbagai tambahan lagi. Sedangkan mengabaikan yang asas.. Sebagai contoh, anda mengambil pil-pil vitamin tetapi anda meninggalkan makanan asasi? Adakah kesihatan anda terjamin? Bacaan tambahan baik untuk mendapatkan lebih maklumat tetapi jangan sesekali meninggalkan yang asas.

4. Buat perancangan dan sasaran sebelum membaca.
Anda mestilah mempunyai visi sebelum memulakan pembacaan. Apakah maklumat yang anda ingin ketahui?. Bahagian manakah yang anda ingin fahamkan?. Andaikan anda seorang blogger, mesti anda ingin mengetahui tentang perniagaan internet? Tentang cara berblog? Tentang cara untuk meningkatkan trafik?. Tentang cara menulis artikel yang baik? Atau sebagainya.

Apabila visi atau sasaran sudah tercapai, otak dan mata akan jadi lebih peka terhadap maklumat-maklumat yang terdapat dalam buku tersebut dan pada masa yang sama, ingatan anda akan menjadi lebih tajam.

5. Catat persoalan-persoalan yang timbul. 
Pembacaan yang aktif akan menimbulkan persoalan-persoalan apa yang sedang dibaca. Jangan biarkan ianya terpendam. Luahkan dengan menulis segala persoalan-persoalan  tersebut. Seelok-eloknya tulis pada muka surat tersebuat.

6. Jadikan buku milik anda. 
Apa yang dimaksudkan buku milik anda?. Buku milik anda adalah anda boleh menconteng atau mengariskan isi-isi penting serta maklumat-maklumat yang anda rasa ia menarik. Antaranya seperti peta minda, soalan-soalan, dan idea dari anda. Jangan biarkan buku anda ‘putih-bersih’ setelah dibaca, Gunakan ia secara optimum. (tapi INGAT jangan buat perkara ini pada buku dari pinjaman perpustaan ataupun kawan-kawan).

7. Buat rumusan dan kesimpulan. 
Setelah selesai pembacaan anda. Luangkan sedikit masa, cuba anda rumuskan daripada pembacaan anda tadi. Soal semula soalan-soalan yang ditanya pada awal pembacaan tadi. Adakah anda memperolehi jawapan?. Anda anda berpuas hati? Anda anda mendapat maklumat daripada

Aktiviti Dikala Kebosanan, Effect Photoshop

Posted by mije Selasa, 27 Juli 2010 0 komentar
Salam u allz semua. Malam ni mijie just nak post kan gambar2 yang telah diedit dikala kebosanan di tambah keletihan. Hasil selama hampir 2 jam jugak untuk menyiapkan gambar2 ini semua. Lama jugak kan. Edit biasa2 je, bukannya comel pun, mijie ni tak kreatif lah. Lagipun saja rasa gatal tangan nak cuba Adobe Photoshop CS4.

Sebelum ini guna yang Adobe Photoshop CS3 sejak study kat UiTM lagi ditambah lappy yang dulu tak support CS4. Tapi sekarang sudah ada AP CS5 kan, tapi malas pulak rasa nak download memandangkan internet terlalu slow.  Emmm.. So, guna jelah yang AP CS3. Lagipun takde ar banyak sangat perubahan kan. Emmmm...Layan jelah gambar2 nie..Jangan gelak pulak..Gambar poyo semua, bajet comey hensem kan..hahaha..

Layannnn...







Abaikan mulut yang senget tu. Susah sikit nak buat mulut tu. ~hihi~. 

Online File Sharing Menggunakan Dropbox

Posted by mije Minggu, 25 Juli 2010 0 komentar
Salam.. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang software(perisian) penyimpanan fail online iaitu Dropbox. Sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat untuk menyimpan fail-fail secara online antaranya photobucket, mediafire, dan sebagainya. 

Tapi bagi saya perisian dropbox adalah cara yang paling mudah untuk digunakan, hanya copy paste dan selamat digunakan. Ia mempunyai kapasiti penyimpanan data sehingga 2GB dan menyokong pelbagai jenis file. Bagi saya, kapasiti sebesar 2GB sudah mencukupi untuk hanya simpan fail.

Cara penggunaan dropbox adalah, masukkan fail dalam folder dalam komputer anda, dan secara automatik akan dimasukkan dalam server online.

Untuk menggunakannya, ikuti langkah berikut.
1. Create Akaun disini
2. Dowload Dropbox.
3. Install Dropbox di komputer anda.


4. Pilih samada anda sudah mempunyai akaun ataupun belum.


5. Selepas siap install. Buka fail Dropbox. My Dropbox => Public. Seterusnya, Paste kan fail anda disini dan kemudian klik kanan pada fail dan copy public link. Tapi sebelum copy public link, pastikan icon pada fail telah bertukar seperti anda lihat dibawah. Tanda warna hijau.


6. Paste kan link dimana-mana yang anda suka..Ok siap.. Mudah kan.

*Untuk memastikan fail tersebut dapat access ataupun tidak. Anda boleh paste kan link pada address di browser anda.

Ingat Jalan Sedang Dibaiki Tapi….

Posted by mije Selasa, 20 Juli 2010 0 komentar

Salam. Pagi ni mijie nak berkongsi sikit cerita apa yang berlaku pada mijie tengahari semalam. Kalau diimbas kembali, mungkin agak kelakar kot. tapi rasa tak lengkap kalau tak kongsi dengan korang semua. Sekurang-kurangnya ada jugak tempat untuk bercerita kan.

Sebenarnya macam ni, tengahari semalam mijie hantar kawan kat LCCT dan kejadian ini berlaku selepas Plaza Tol KLIA menuju ke Bangi(Jalan selepas tol tu sedang dibaiki). Selepas tol tu kan sepatutnya masuk jalan sebelah kanan tapi tengahari semalam jalan sebelah kanan tu seperti masih belum boleh digunakan lagi, sebab diorang letak kon. Dahla ada kereta parking kat situ. Kereta lain pun tak ada masuk jalan tersebut. Bimbang juga kan kalau-kalau tar tu masih baru. Mesti panas kan, kan tak pasal-pasal tayar kereta meletop..Logik ke??..~hehe~

So, mijie masuk lah lorong belah kiri kot2 ada jalan untuk ke lorong kanan balik. Tapi tak ada pulak. Adui cuak kejap, dah la nak pusing balik mana boleh highway kan. So, teruskan lah perjalanan menuju ke Shah Alam. Jauh tu. Sambil-sambil tu mata ni duk cari kot2 ada signboard ke Kajang/Bangi. Kalau ada ke Nilai pun kira ok dah. Tapi xde satu pun. Cuak2. Lepas tu terjumpa lah signboard exit ke Putrajaya, So, ambil je yang tu.

Mijie teruskan perjalanan, dalam fikiran ni just cari perkataan KAJANG pada signboard. Akhirnya jumpa jugak signboard ke KAJANG. Huh Alhamdulillah. Tapi, entah macam mana boleh terlepas untuk masuk ke kiri, mijie g street. Terpaksa pusing balik, nasib baik jalan masa tu tak jem.

Selepas masuk jalan ke KAJANG tu, baru lah jumpa signboard ke Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah. Jumpa jugak jalan balik. Sampai kat tempat kerja dalam pukul 3 petang. Nasib baik tak jauh mana, kalau tak confirm tak masuk kerja petang 2..~Yeahhh~.

Yang menjadi persoalan sekarang kenapa dia letak kon kat tengah jalan tersebut??..Kenapa ada kereta parking kat situ??..Kenapa pulak tak letak tunjuk arah yang jalan tu boleh lalu??..Kenapa tak ada kereta lalu jalan tersebut??

Sebenarnya, termasuk yang ni dah 2 kali tersilap masuk jalan untuk ke LCCT.. malunya.. Biasa ar orang baru disini kan, tak pernah explorer jalan2 ni..~hihi~

Merapu sikit entry kali ini.. Maafnya menggangu masa korang baca..:)

Tutorial Blogspot || Cara Menukar Perkataan Pada Link Within

Posted by mije Senin, 19 Juli 2010 0 komentar

Salam. Tutorial kali ni agak simple iaitu cara untuk menukar perkataan  “Anda juga mungkin meminati : “ pada linkWithin kepada ayat anda sendiri..ia adalah sangat mudah. Ok ikut step dibawah..

Step 1 : Login Dashboard => Design => Add a widget => Pilih HTML/Javascript..
Step 2 : Masukkan kod dibawah sebelum kod link within anda. Ruangan title  masuk perkataan ni <title> .

<script>linkwithin_text='Perkataan Anda'</script>

Contohnya :-
<script>linkwithin_text='Jom ushar yang ni pulak :-'</script>
<script>
var linkwithin_site_id = 194256;
</script>
<script src="http://www.linkwithin.com/widget.js"></script>
<a href="
http://www.linkwithin.com/"><img src="http://www.linkwithin.com/pixel.png" alt="Related Posts with Thumbnails" style="border: 0" /></a>
Step 3 : SAVE.

Preview untuk lihat hasilnye..gud luck:)

Lagi Tutorial ..Klik sini

Blogwalking Award Dari Krole dan Mell

Posted by mije Minggu, 18 Juli 2010 0 komentar
Assalamualaikum..Sementara ada masa ni lebih baik mijie langsaikan hutang terlebih dahulu kan. Jangan tangguhkan kerja. Nanti belambak pulak jadinya.. Sebenarnya mijie ni telah di tag oleh encik krole yang kacak dan cik mell yg comel. Jangan marah yer.  Tag ni diberi tajuk "Blogwalkig Award". 

Mungkin mijie ni selalu blogwalking kot sebab tu dapat award ni. Tapi sebenarnya tak selalu juga la. Mijie bukannya blogger sepenuh masa. Ada masa terluang baru blogwalking. Biasa ar kerja kan..Ada masa sibuk dan ada masa terluang. Minggu depan dianggarkan sibuk sebab kena training blogger client. huh. Comeykan award ni.



DIMANAKAH ANDA SELALU BW?
- first sekali mijie akan BW kat sesiapa yang tinggal jejak kat shoutbox mijie. Biar semua terbalas. Lepas tu  mijie akan BW kat blogger2 lain mencari lebih ramai kenalan dan penting akan BW kat kawan2 mijie..Nak listkan terlalu ramai kot..

KENAPA ANDA SANGAT SUKA MEMBLOGWALKING?
- sebab yang pertama, ia boleh menambahkan kawan dan mengeratkan silaturrahim
- yang kedua, boleh meningkatkan trafik kat blog mijie
- yang ketiga, mendapat info dari blogwalking

APA YANG ANDA DAPAT KALAU BW?
- mendapat ramai kenalan, info2 terkini dan trafik dari member2 blog.hehe

MACAM MANA PERASAAN ORANG YANG DIBLOGWALKINGKAN OLEH ANDA ITU?
- eeemm. Mesti diaorang happy kn. Siapa yang tak happy bila pengunjung datang??.Sila angkat jari. ~hehe~

TAG 5 RAKAN ANDA DISINI.
- aj
- padin 

Inspirasi Award Untuk Kawan2

Posted by mije Jumat, 16 Juli 2010 0 komentar
Salam. 2 3 hari sibuk sikit dengan kerja, minggu depan ada trainning kat client pulak. Hari pun mijie tak sempat untuk post tazkirah jumaat minggu ni. InsyaAllah minggu depan akan post. Walaupun sibuk, mijie akan tetap meluangkan sedikit masa untuk berblog ni. Ok. Untuk malam ni mijie ingin post tentang award yang mijie dapat tempoh hari dari 2 orang blogger iaitu aj dan anna. Award ni diberi nama "Inspirasi Award". Comel tau award ni. Award ni juga diberi sebagai tanda menghargai sebuah persahabatan.


Sebelum tu ada sikit soalan. Soalan ringkas je tau..

BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT PADA DIRI SENDIRI DAN PEMBERI AWARD?

Kata-kata semangat..Emm...Walaupun mijie masih baru dalam dunia blogging dan juga dunia pekerjaan tapi mijie tetap akan berusaha dengan lebih gigih untuk menjadi yang terbaik. Mijie tidak akan  berputus asa dalam menempuhi ronak duri kehidupan yang penuh cabaran dan halangan. Setiap cabaran adalah satu perkara yang akan membuatkan kita lebih matang dan wujud perasan ingin mencuba.

Kata orang lebih banyak cabaran dan halangan yang ditempuhi lebih banyak kejayaan terbuka untuk kita. KEJAYAAN tidak akan datang tanpa usaha yang gigih. Dan KEJAYAAN bermula dari kesusahan, kepayahan, halangan, dan cabaran. INGAT!!!..Setiap yang berusaha pasti akan menemukan kejayaan. Dan yang PENTING sokongan daripada korang semua membuatkan mijie lebih bersemangat untuk berblog.~wuaahhha~.;)

Ok. Kata2 kat pemberi award nie. Mijie ingin mengucapkan ribuan terima kepada pemberi award ni aj dan anna. Mijie harap anda juga akan berjaya mencapai cita2 dan akan terus berusaha tanpa mengenal penat lelah dan jangan sesekali berputus asa jika anda gagal kali ini. Terus bangkit dan berusaha lagi next time..Dan yang paling penting persahabatan berkekalan walaupun hanya di alam maya..;)

Ok. Siappp...Sekarang mijie akan memberi kepada kawan2 mijie yang lain pulak. Mijie akan bagitau kat shoubox ek disamping mijie akan update disini.

Shoutbox AJAX menyusahkan??

Posted by mije Selasa, 13 Juli 2010 0 komentar

Salam. Alhamdulillah. Sudah ramai yang telah berjaya mencari shoutbox saya kan, mungkin ada sesetengah je yang masih belum jumpa. Takpe, terusnya pencarian korang. ~hehe~ Kenapa saya guna shoutbox ni??. Sebabnya. AJAX shoutbox nie adalah mengunakan script ajax/jquery. Proses load lebih ringan daripada JavaScript.

AJAX atau singkatan kepada Asynchronous Java and XML (bermaksud JavaScript dan XML mampan), adalah teknik pembangunan web (web development technique) untuk menghasilkan aplikasi laman web yang interaktif. Apa yang menarik tentang AJAX ialah, kita dapat menghasilkan laman web yang dapat menghantar request tanpa reload/refresh. Samalah seperti kita menggunakan software di dalam komputer kita. Ia merupakan kombinasi antara HTML, CSS, XML, Javascript, dan Server side scripting.

Manfaat AJAX adalah penggunaan bandwidth, load halaman lebih cepat, aplikasinya hampir sama seperti aplikasi dekstop. Kecepatan transfer data antara client ke server lebih ringan kerana hanya data saja yang diperlukan. Rata-rata AJAX diaplikasikan dalam website untuk validasi data secara real time, auto complete, control user interface and effect, dan reload data. 

Ok. Itu serba sedikit tentang AJAX yang dipetik dari pak cik google untuk mengelakkan kesilapan info. Nak tau lebih detail, korang tanya pakcik google yer.~muaahhaha~.

Ok, berbalik kepada tajuk diatas, adakah shoutbox ni menyusah korang untuk meninggalkan jejak??. Terpaksa klik untuk popup tersebut. Terpaksa menunggu sehingga selesai loading, Terpaksa menunggu ikon shoutbox keluar..

Sebenarnya TIDAK. Pertama, dalam proses loading, sudah boleh klik, tapi jangan pula buka-buka je terus klik, itu melampau tu, script pun belum dibaca, memang takkan keluar. Kedua kalau icon shoutbox gagal untuk keluar pun boleh klik, kalau simbol cursor menunjukkan ia blh klik. Ketiga, kalau dapat bukak popup tapi keluar mesej “This Webpage is not avaible”, jangan reload page tapi just reload shout box tersebut. Caranya mesti korang dah tau kan. Klik kanan mouse dan klik “reload frame”, shoutbox tu je yang akan reload.

Sebelum mengakhiri entry ni. Saya minta maaf kalau sesiapa yang sebelum ini tak dapat buka blog saya atau tak dapat meninggalkan jejak. Tidak dinafikan bahawa blog saya ni berat sikit masa first time nak load. Kalau korang perasan, yang internet slow je nampak,  ia akan keluar putih sekejap sebelum load. Ini berlaku disebabkan terlalu banyak penggunaan javascript.

So, jangan risau. Saya sedang mencari penyelesaian dan menggunakan semua ilmu2 programming yang ada cewah cam terer sangat programming untuk menyelesaikan masalah ini. Harap bersabar yer..Saya akan berusaha untuk anda semua. Love u allz.. Terima kasih sudi datang ke MiJiE BLoG yang tak seberapa ni..;)

Cara Mambuat Back To Top Versi Ajax

Posted by mije Minggu, 11 Juli 2010 0 komentar

Hari ini, saya ingin membuat tutorial cara untuk membuat “Back To Top” versi AJAX ataupun Jquery. Cara untuk membuatnya adalah tersangat mudah. Cuma ikut beberapa langkah dibawah.

Step 1 : Login Dashboard => Design => Page Element => Add a Gadget JavaScript/HTML.

Step 2 : Taip kod <title> pada ruang title untuk mengosongkan bahagian title .

Step 3 : Copy kod dibawah dan pastekan pada halaman content :-

  <script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js" type="text/javascript"></script> <script src="http://dl.dropbox.com/u/1960768/black.js" type"text/javascript"></script>

Step 4 : SAVE dan preview. Ok selesai. Mudah kan. Semudah ABC. Moga berjaya yer..;)

Buffered Earning Yang ke-3

Posted by mije Sabtu, 10 Juli 2010 0 komentar

Salam pagi ahad.. Hari ini mijie nak kongsi sedikit kegembiraan yang sedang mijie alami sekarang. Ishk. Macam sindrom pulak.. Sebenarnya, mijie telah mendapat buffered earning yang ketiga selepas buffered earning bulan lepas dah tamat pada minggu lepas.

Alhamdulilah. Seperti yang sebelum ini, kali ini mijie juga telah mendapat 2 buffered earning serentak dan juga pada tempat yang sama iaitu pada sidebar. Buffered yang berlangsung adalah iklah dari Celcom Broadband World Cup SS dan Snickers Treasure Hunt Challenge SS. Walaupun tak banyak tapi mijie tetap bersyukur sebab tu, mijie x blur amaun tersebut. Tapi kenapa asyik tempat yang sama ek kalau dapat buffered earning serentak. Ishk2 tamak betul mijie ni. Harap-harap perkara lepas tak berlaku lagi iaitu buffered earning dipotong lebih separuh akibat meletakkan iklan Youthsay kat blog..

So, mijie ingin berterima kasih kepada korang semua kerana sudi melawat blog mijie dan juga klik2 iklan tersebut. Tanpa korang semua, xdelah trafik ke blog mijie dan xde lah buffered earning untuk MiJiE BLoG. Jasa2 korang semua amat2 dihargai.  Trafik sekarang pun stabil walaupun tak sebanyak otai2 blogger.

Kepada yang belum mendapat buffered, harap bersabar yer. Mungkin tak ade rezeki lagi dan perlu berusaha untuk mendapatkan nya. Dan kepada yang telah dapat harap bersyukur yang korang telah perolehi walaupun tak banyak. Rasanya kali ini banyak blogger yang telah mendapat buffered earning kan.

p/s :- Kongsi2 lah kegembiraan anda jugak yer..:)

20 Fakta Menarik Piala Dunia FIFA 2010

Posted by mije Jumat, 09 Juli 2010 0 komentar
Pasal keputusan perlawanan dah banyak kat blog2, pasal Sotong Paul, dan pasal Mani pun dah banyak. Mesti korang tak kan terlepas pandang punya. Emm.. So, sekarang nak share pulak pasal fakta menarik tentang world cup ni.
 
1 - South Africa adalah satu-satunya pasukan tuan rumah dalam sejarah World Cup yang gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

2 - Argentina dan Greece pernah bertemu sebelum ini pada World Cup USA 1994. Argentina menang dengan keputusan 4 - 0 di mana gol ketiga Argentina dijaringkan oleh Diego Maradona dan itu adalah gol terakhirnya pada peringkat antarabangsa.

3 - Kemenangan Argentina ke atas Greece adalah kemenangan ke 8 berturut-turut Argentina. Rekod kemenangan berturut-turut Argentina adalah sebanyak 9 kali pada 1941-1942.

4 - Sejak World Cup 1950, USA tidak pernah menang perlawanan ketiga dalam peringkat kumpulan. Kemenangan ke atas Algeria mengakhiri rekod itu.

5 - Sebelum perlawanan menentang Algeria, USA mengharungi 6 perlawanan tanpa menang dalam World Cup dan ini adalah rekod tertinggi untuk USA.

6 - Hanya tujuh negara yang pernah memenangi Piala Dunia selepas 18 edisi iaitu Brazil(5 kali), Italy(4), Jerman(3), Uruguay(2), Argentina(2), England(1), Perancis(1).

7 - Brazil satu-satunya pasukan yang menyertai pada setiap edisi kejohanan.

8 - Piala Dunia adalah sukan yang paling banyak ditonton di seluruh dunia, iaitu dianggarkan 715.1 juta orang menonton perlawanan akhir 2006.(Siapa pandai manipulasi, memang boleh buat duit!!)

9 - 204 negara telah melalui fasa kelayakan untuk Piala Dunia 2010.

10 - Kali terakhir Cristiano Ronaldo menjaringkan gol untuk Portugal adalah pada awal tahun 2009. 11 perlawanan tanpa gol adalah rekod tertinggi Ronaldo sejak mula bermain untuk Portugal.

11 - Di bawah pengurusan Carlos Queiros, Portugal berjaya mengharungi perlawanan dengan 18 clean sheet dalam 23 perlawanan.

12 - North Korea (DPR) adalah negara yang paling rendah ranking dalam World Cup 2010 di tangga ke 105 FIFA.

13 - Portugal berada di tangga ke 3 dalam ranking FIFA. Ini adalah ranking tertinggi yang pernah dicapai Portugal.

14 - Kemenangan besar Portugal ke atas North Korea (DPR) adalah kemenangan terbesar yang pernah dimenangi Portugal dalam sejarah.

15 - Wayne Rooney telah gagal menjaringkan gol untuk 6 perlawanan terakhir England dan ini adalah yang paling lama buat Rooney.

16 - Seri dengan Algeria membuatkan England menjadi pasukan terbanyak yang seri tanpa jaringan dengan jumlah 10 kali dan yang terbanyak dalam sejarah World Cup.

17 - Netherlands tidak pernah kalah dalam setiap perlawanan. Ini adalah rekod tertinggi dari mana mana pasukan lain.

18 - Italy telah kalah 3 kali, seri 4 kali dan menang 9 kali dalam 16 perlawanan pembukaan. Tetapi Italy masih belum berjaya memenangi sebarang perlawanan sepanjang 2010 ini.

19 - Mexico telah terkeluar dari pusingan kalah mati (Round 16) untuk kali ke 5 World Cup berturut-turut.

20 - Pertembungan German-Spain menampilkan 2 penyerang paling berbahaya di Eropah, Miroslav Klose dengan 16 gol dan David Villa dengan 12 gol. (dalam major tournament)

Masalah Sosial dikalangan Remaja

Posted by mije 0 komentar

Assalamualaikum w.b.t..Sebagai remaja, saya amat tertarik dengan tajuk khutbah jumaat yang disampaikan pada minggu ini iaitu "Gejala Sosial Remaja". Jumlah gejala ni semakin hari semakin meningkat dan telah mencapai ke tahap yang amat membimbangkan. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, tak mustahil 20@30 tahun akan datang reputasi negara akan jatuh dan negara akan menjadi huru-hara.

Kemajuan negara pada masa akan datang adalah bergantung pada remaja kita yang ada pada hari ini. Saya amat berminat dengan kenyataan Ibnu Khaldun.. “Remaja yang baik pada hari ini, adalah pemimpin yang baik pada masa akan datang”.

Terdapat banyak faktor-faktor yang mendorong kepada masalah ini. Antara faktor-faktor tebut. :-

1 - Kurangnya didikan agama
Masalah didikan agama yang kurang adalah faktor yang paling utama dalam masalah sosial remaja. Didikan agama yang secukupnya mampu menjadi penghalang@dinding daripada melakukan perkara-perkara tidak elok. Oleh itu, ibubapa memastikan anak-anak mereka mempunyai didikan agama yang secukupnya untuk menempuhi cabaran dunia kini terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak.

2 - Kasih sayang daripada keluarga
Kekurangan nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibubapa kepada anak-anak menyebabkan anak-anak memberontak dan merasa tidak selesa berada dirumah dan lebih selesa berfoya-foya dengan kawan-kawan diluar sana. Ini kerana remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu dan untuk mencurahkan segala masalah mereka dan terasa terasing bila berada dirumah.

3 - Pengaruh rakan-rakan
Tidak dinafikan bahawa seseorang remaja ingin mecari kawan yang ramai dan berkawan tanpa memilih samada baik atau sebaliknya. Kalau berkawan dengan kawan yang baik. Alhamdulillah.. Tambahan pula mendapat kawan yang dapat membimbing kita. Tetapi kalau berkawan dengan orang yang kurang baik. Sudah semestinya akan terikut-ikut dengan perangai kawan-kawan mereka. Ini kerana perasaan seseorang remaja yang ingin mencuba perkara baru dalam hidup mereka dan tidak menghiraukan halal haram.

4 - Pengaruh media massa
Media massa samada media cetak ataupun media elektronik sekarang banyak memaparkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya di siarkan dan diluluskan untuk pratonton masyarakat Islam. Ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda remaja. Kalau dulu, dalam filem-filem melayu susah untuk melihat agenda-agenda lucah tetapi sekarang dah makin banyak agenda tersebut ditontonkan dan sekarang isu berkaitan aksi separuh bogel oleh pelakon Zul Handy Black dan Ana Dahlia dalam filem Mantra.

5 - Keadaan sekeliling
Keadaan sekeliling yang dimaksudkan adalah terdapatnya pusat-pusat hiburan, karaoke, pusat judi, tempat-tempat maksiat dan sebagainya akan menyebabkan remaja lalai dengan hiburan duniawi semata-mata. Lebih-lebih lagi remaja pertama yang kali pertama kali ke tempat tersebut dan boleh dikatakan kejutan budaya.

Merujuk faktor-faktor diatas, peranan ibubapa amat penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam masalah ini. Tanggungjawab dan cabaran ibubapa dalam mendidik anak-anak pada masa sekarang amat sukar disebabkan pengaruh luar seperti yang di nyatakan diatas.

Selain ibubapa, peranan institusi pengajian, badan-badan kerajaan dan masyarakat juga penting untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi. Seperti institusi pengajian, memperketatkan undang-undang dan disiplin pelajar supaya tidak terdedah aktiviti luar dan juga memperbanyakkan pengajian Agama Islam supaya dapat membentuk akhlak mulia. Bagi pihak kerajaan umumnya. Hendaklah menutup atau mengehadkan pusat-pusat hiburan dan kerap memantau tempat-tempat yang sering berlakunya maksiat.

p/s :- Hanya pendapat saya semata-mata. Kalau ada salah silap berbicara harap dimaafkan..

Tazkirah minggu2 lepas
Anda Tergolong Dalam Golongan Mana
Cerita Untuk Renungan
Kelebihan Bulan Rejab
Hutang Menjadi Trend Pada Masa Kini
Islam Mengharamkan Mengumpat

Award Dari Wanzi dan Tag Dari Yuyu

Posted by mije Kamis, 08 Juli 2010 0 komentar
Salam..Setelah selama seminggu menyepi dengan membuat award dengan tag, hari ini mijie dengan suka hati dan disebabkan kebosanan di ofis hari ini, mijie akan menulis entry pasal award dan tag ni supaya dapat langsaikan hutang cepat-cepat.

1 - Award Daripada Wanzi



1. Ape name blog nape letak nama 2?
- nama blog xkan xtau.kat header tu terpampang nama blog mijie..emm letak nama tu sebab nama mijie ar..hehe

2. Bila start buat blog?
- Baru jugak..Dalam bulan mac. Tengok ar dekat. 1st menulis entry pada 20 Mac 2010.

3. Sape 1st follower?
- 1st mestilah mijie..haha..Yang 2nd lupa plk sape..huhu

4. Ucapan khas untuk pemberi Arward?
Terima ksih banyak2 wanzi kerana memberikan "Cute Blogger Award" ni kat mijie. Mijie hargai pemberian wanzi kepada mijie nie. Emm x pandai nak berucap petang2 ni..Emm xpekan wanzi..

5. Lastly, 9 org cute yang ak nak tag?
(ramainye)

- Mar (sebab ketawa kan mijie)

Huh..alhamdulillah..dh selesai..:)

2 - Tag Daripada YuYu
Terima kasih yuyu kerana tag mijie. Mijie akan jawab dengan seikhlas hati.. Tag ni adalah dibuat oleh krole yang baik hati.

1- copy gambar tag


2- jawab 5 soalan dari tag ini:

a) apakah nama makanan kegemaran anda
- emm makanan kegemaran mijie nasi coz tiap2 hari makan nasi kan..Kalau x suka x makan pulak..haha..

b)anda berasal dari mana?
- mijie berasal daripada kuala terengganu, terengganu darul iman.. Tanah tumpah darahku..

c) hobi anda?
- hobi surf internet, chatting, main game kurang, tgk movie pun kurang

d) warna kegemaran anda?
- hitam itu menawan, hijau itu ketenangan, dan biru itu kedamaian

e) apakah perasaaan anda semasa menjawap tag ini?
- xde perasaan pape2 pun.

3- tag 2 orang setelah selesai menjawab tag di atas:
- matdin
- assoyfinger67
- Zakiah(special)

Ok..dah siap..Orang yang terkena.Sila buat..:)

Tips Melajukan Loading Page

Posted by mije Selasa, 06 Juli 2010 0 komentar
Salam. Yeahh saya dapat telah mendapat idea untuk menulis entry ni selepas bangun daripada tidur. Agak2 mijie ni termimpi kot td?. Setelah saya telah menerima beberapa2 komen daripada otai2 blogger terutama sis DaHLia, NaNaJoe dan pertolongan daripada Mell dan krole. Saya telah mendapat idea untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.


Masalah 1 : Shoutbox Pada Sisi Lambab Keluar.
Masalah ni sebenarnya saya tak perasan pun. Tapi bila bertanya dengan NaNaJoe dan Mell. Diorang kata, memang shoutbox saya bermasalah sedikit. Kadang2 kuar, kadang2 tak keluar. Patut pun kadang2 berape banyak kadang daa tengok trafik ok tapi message kat shoutbox kurang. Ingat silent reader yg datang ruper2nye shoutbox tak keluar. Perasan jap.


Penyelesaian :- Cari punya cari, so saya dah dapat solution nya iaitu membuat shoutbox menggunakan jQuery. Saya minta maaf sebab lambab memberitahu, mungkin ada sesetengah korang yang datang melawat blog saya semalam tapi tak jumpa untuk mencari shoutbox ni.




Masalah 2 : Loading page lembab.
Masalah ini juga telah dikomen oleh NaNaJoe yang dengan seikhlas hati kot.  Terima kasih nana yer, saya suka orang banyak2 komen ni. Setidak2 nya saya boleh mengetahui kelemahan saya tanpa saya sedari. So, rajin2 lah korang memberi komen ye.


Penyelesaian :- Antara penyelesaian yang telah saya lakukan:-
i) Menukar background daripada format jpeg yang bersaiz 50kb kepada format .gif yang hanya bersaiz 900bytes. Ini kerana gambar yang barsaiz besar akan membuatkan loading page menjadi lembab.

ii) Membuat Slider Menu untuk widget yang loading lembab. Yang ini saya ingin berterima kasih pada RedBoy kerana menyediakan tutorial ini. Saya gunakan slider menu ini pada “MAWWI BLOGWALKING” dan juga pada “BANNER KAWAN2”. Ini kerana Mawwi blogwalking ini mengambil masa terlalu lama untuk loading dan pada banner kawan2 adalah untuk menjimatkan ruang. Korang jangan ingat saya anak tiri kan banner korang tau.

iii). Membuat Tab Menu Menggunakan jQuery. Yang ni saya baru buat petang tadi  menggunakan tutorial yang disediakan oleh Nescafe Ais. Tab menu ni bukan sahaja meringankan kerana menggunakan jQuery malah ia juga dapat menjimatkan ruang.


iv). Menukar button “back to top” kepada jQuery. Yang ni pun saya buat pada petang tadi. Button yang digunakan sebelum mengambil masa yang agak lama untuk muncul.

v) Membuat fungsi read more dan membuang widget-widget yang tidak diperlukan. Sebenarnya yang ni dah lama saya buang. Ia dikomen oleh sis DaHLia. Membuat fungsi read more juga dapat meringankan page loading selain membuatkan blog nampak kemas dan teratur. Widget2 yang saya gunakan sebelum ini seperti jam, gambar kartun upin ipin, dan feedjit tidak penting dan melembabkan loading. Memang tidak dinafikan bahawa widget2 tersebut membuatkan blog nampak lebih ceria, cantik, hepy  tetapi demi kelajuan loading.. Baik buang je..

Kalau ikutkan banyak lagi benda yang membuatkan blog saya ni lembab antara nya menggunakan flash header, menu header dan juga title pada side bar. Tetapi saya tidak sanggup untuk membuangnya. Bukan senang nak buat tu semua tau. Sanggup fix kan benda2 lain. Korang nampakkan saya banyak menggunakan jQuery ataupun AJAX. Korang dah tau kan apa itu AJAX??..Kalau belum tahu.. Tunggu entry saya yang akan muncul menemui anda pada bila2 masa yang sesuai, saya akan terangkan apakah itu AJAX.

Ini just hanya pendapat saya yang masih mentah dalam dunia blogging dan masih perlu banyak belajar, So, apa yang kurang harap dimaafkan dan jika ia memberi faedah korang boleh ikut. Jika korang nak tutorial untuk membuat ini semua, boleh lah request kat komen yer…~hehe~.

*Entry kali ni mijie try menggunakan saya pula sebagai ganti nama diri.
*Entry sebelum ini saya dah komen tapi tidak muncul. Maaf yer. Saya sedang mencari solution ni.kalau korang tahu solutionnya, jangan segan, jangan malu beritahu yer.
*Entry ini ditulis pada malam tadi tapi disebabkan masalah internet, terpaksa publish pagi ini.
*Tips ni khas untuk blogger yang ingin meletakkan banyak benda kat blog diorang.

Cara Membuat Shoutbox Versi Ajax

Posted by mije Senin, 05 Juli 2010 0 komentar

Salam..Mijie baru je buat pasal shoutbox guna ajax ni dan ingin juga mijie berkongsi dengan korang semua cara untuk membuatnya. Untuk pengetahuan korang semua, penggunaan kod  ajax lebih ringan daripada biasa(javascript). Untuk lebih lanjut baca tentang ajax. Korang boleh minta tolong je dengan pakcik google..Confirm dia bantu. Ok dengan masa yg sedikit ni(curik opis hour). Mijie akan akan terangkan step2 nye...

Step 1 : Login Dashboard => Design => Add a Widget => Pilih HTML/Javascript .
Step 2 : Copy kod dibawah dan pastekan pada content..  
<!-- Start Ajax Popup Shoutbox by Mijie -->
<script type="text/javascript" src="http://code.jquery.com/jquery-latest.pack.js"></script>

<script>
$(document).ready(function() {
//select all the a tag with name equal to modal

$('a[name=modal]').click(function(e) {

//Cancel the link behavior

e.preventDefault();



//Get the A tag

var id = $(this).attr('href');



//Get the screen height and width

var maskHeight = $(document).height();

var maskWidth = $(window).width();



//Set heigth and width to mask to fill up the whole screen

$('#mask').css({'width':maskWidth,'height':maskHeight});



//transition effect

$('#mask').fadeIn(1000);

$('#mask').fadeTo("slow",0.8);



//Get the window height and width

var winH = $(window).height();

var winW = $(window).width();



//Set the popup window to center

$(id).css('top', winH/2-$(id).height()/2);

$(id).css('left', winW/2-$(id).width()/2);



//transition effect

$(id).fadeIn(2000);



});



//if close button is clicked

$('.window .close').click(function (e) {

//Cancel the link behavior

e.preventDefault();



$('#mask').hide();

$('.window').hide();

});



//if mask is clicked

$('#mask').click(function () {

$(this).hide();

$('.window').hide();

});



});
</script>

<style>
img { border: none; }
#mask {

position:absolute;

left:0;

top:0;

z-index:9000;

background-color:#000;

display:none;

}



#boxes .window {

position:fixed;

left:0;

top:0;

width:440px;

height:200px;

display:none;

z-index:9999;

padding:20px;

}
#boxes #mijieshoutbox {

background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuJ2_dVTSTprghHxrHO9XX9-a4iynfNHQarIhAqaEWrpB3rVBSw6nDDV3YR8O3xKhd1JW_QOavL6LtHFvKb3Qe4TKFYgGrjUwpqGr4Pf8bwDr_RD5_dV6rsgxmMlpho0bcsTp0YS-V_r8/s1600/lightblack.PNG) no-repeat 0 0 transparent;

width:272px;

height:460px;

padding:56px 0 20px 5px;

}
#closesb {

padding:2px 0 0 0;

}
#author {

padding:8px 0 0 168px;

}
</style>


<ul><center> <a href="#mijieshoutbox" name="modal"><img src="http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/shoutboxtab.png" border="0" width="158" height="58" /></a> </center> </ul>

<div id="boxes">

<!-- Start Shoutbox -->

<div id="mijieshoutbox" class="window">

<!-- Begin ShoutMix - http://www.shoutmix.com -->
Masukkan Kod ShoutBox Anda Disini
<!-- End ShoutMix -->

<div id="author"><a target="blank" href="http://mymijie.blogspot.com/2010/07/cara-membuat-shoutbox-dengan-ajax.html"/><img src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/linky.png" /></a>

</div><div id="closesb"><input type="button" value="Close" class="close" />

</div></div><!-- End of Ajax Shoutbox -->
<!-- Mask to cover the whole screen -->

<div id="mask"></div></div>

<!-- End of Ajax Popup Shoutbox by Mijie -->

Step 3 : Masukkan kod shout anda pada perkataan “Masukkan Kod Shoutbox Anda Disini” diatas.
Step 4 : Pastikan width='261' dan height='380' . Contoh seperti dibawah. 

<!-- Begin ShoutMix - http://www.shoutmix.com -->     <iframe frameborder='0' height='380px' scrolling='yes' src='http://www5.shoutmix.com/?mijie0512' title='mijie0512' width='261px'><a href='http://www5.shoutmix.com/?mijie0512'>View shoutbox</a></iframe><br /><a href='http://www.shoutmix.com' title='get your own free shoutbox chat widget at shoutmix!' target='_blank'>GetShoutBox</a><br /><!-- End ShoutMix -->


Step 5 : kemudian SAVE. Klik PREVIEW untuk lihat hasilnya.
Untuk menukar frame shoutbox. Anda tukar kod ni
http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/lightblack.png dan untuk menukar images pada blog anda tukar kod nie
http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/shoutboxtab.png.
Untuk mendapatkan lebih banyak frame untuk kesukaan anda. Silalah ke blog Raybond. Mijie dapat kod ni pun dari sana tapi kod yang ni telah dikemaskini semula oleh mijie.Thanks a lot Raybond. Jasa mu dikenang..:)

Lagi tutorial klik sini..

Entry Khas Buatmu Followers ke-400

Posted by mije Sabtu, 03 Juli 2010 0 komentar

Salam..Entry pendek ni ditujukan khas kepada followers mijie yg ke-400 sebagai tanda penghargaan dan juga berterima kasih..Followers yang lain pun mijie ucap terima kasih jugak nye..Nanti korang merajuk kan, susah pulak mijie. Tapi yang ni special sikit, sebab genap 400 dan juga sempena 4 bulan berblog.

Terima kasih lah yer Cik Alin kerana bertuah menjadi followers mijie yang ke-400. Senang2 korang singgah lah ke blog dia yer. Rasa2 nye dia adalah salah seorang student UTHM kot.. Teka2 je. hehe.. Sama dengan adik mijie, belajar kat UTHM, ambik course Information Technology. Eh3 mijie ni promote adik pulak. Bukan promote tapi saja nak bagitau.. Janganlah marah. hehe

Anda Tergolong Dalam Golongan Yang Mana??

Posted by mije Jumat, 02 Juli 2010 0 komentar


Assalamualaikum w.b.t. hari ini adalah hari jumaat, esok hari sabtu, lusa hari ahad. Huh sekejap je kan rasa masa yang berlalu pergi. Dah masuk 8 bulan dah kerja. Macam tak percaya pulak. Emm.. sebenarnya bukan yang nie nak fokus hari nie. Hari ni kan Jumaat, seperti biasa. Buat2 tak tahu pulak. cewah2.. Ok lah tak nak melalu merepek panjang..Jom lah layann tazkirah hari ini. 

Siapakah orang yang sibuk? 
Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaanNabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? 
Orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg KEDEKUT adalah orang yang tak nak belanja MOHD ARTARMIZI BIN MAMAT!!!..hihihi..:)

* Artikel berkaitan..Klik sini