Selamat Hari Pekerja

Posted by mije Jumat, 30 April 2010 0 komentar
tot2 skrg dh msuk 1 Mei kan. Sekejap je mase berlalu..Dikesempatan ini, mijie ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja @ Selamat Hari Buruh khas ditujukan utk semua yg bekerja sahaja..Yg tdk bekerja 2 tdk pyah lah ek..tiada hari utk mereka..heheh


Tapi syg seribu syg , sini tdk ade cuti sempena hari pekerja ni. cuti mcm biase juga ari sbtu n ahad..Knp yek..mmg sini x cuti ke??..Adui.. baru buat perancangan utk blik blik kampung nie..Jumpa mak ayah kak adik kat umah.abg xde yer..

Adui xde idea ar plk pg2 nie.xpe lah pesanan ringkas dan pndek jelh ek..yg pentng dh ade key utama dye iaitu SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA..

Orang Berblog Aku Berblog Tapi Apa Sebab Aku Berblog??

Posted by mije Kamis, 29 April 2010 0 komentar
Salam..entry kali nie mijie akan mceritakan(sbnrnye mijie x pndai bcerita nie) apa yg mijie ingin drp berblog dan ape yg tlh menybbkn mijie jatuh ati pg blog nie.:)

Sebenarnya(bkn Dan Sebenarnya.. tau) drpd berblog mijie mahukan ramai mmbr2 dlm alam maya yg boleh berkongsi pgalaman dan tip-tip yg berguna drpd korang semua(arap2 kongsi yer). Hidup mnjadi sunyi n pilu tnpa mmbr2 kan. korang semua lah mmbr2 mijie..:)

Mijie nie dh lame dftr blog dgn blogspot pd Januari 2009 agi tp mase 2 x tlalu interest, maklumlah bz dgn study, tmbh agi time 2 tenet connection x de. Ssh nk update 6t. So, lpas dftr akaun dgn blogspot kt makmal kmputer blok 14A1(blik kliah tmpt mijie bljr), trus tnggal je..dok update2 ph ceroh kate org tganu..:)


Tp sejak sblan yg lps kot mijie tlh tbuke hati sekali lg utk berblog nie..Mijie tlh update link asl iaitu mijie88.blogspot.com kpd y skrg..http://mymijie.blogspot.com. Sbb 2, kalau korang perasan kat profil mijie 2 tarikh dia adalah 2009..Mase mula2 dftr dulu. Klau ikutkan tarikh dh setaun lebey mijie dlm dunia blogger nie msti trafik dh tinggi(perasan)..:)

Pd bln lepas, ps update link pun x berape aktif jgk. Visitors pun dlm 5 @ 6 org je shari(sedih). xde xtau pn nk blogwalking. Just utk try design je. Mmg mijie minat bab2 design nie tp mijie x kreatif pn..Syok sndiri ade lah..Tp sejak mula dftr nuffnang n blogwalking dgn mmbr2 blog, rse interest plk tmbhan pla tgk trafik n followers makin bertambah dari ari ke hari..

InsyaAllah, mnggu dpn mijie akan postkn entry berkenaan trafik blog mijie pd minggu nie(klu x bz lah. bese lah skrg bz skit). Ni pun ats sbb korang jgk sudi melawat n follow blog mijie nie.:)

Sebab lain, adlh keadaan sini yg amat2 mbosankan, Tinggal hnya 2 org 1 rumah..2 pun dgn org yg dh bkahwin..segan skit nk berbual2 cm kwn2. So, berkurung dlm blik jelah cm ank dara.:)

Ha, time nie lah peluang yg terbaik utk mijie melibtkn diri secara langsung dlm dunia maya ni. Nsib baik kat tempat tinggal mijie nie ade WiFi Zone bolehlh ber'on9' wlaupun berbayar (yelah semua kne byr kn, msk tnds pun kne byr 20sen.Ade ssetengh tmpt dh 30 sen tau) dan dpt juga menghilangkan kbosanan ni..org tua2 tganu oyak "puah dok saje"..hehe..

emm oklh taip pnjng2 pun korang mlas nk bce jgk kan..hehe..Thank yer sudi mbaca..Pas bace sudi-sudikan lah tinggal komen yer.
Komen anda amat dihargai..:)

Angkat Skirt Buka Seluar

Posted by mije Selasa, 27 April 2010 0 komentar
Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran
murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid
perempuan.

Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa
yang akan kamu lakukan?

Murid: Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!

Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?

Murid: Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.

Guru : Habis tu apa yang ...(Mula Khuatir)

Jeng! Jeng! Jeng!


Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt
saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab
seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan...

Apakah Yg Korang Fikirkan???

Cover2

Posted by mije 0 komentar
1.kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebalik nyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...
lepas tu baru bgn bila takde org nampak..

2. kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali- kali supaya org ingat anda
saje2 buat lawak...

3. kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...


4. kalo terjatuh dlm longkang: pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorang yg amat prihatin terhadap kebersihan...

5. kalo jatuh ketika nak naik bas:
jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada org di blakang anda...

6. kalo terjatuh di dpn bus stop:
terus buat2 pengsan sehingga ada org membantu anda.. kalo takde..baring terus sampai mlm dan takde org lagi kat bus stop tu... haa... ni lah masa sesuai utk bangun semula...

7. kalo jatuh tergelincir kat lantai licin:
tarik la kawan (atau sesiapa yg ada kat sebelah anda) utk jatuh bersama-sama supaya
tak lah anda sorang je yg dpt malu... ye tak

Malu!

Posted by mije 0 komentar
Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan...
pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.
Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya...
Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang...
dia segera mengubah penyamarannya..
kali ini sebagai Syeikh Arab....


Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang...
Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata..
Dia takkan mengenali aku lagi..

Tiba-tiba nenek berkata "Hey Hashim"
Kerana kehairanan yang amat sangat..
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
Nenek itu menjawab..
"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Masalah Dapat Diselesaikan Jua

Posted by mije Senin, 26 April 2010 0 komentar
Yes..akhir nye aku dpat juga mencari masalah yang berlaku pada en3 aku..2 lah asyik duk main code..tp xpe lagi bnyk masalh lagi bez kan..lgi bnyk pengalam..heheh..masalah aku sebenar baru pagi td aku perasan bahawa en3 yg aku stabil..ade kekiri dan ade kekanan..susah juga 2 untuk mencari masalah tp alhamdulillah berkat usaha aku yang x cepat berputus asa dpt juga menyelesaikan..dh bulat mata nie duk tgk code dye, tmbhan mengantuk agi nie..

semalam tdo lewat lah..x terlelap..adui..Dua lagi masalah yg aku jumpa adalah yg "Anda Mungkin Meminati" dan juga "bayangan text @ link" pada header x kuar lah klu gune browser mozilla firefox version 3.0..biase aku gune Google Chrome ok je..

Mungkin ada sesetengah korang yg dh perasan kn..tp xpe lah..ni mungkin disebabkan browser x support nie..biase lah mozilla pun bukannya support semua..coz 2 ia sentiase update..skrg dh mozilla version 3.6 kot..tp aku still gne Google Chrome..laju skit n loading dye pun laju tp kelebihan dia menggunakan RAM yg tinggi..So pikir2 lah nk gune yg mn..semua ad kelemahan dan kelebihan msg2.terpulang..adui lari tjuk lah pulak..xpe lah..korang semua orait je kan..heheh

* Pesanan aku, klu korang terjumpe ape2 error kat blog aku nie. tlg inform k..nnti aku akan mmenyelesaikan secepat yg mungkin..

Surat Perokok Tegar

Posted by mije Minggu, 25 April 2010 0 komentar
Nama saye dulu Din(bukan name sebenar), saye mati ni sebab rokok. Tadi saye tulis warkah ini khas untuk anak-anak nage sekalian. Saye mule merokok ketika usia 12 dan mati sebab rokok pada usia 24. Dulu, saye anak nage part time je, lebih kurang 2 batang sehari, tapi lepas 2 tahun berkecimpung secara aktif, saye menjadi pro dan mula menelan 5 batang rokok sejam dan memenangi anugerah perokok pantas seduia dengan rekod 1.779 batang seminit.


Selain itu, saye juga memenangi anugerah gudang garam tahun 1999 dan anugerah dunhill 2001 untuk pembelian rokok terbanyak dalam masa 12 jam. Pada tahun 2002, saye mendapat tempat kedua anugerah mild seven untuk asap paling tebal.

Namun, pada tahun 2004, saye menemui ajal dalam acara marathon sambil mengasap bandar kl anjuran malboro, tetapi saya dilanggar trak pengangkut lucky strike yang datang dari batu pahat menuju ke baling. Disebabkan oleh kesan pelanggaran yang kuat hingga memecahkan kepala, paru-paru, jantung, dan otak saye, saye mati di tempat kejadian. Jadi, nasihat saye, jangan merokok sambil berlari, sekian.


Yang benar,

din nage


* Jum Sertai Campaign X NAK MEROKOK !!!

Cara Membuat LinkWithin@"Anda Mungkin Meminati :"

Posted by mije Sabtu, 24 April 2010 0 komentar


LinkWithin ? apa tu ? mungkin anda yang baru dalam dunia blogging tertanya-tanya apa itu LinkWithin . Bagi yang biasa mungkin ini kacang jer bagi dia orang. Jadi kalau anda sudah tahu apa itu LinkWithin , maka anda boleh berhenti membaca setakat ini sahaja. Bagi yang tidak tahu teruskan membaca.


LinkWithin berfungsi untuk memaparkan entry atau post anda yang berkaitan yang anda masukkan sebelum ini untuk ditunjukkan kepada pelawat blog anda. Jika anda melawat ke blog yang ada fungsi LinWithin anda akan jumpa perkataan " Anda mungkin juga meminati .." disebelah bawah setiap post atau entry yang dipaparkan.

Jika anda nak tahu macam mana mereka buat ? Mudah jer , apa yang perlu anda buat ialah :

1. Buka akaun blogger anda.
2. Pergi ke URL : http://www.linkwithin.com
3. Taipkan email blogger anda.
3. Taipkan URL blog yang anda ingin letak LinkWithin.
4. Pilih Platform : Blogger
5. Tetapkan bilangan post yang anda inginkan dipaparkan.
6. Klik kotak kecil jika mahu.
7. Klik GetWidget !
8. Klik Install widget
9. Pilih blog yang anda ingini untk letak widget tersebut.
10. Klik Add Widget
11. Preview blog anda.

From http://tutorialforblogger.blogspot.com/

Contest Mai Secawan

Posted by mije 0 komentar
CONTEST MAI SECAWAN
BY

Puan Fiza dan Encik Nawan telah mengadakan contest contest mai secawan sempena ulang tahun yang pertama blog beliau dan titik permulaan pembukaan stokis. Jom Meriahkan contest nie..



Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.


Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
* Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
* Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
* Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
* Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
* Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
* Halban (IMUNITI).
* Larak Hutan (KARDIOTONIK).

Hadiah² yang ditawarkan adalah dari produk² HPA sendiri...

antaranya adalah :
>>1orang x (minyak herba + ubat gigi)
>>1orang x (bedak jasmin+ ubat gigi)
>>3orang x 3 bungkus Kopi Radix (15 sachet)

Untuk Maklumat Lanjut.Klik sini untuk join

Tarikh Tutup 10.5.2010

*Aku juga salah seorang ahli HPA yang juga aktif.. Aku sangat gemar minum KOPI RADIX nie. Tiap2 pagi aku minum.. mmng bezzzz...Bukan setakat KOPI RADIX je bez tapi semua produk keluaran HPA semuanya yang terbaik..HALAL LAGI TOY'YIBAH..GEMPURR RADIX..hehe

Apa Nak Buat

Posted by mije 0 komentar
Hari minggu nie jugak boleh aku update blog nie..Hari lain penat sikit dengan kerja tapi rase nya keje yang kene buat xlah bnyk sangat sampai tidak boleh nak update tapi xde mood lah nak menaip. malam2 asyik layan lagu dan perasaan yg bercelaru..mungkin disebabkan keadaan yg membosankan menyebabkan mood hilang..nk tgk tv = citer x bez, nk men game = bosan coz main sorang2(biase main game secara LAN), nk tgk movie = malas, nk baca buku = malas, nk buat keje malam2 = xde mood, nk surfing internet = kadang2 line slow, tension..emm xtaw lah..ssh betul nk cari mood yang myeronokan nie..emm kenapa ekk??..aku pun xtau..adui..layan lagu je yg pling bez(layan lagu jiwang, rock 90-an), biar lah nk kate aku mat jiwang asalkn aku hepy:)

What Motivates You ??

Posted by mije 0 komentar
Variety (Kepelbagaian dalam tugas)
Security (Jaminan masa depan)
Pay (Gaji)
Good colleagues (Rakan sekerja yang baik)
Pleasant working enviroment (Persekitaran kerja yang menggembirakan)
Promotion prospects (Prospek naik pangkat)
Good benefits (Ganjaran yang banyak/memuaskan)
Holidays (Percutian)
Recognition (Pengiktirafan)


Training (Latihan)
Status (Pangkat dan kedudukan)
Doing a worthwhile job (Melakukan kerja yang bermanfaat)
Interesting work (Kerjaya yang menyeronokkan)
Hours of work (Jumlah waktu bekerja)
Sense of achievment (Perasaan pencapaian)
Job challenge (cabaran tugas)

Rahsia Bantal....

Posted by mije 0 komentar
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai
penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka
romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca
peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan
seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada
sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!"

Pesanan Buat Lelaki

Posted by mije 0 komentar
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati , fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri, atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok utk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka pada Allah, zat yang kekal dan disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu, hati separuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah jiwa mereka dengan sifat-sifat murni kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Allah. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun mereka tidak bergelar ratu cantik dunia, presiden atau perdana menteri.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Itu bukan dikriminasi Tuhan sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan.
Jangan mengharapkan isterimu seperti Siti Fatimah kalau keperibadianmu belum lagi seperti Sayyidina Ali..

Orang Kata, Atuk Kata, Aku Rasa

Posted by mije Jumat, 23 April 2010 0 komentar
ORANG KATA :: enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, Bila tua nanti tobatlah.
ATUK KATA :: orang muda hidup memang baru bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA :: betul jugak tu..

ORANG KATA :: exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA :: exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk di uji,
dah ada syllabus untuk di ikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA :: betul jugak tu..

ORANG KATA :: have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
ATUK KATA :: setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
AKU RASA :: betul jugak tu..

ORANG KATA :: kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!
ATUK KATA :: ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA :: betul jugak tu..

ORANG KATA :: successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA :: setiap manusia dapat 24 jam dlm
sehari, tapi..ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali
sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA :: err..betul jugak tu..

Sangka-Sangka

Posted by mije 0 komentar

"Manusia hari ini suka bersangka-sangka
>> Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
>> Orang beribadah disangka riak
>> Orang yang relax disangka malas
>> Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
>> Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
>> Orang makan banyak disangka pelahap
>> Orang makan sikit disangka diet
>> Orang baik disangka buruk
>> Orang buruk disangka baik


>> Orang senyum disangka mengejek
>> Orang masam disangka merajuk
>> Orang bermuzakarah disangka mengumpat
>> Orang diam disangka menyendiri
>> Orang menawan disangka pakai susuk
>> Orang nampak ceria disangka membela
>> mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
>> mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
>> mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
>> mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
>> mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
>> Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
>> Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
>> semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

>> Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan

Bisikan Hati

Posted by mije Kamis, 22 April 2010 0 komentar
Hati,
mengapa tiba-tiba menjadi sepi,
kosong tanpa berisi
melayang ke alam fantasi
mencari noktah
perhentian yang tak pasti

Diri,
mengapa tiba-tiba menjadi tuli
mengharap bantuan dan simpati
tanpa insaf dan mengerti
bahawa kau perlu berdikari

Aku,
mengapa menjadi pilu
mengenangkan nasib tak menentu
kakadang ria menyapa rindu
kakadang duka menyapa sendu


Iman,
mengapa tiba-tiba menjadi longlai
hanyut terurai dalam dakapan nafsu
entah bila kesedaran itu
akan berlabuh dalm diriku

Insaf,
mengapa tiba-tiba menyapa hatiku
tidak bertakhta,bertapak dalam sanubariku
insan lemah seperti aku
yang sering merindui huluran salammu
dan aku.......

sekali lagi aku?
Ya aku...
ingatlah engkau yang bernama aku
bahawa tanpa amal solehmu
maka tiada esok lagi bagi dirimu.....

Petua Untuk Daya Ingatan Anda

Posted by mije Minggu, 18 April 2010 0 komentar
Dengan mengamalkan petua-petua dibawah Insyaallah dapat mengurangkan risiko menjadi pelupa serta meningkat daya ingatan, jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

* Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


* Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

* Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

* Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

* Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

* Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Achik Spin Maut dalam Nahas Ngeri

Posted by mije Sabtu, 17 April 2010 0 komentar
Al-fatihah wat Allayarham achik spin.. Semoga dcucuri rahmat keatas roh nyer.. Ia mberi perigatan yg nyawa boleh terpisah dr jasad bile2 mase je.. Tigt mase masa zman skolah dlu minat btul ngan kump Spin ni..



Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.


Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Klik disini untuk melihat video kejadian ini..

CINTA Vs SUKA

Posted by mije Jumat, 16 April 2010 0 komentar
Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….

Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi…

Kasih sayang-Mu Tuhan,
Itu yg kudambakan...
Dgn rahmat-Mu,
Ampunilah dosaku...

Mayat Bayi Dalam Timbunan Sampah

Posted by mije Senin, 12 April 2010 0 komentar
HULU SELANGOR 11 April - Seorang bayi lelaki dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan sempurna, selain memiliki raut wajah yang comel. Malang sekali, mungkin bimbang kelahirannya itu bakal membawa malu, bayi comel itu dibuang begitu sahaja dalam keadaan yang sangat memilukan.

Dia dibungkus dengan kertas surat khabar, kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang dalam timbunan sampah.

Sekali lagi, penemuan mayat bayi dalam keadaan tragis ini - tiga hari selepas kempen Kami Prihatin dilancarkan - memperlihatkan masih ada orang yang sanggup bertindak kejam terhadap bayi tidak berdosa.


Mayat bayi lelaki malang yang masih bertali pusat itu ditemui oleh pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mayat bayi itu ditemui dalam timbunan sampah di sebelah kedai nasi ayam berhampiran lampu isyarat di pekan Sungai Choh.

Beliau berkata, seorang pekerja MDHS yang sedang mengutip sampah di kawasan itu menemui mayat itu dalam bungkusan plastik.

"Pekerja terbabit tergerak untuk memeriksa bungkusan plastik yang ditemuinya dalam timbunan sampah itu kerana berasa curiga dengan isi kandungannya.

"Dia terkejut apabila mendapati bungkusan itu mengandungi mayat seorang bayi dan segera memaklumkan perkara itu kepada orang ramai yang berada di kedai berhampiran sebelum menghubungi polis," katanya di sini hari ini.

Norel Azmi memberitahu, siasatan mendapati bayi lelaki itu baru dilahirkan dan dibuang dalam timbunan sampah sarap di situ.

Bagaimanapun, beliau berkata, bayi itu sudah mati ketika ditemui pekerja terbabit.

Berdasarkan maklumat awal pakar perubatan, katanya, bayi itu mungkin dilahirkan tidak cukup bulan tetapi sempurna sifat dan dipercayai akibat keguguran.

Tambahnya, mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kematian.

"Polis sedang berusaha mengesan ibu mangsa dan mengharapkan bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.

Khamis lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melancarkan kempen Kami Prihatin yang bertujuan menangani gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Kempen anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan itu turut disokong oleh artis popular tanah air yang menyanyikan lagu Harapan Tanpa Suara.

- UTUSAN

Cinta, Sayang, Minat & Suka....

Posted by mije 0 komentar

Cinta - kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa
yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin
tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang - kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk
berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan
seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka - kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila
bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut.
tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat - apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.

Makna Tersirat Di Sebalik Kata-Kata Seorang Wanita

Posted by mije 0 komentar

Sebenarnya, antara lelaki dan perempuan terdapat perbezaan dari segi pemahaman komunikasi. Ramai yang kurang menyedari hal ini terutamanya kaum lelaki.Lelaki perlulah memahami dan menyelami apakah maksud di sebalik kata-kata seorang perempuan. Sebagai contohnya:

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.
8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi. Wanita ni bukankah pemalu?

Andainya Perempuan Tahu....

Posted by mije 0 komentar

•Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

•Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

•Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.


•Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

•Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

•Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

•Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

•Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

•Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

•Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

•Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

•Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

•Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

•Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)

•Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

•Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

•Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

•Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

•Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Salam

Posted by mije Minggu, 11 April 2010 0 komentar
Adui..lamae nye x update blog nie...busy sangat seminggu kebelakangan nie.minggu lepas balik umah lah..biasa lah duk umah x sentuh pun laktop niee. asyik jalan2 je. biasa lah jarang2 dapat balik umah. bez dapat balik umah..rasa cam nak duk umah je. umah x bowink..sini bowink ar. xde kawan..sedey. mari sini hnye untuk bekerja. xleh nak g jalan2..psing2 bndar. xde kawan nk teman lah..

Kebetulan Atau Peringatan

Posted by mije Sabtu, 10 April 2010 0 komentar
27-11-2009 Aidiladha pada Hari Jumaat
18-12-2009 Tahun Baru Hijrah pada Hari Jumaat
25-12-2009 Hari Natal pada Hari Jumaat
01-01-2010 Tahun Baru pada Hari Jumaat
26-02-2010 Maulidur rasul pada Hari Jumaat
02-04-2010 Matiny Yesus Kristus pada Hari Jumaat
28-05-2010 Hari Wesak pada hari Jumaat
10-09-2010 Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat
27-08-2010 Nuzul Quran pada hari Jumaat
05-11-2010 Deepavali pada hari Jumaat..

Adakah KIAMAT sudah hampir????...
INGAT di dalam Al-Quran, telah menyebut kiamat terjadi pada hari Jumaat..
banyak Beristifar dan berdoa kepada Allah S.W.T..

Sekadar peringatan kepada semua umat Islam..

Rahsia Solat Diawal Waktu

Posted by mije Rabu, 07 April 2010 0 komentar
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

April Fool Satu Musibah??

Posted by mije Kamis, 01 April 2010 0 komentar
Walaupun lewat sehari tapi aku post juga artikel ini untuk peringatan pada tahun2 akan datang.

Dunia menyambut hari ini dengan nama April Fool. Hari berjenaka, dengan pelbagai pembohongan untuk bergurau senda. Walaupun namanya sudah sah menggunakan kaliah Inggeris, tetapi penduduk-penduduk negara lain selain negara berbahasa inggeris turut galak menyambutnya. Termasuklah penduduk di Malaysia.

Saya, sepanjang hidup saya, tidak pernah merasa kemeriahan Hari April Fool ini, kecuali sekali, pada satu tahun yang saya lupa tarikhnya, di mana beberapa orang rakan sekolah rendah mengenakan saya dengan sesuatu perkara, kemudian mereka menjerit,

“ April Fool!”

Tetapi selepas itu, teguran dari Ustaz Ustazah di SRIH membuatkan suasana itu luput dengan cepat. Akhirnya, selepas itu, hinggalah ke hari ini, 1hb April adalah seperti hari-hari lain yang biasa. Tidak diingati, dan tidak diletakkan pada taraf hari-hari penting dalam kehidupan saya. Kecuali lah nanti di masa hadapan, anak atau cucu saya mungkin lahir pada tarikh ini.

Apakah sikap orang ISLAM bila hari ini datang? Itu yang saya suka bawa dan bincangkan.


Saya melihat, bila hari ini datang, akan ada dua bentuk penerimaan orang ISLAM.

Pertama, mereka menyambutnya juga. Turut melakukan pembohongan untuk berjenaka dengan teman-teman, atau mengambil peluang hari ini untuk mengenakan kenalan mereka atas tujuan keseronokan.

Nama hari ini pun sudah kelihatan jelas tujuannya, April Fool… Hari untuk memperbodohkan orang. Secara kita tidak sedar, bila kita memperbodohkan orang lain, kita juga sebenarnya sedang memperbodohkan diri kita di hadapan ALLAH SWT.

Sebenarnya, tradisi April Fool ini, adalah satu tradisi yang sama sekali tidak patut kita ikuti, rayakan, atau contohi. Hal ini kerana, berbohong atas apa tujuan sekalipun adalah salah satu dari dosa-dosa besar.

Malah, Rasulullah SAW sendiri memberikan amaran kepada sesiapa yang berbohong dari kalangan ummat baginda,

Sabda Rasulullah SAW,

“ Celakalah untuk sesiapa yang berbicara dan berbohong untuk membuat orang tertawa, celakalah untuknya” Riwayat Abu Dawud.

Sabda Rasulullah SAW lagi, kali ini dari sudut menakut-nakutkan orang, atas tujuan berjenaka.

“ Adalah dilarang untuk seorang muslim, menakutkan seorang muslim yang lain” Abu Dawud dan Musnad Ahmad.

Malah di dalam Sahih Al-Bukhari, terdapat sabda Rasulullah SAW yang menyatakan akan siksaan untuk siapa yang berbohhong. Boleh rujuk di dalam Kitab Sahih Bukhari, Vol 8, no 118.

Justeru, saya berpesan kepada diri kita semua, untuk tidak terjebak dalam pembohongan, walau apa pun tujuan kita. Tidak kiralah kerana hendak meraikan Hari April Fool ini, mahupun berbohong pada hari-hari yang lain.

Golongan kedua pula, adalah golongan yang tidak menyambut Hari April Fool, tetapi menyebarkan pula cerita palsu berkenaan sejarah sebenar berkenaan bagaimana bermulanya Hari April Fool tersebut.

Jika kita perasan, di dalam YM, mahupun di dalam Friendster dan sebagainya, akan terdapat forward mesej, atau mesej berantai yang menyatakan bahawasanya Hari April Fool ini adalah berasal dari sambutan orang kafir atas tewasnya orang ISLAM di Spain. Mereka menyambut hari kejatuhan Kerajaan ISLAM Sepanyol itu, dan menamakannya sebagai April Fool.

Dinyatakan di dalam mesej-mesej berantai ini, bahawa orang kafir telah melakukan penipuan terhadap orang ISLAM ketika itu. Maka sebab itulah dinamakan 1hb April ini sebagai Hari April Fool, yakni Hari memperbodohkan orang lain, untuk mengenangkan keberjayaan mereka menipu orang ISLAM sehingga runtuhnya kerajaan ISLAM Sepanyol.

Kes ini, sama sahaja dengan kes cerita-cerita tidak benar berkenaan asal-usul Hari Valentine. Keadaan ini, yakni menyebarkan cerita tidak betul, untuk menakut-nakutkan, atau menghindarkan orang lain dari menyambut hari-hari kebesaran agama lain, adalah satu sikap yang tidak elok dan boleh menimbulkan imej buruk terhadap orang ISLAM sendiri.

Ternyata, kisah Hari April Fool disambut kerana meraikan kejatuhan Kerajaan ISLAM Sepanyol akibat penipuan orang kafir adalah tidak benar. Saya telah membuat beberapa rujukan. Saya sertakan bersama post ini dua link untuk anda kaji semula.

http://www.themodernreligion.com/misc/hoax/april-fool.html

http://www.answering-islam.org/Hoaxes/aprilfool.html

Sebenarnya, orang-orang ini berniat baik untuk Orang ISLAM tidak menyambut Hari April Fool, tetapi ternyata, tanpa mereka sedari, mereka juga telah melakukan pembohongan dan melanggar pesanan Rasulullah SAW untuk tidak berbohong. Bagaimana?

Malah, lebih buruk dari itu, sikap sebegini(menyebarkan cerita bohong berkenaan satu-satu peristiwa yang merupakan kepunyaan agama/kaum lain) menimbulkan pandangan dan imej buruk masyarakat bukan ISLAM terhadap ISLAM itu sendiri.

Sememangnya, kita tidak dibenarkan menyambut April Fool. Bukanlah kerana Hari April Fool itu merupakan Hari Kejatuhan Kerajaan ISLAM mana-mana Negara, atau pada bila-bila tarikh, tetapi adalah kerana April Fool menganjurkan budaya bohong, yang ternyata jauh sekali dari ajaran ISLAM. Itu sahaja. Khalas. Janganlah kita reka-reka perkara yang tidak ada untuk menghalang orang lain. Apakah bezanya cerita ini, dengan hadith-hadith palsu yang direka-reka untuk menjauhkan orang lain dari berbuat kerosakan?

Rasulullah SAW pernah berpesan dalam sabda baginda,

“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia menempah tempatnya dari neraka“ Riwayat Bukhari dan Muslim, dan hadith ini merupakan Hadith Mutawatir.

Maka kita sebagai manusia yang beriman kepada ALLAH, sepatutnya tidak melakukan perbuatan mereka-reka cerita bohong, atau menghantar mesej-mesej berantai yang tidak kita tahu kesohihannya.

Kita hendak mencegah orang dari berbohong, tetapi ternyata, kita sendiri berbohong. Malah pembohongan kita merosakkan imej ISLAM di mata masyarakat. Apakah jenayah yang lebih besar dari pembohongan yang sedemikian?

Marilah kita sama-sama muhasabah diri, dan bergerak atas arahan ILAHI, dan kita koreksi diri dan pertingkatkan kualiti hati.

Semoga ALLAH redha kita, dan menjaga kita dengan penjagaan yang ketat.

Buat renungan bersama…………..

Posted by mije 0 komentar
Assalamualaikum

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pint berkat).

jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada
kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya
untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

**Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau
menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum.
Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila
dibelanjakan.**