Update PageRank - Yeahh dah PR4

Posted by mije Senin, 27 Juni 2011 0 komentar
Salam semua..apa kabar?..Harap-harap sihat yer..Sebentar tadi lawat blog Denaihati, ada entry pasal update Page Ranking. So, mijie pun nak check jugak lah samada naik atau turun.. Sebelum ni PR2. Alhamdulillah, lepas check, naik jugak 2 lagi, so sekarang dah PR4. Yeaahaha.. Bestnya.



Pertama sekali, mijie ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi melawat blog mijie yang tidak seberapa ni. Alhamdulillah tak terhingga. Sokongan anda semua amat-amat berharga. Tanpa korang semua, mijie tak akan sampai ke tahap ini. Cewah macam pemenang Maharaja Lawak pulak..haha

Mijie pun tak percaya PR4 tapi bila check banyak kali, confirm tak salah. Mijie percaya ramai lagi blogger lain yang turut naik page ranking mereka dan yang jatuh harap bersabar yer.. Jangan cepat berputus asa. Page Ranking bukan menjadi ukuran kualiti sesebuah blog tapi setiap entry yang berguna itulah adalah menjadi penentu untuk menaikkan blog di persada dunia..hehe..

Untuk check PR anda. Klik sini

Percutian ke Sungai Como

Posted by mije Minggu, 26 Juni 2011 0 komentar
Percutian pada minggu ni adalah ke Sungai Como, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu. Bertolak dari rumah pada pukul 12.30 tengah hari pada hari Jumaat. Sampai di Masjid Kampung Gaung tempat kami solat jumaat dan berkumpul dalam pukul 1.15 tengahari. Setelah semua cukup, kami bertolak dari masjid Bukit Gaung ke Sungai Como dalam pukul 3 petang.

Sampai ke Sungai Como dalam pukul 3.30 kot kalau tak silap, lepas sampai kami menjamu selera terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti lain. Yelah kan, memula sekali mesti kene makan dulu, kalau tak, nanti tak larat nak angkut barang..(Macam lah banyak sangat bawak barang)..haha'

Emm..Jom layan gambar jelah..hikhik

Banyak ikan kan..sape nak sape nak..meh lah ambik?..Ops..Nanti dulu. Kalau nak kene bayar lah. Haha

 Sangkar ikan..Dilarang memancing dalam nie yer..Adik-adik, abang-abang, sila pancing kat luar sana.

 Ni lah tempat penginapan kami. Bergoyang rumah time bot lalu. Nasib baik ombak tak kuat. Kalau tak, macam duk atas kapal lah jawabnya. 

 Ada gaya macam pemancing professional tak?..hehe

 Masing-masing mencari port untuk memancing. Sabar yer abang-abang.

 Besar jugak keli nie..Berat lebih krg 2KG kot..

Pemandangan dari darat. Ops lupa nak ambik belah sangkar ikan..Nanti r mijie upload lagi yer..;)

 Yahooo..Mijie dapat ikan..Yeye.. Besar ikan ni. Mijie dapat tau..hehe

Pada malam tu, kami bakar beberapa ekor ikan siakap dan talapia.. Huh best sangat-sangat tau. Tak sia-sia mijie join..hehe.. Emm tapi lupa lah nak ambik gambar masa bakar dan makan ikan panggang tue..Emm rugi-rugi.

Tip Untuk Pengendali Laman Web

Posted by mije Jumat, 17 Juni 2011 0 komentar
CyberSecurity Malaysia menasihatkan semua pengendali laman web milik organisasi dan kerajaan supaya mengambil langkah proaktif dalam melindungi laman web mereka berikutan serangan penggodam yang dijangka memakan tempoh masa beberapa hari.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri berkata, pihaknya menyediakan tip dan amalan-amalan terbaik untuk melindungi laman web daripada serangan penggodam.Menurutnya, antara tip berkenaan termasuk:

(1) Apakah yang anda perlu tahu mengenai pencacatan laman web?

http://www.mycert.org.my/en/resources/incident_handling/main/main/detail/756/index.html

(2) Langkah-langkah untuk pulih daripada pencerobohan sistem UNIX atau NT:

http://www.auscert.org.au/render.html?it=1974&cid=1920

(3) Senarai semakan pengesanan pencerobohan:

http://zeltser.com/log-management/security-incident-log-review-checklist.pdf

(4)Langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan SQL Injections:

http://www.mycert.org.my/en/resources/web_security/main/main/detail/573/index.html

(5) Bagaimana untuk melindungi SQL Injection dalam ASP.NET?

http://msdn.microsoft.com/en-us/library/ms998271.aspx .

(6) ModSecurity

http://www.modsecurity.org/ 

Serangan berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali "Anonymous" untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar telah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.

Sementara itu, Husin berkata, sekiranya laman web dirosakkan atau mendapati ia berdepan dengan serangan penggodam, hubungi Cyber999 menerusi saluran e-mel di cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my atau talian 1-300-88-2999 yang dipantau pada waktu kerja iaitu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang; atau faks 603 89453442, telefon bimbit +60 19 2665850 yang boleh dihubungi sepanjang masa; khidmat pesanan ringkas dengan menaip CYBER999 REPORT ke 15888.

CyberSecurity boleh diakses melalui laman web http://www.mycert.org.my.

Sumber - http://mstar.com.my

Perodua Myvi baru 2011 telah dilancarkan

Posted by mije Kamis, 16 Juni 2011 0 komentar
Akhirnya perodua Myvi 2011(D54T) yang ditunggu-tunggu telah pun dilancarkan sebentar tadi. Pelancaran telah di dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Majlis pelancaran turut di hadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.


 


Senarai harga dan spesifikasi untuk Perodua Myvi 2011 Ini adalah :-

Spesifikasi :-
- EPS: Electronic Power Steering
- ABS with EBD & BA System
- The latest modern new design: Projector headlamp
- Dual SRS Air bags (All variant)
- Automatic Shift lock part
- ISO Fix Child Restraint System
- 3 point rear seatbelt
- Pre tensioner Seat belt with force limiter
- Dash mounted gear shift
- Electronic retractable side mirror
- Fuel efficient
- Built in GPS with DVD Player, MP3, USB, and Bluetooth

Senarai harga :-
RM44,926.00 (M) Standard
RM47,726.00 (M) Premium
RM54,908.00 (M) Elegance
RM47,926.00 (A) Standard
RM50,726.00 (A) Premium
RM57,908.00 (A) Elegance

Notakaki : Menarik jugak kan myvi baru ni, tapi mijie dah beli saga FL hari tu. Bersyukur lah apa yang ada kan..;)