Keadaan Sebenar pelajar di Mesir

Posted by mije Senin, 31 Januari 2011 0 komentar

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

Petikan ini mijie copypaste dari blog ariffshah untuk disebarkan kepada semua.

Harap-harap semua pelajar Malaysia di Mesir selamat dari ancaman tersebut dan harap semua dapat pulang ke tanah air dengan selamat. Dan kepada ahli keluarga yang terlibat harap bersabar yer, banyak-banyak kan berdoa supaya semuanya selamat. Aminn..

RON97 Naik Lagi 10 Sen Tengah Malam Ni

Posted by mije 0 komentar
Argghhh..Minyak naik lagiii.. Yang terkini minyak RON97 dinaikkan sebanyak 10 sen seliter pada tengah malam ni.


PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Notakaki : Nasib baik mijie guna RON95. Harap-harap RON95 jangan naik yer..

Video rusuhan di mesir

Posted by mije 0 komentar
Assalamualaikum. Apa nak jadi zaman sekarang. Rusuhan berlaku di merata-rata tempat. Yang terbaru adalah rusuhan di Mesir. Dahsyat kan rusuhan ni. Ya Allah lindungan dari kami daripada rusuhan seperti ini.




Andainya diri ini buta..

Posted by mije Selasa, 25 Januari 2011 0 komentar
Andainya diri ni buta.. Adakah aku akan menyalahkan takdir kerana menjadi seorang yang buta. Ohh tidak, terlalu sukar dan berat untuk meneriman kenyataan ini. Apalah dayaku untuk menerima kenyataan ni.

Selama 23 tahun aku dapat melihat segala keindahan dan keunikan alam yang serba indah ini, tapi segala-galanya telah diambil kembali. Aku tak mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa panca indera yang sangat berharga. Oh tidak, segala nya gelap gelita, Aku tak mampu lagi melihat semua kawan-kawan baik ku. Kehidupan ku dah tak sempurna lagi.

Kebahgiaan dalam perpisahan yang aku kecapi selama ini hilang dalam sekelip mata, bukan sahaja diriku malah seluruh keluargaku dan kawan-kawanku juga turut terasa kesedihan ini. Bagaimana untuk meniti di hari-hari akan mendatang..ya Allah, tabahkan lah hati ku ni menerima dugaan yang Engkau berikan ini.

emm kesian kat Ummu Hani kan. Ala dalam citer HANI tadi. Hehe. Begitu sukar untuk menerima sesuatu takdir. Lebih-lebih lagi kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam kehidupan kita. Kita patut bersyukur kerana semua panca indera masih mampu berfungsi dengan baik walaupun sesetengah orang perlu pakai cermin mata untuk melihat benda jauh kan. Ok renung-renungkan dan selamat menjaga pancaindera anda..:)


Dunia Orang Buta


Cuba ceritakan padaku
bagaimana dunia di matamu
apa benar langit berwarna biru
dan awan agak kelabu

bagaimana warna pelangi?
benarkah mejikuhibiniu?
kerana yang kulihat setiap hari
hanyalah lembaran abu-abu

di duniaku
tidak ada yang berwarna biru
atau merah jambu
yang ada
hanyalah abu-abu…

MiJiE BLoG dah PR2??..

Posted by mije Senin, 24 Januari 2011 0 komentar
Salam semua. MiJiE BLoG dah meningkat PR2??..Betul ke??..Ini lah yang ada dalam fikiran mijie bila member blogger mijie, matdin yang beritahu yang blog mijie nie yang dah ranking ke-2 yang dalam Google PageRanking. Tengah-tengah blogwalking pun ramai blogger yang update pasal ni, tapi malas pulak nak check sebab tak sangka ada perubahan.


Alhamdulillah dah ranking ke- 2. Firstly, mijie ingin berterima kasih kepada korang semua kerana sudi singgah di MiJiE BLoG ni. Tanpa korang semua tiada lah MiJiE BLoG dan PR tak akan naik sampai macam ni. Harap-harap dapat memberi manfaat yer. Dan amat berterima kasih pada matdin atas mengambil berat pasal MiJiE BLoG ni.

Ini akan memberikan mijie lebih bersemangat untuk berblog walaupun masa sekarang tidak mengizinkan untuk selalu update blog. Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan segera. Maybe ini kebiasaan para pekerja di awal tahun kan. Berkemungkinan juga mijie belum dapat nak manage masa yang ade nie..hehe. Mijie ingin mohon maaf jika tak sempat untuk balas semua jejak dan komen korang yer. Harap dimaafi dear...hehe..  Insyaallah ada masa lapang mijie akan datang.. Tunggguuuuuuu... ;)

Notakaki :: Macamana nak manage masa dengan sebaik-baik nye yer?..Ada cadangan tak?.. Sekarang pun tengah manage 2 blog sekaligus. Hehe

Seronoknya Bercinta

Posted by mije Kamis, 20 Januari 2011 0 komentar
BERKORBAN apa saja ungkapan sesuai bagi menggambarkan keadaan pasangan yang asyik dilamun cinta.

Mereka sanggup melakukan apa saja demi cinta sehingga maruah dan kehormatan diri tergadai. Terdapat juga yang asyik bercinta dengan ‘pak hitam’ dan ‘bapak dari seberang’ lalu lari meninggalkan keluarga dan menderita di negeri orang.



Akibat hubungan cinta terlarang juga terdapat pasangan kekasih yang tergamak membuang bayi tanpa nilai kemanusiaan dan kasih sayang. Justeru, Islam sangat mengambil berat persoalan ini kerana jika tidak diurus baik pasti akan mengundang perbuatan zina.

Untuk menentukan supaya percintaan berkenaan mencapai matlamat perkahwinan yang disyariatkan, beberapa nasihat berguna boleh dijadikan panduan pasangan yang asyik dilamun cinta. Cinta sejati dan hakiki hanya untuk Allah dengan taat melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.

Semua ini dilakukan demi memperhambakan diri kepada-Nya sambil mengharap beroleh kenikmatan menyaksikan zat-Nya Yang Mulia di syurga.

Begitu pula cinta kepada Rasul yang wajib didahulukan daripada cinta kepada makhluk sebagai syarat untuk mendapat syafaat al-kubra di akhirat kelak.

Perkara ini pernah ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Didiklah anak-anak kamu cinta kepada tiga perkara; Cinta kepada Nabi mereka, Cinta kepada ahli keluarga Nabi dan cinta kepada al-Quran”.

Segala perlakuan mesti dimulai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah, maka begitu pula apabila ingin bercinta dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan pasangan yang secocok dan berakhir ke jenjang pelamin.

Jika ditakdirkan terjadi perpisahan, perpisahannya juga kerana Allah supaya setiap pasangan pasrah akan takdir Ilahi bahawa tiada jodoh antara mereka dan menerima dengan hati terbuka.

Bercinta bukan tiket untuk menghalalkan apa saja. Oleh itu, setiap pasangan wajib menjaga batas pergaulan.

Elakkan bersikap memandang remeh terhadap perbuatan saling berpegangan tangan yang diharamkan kerana akan mengundang dosa lebih berat sedikit demi sedikit. Tujuan bercinta bukan sekadar untuk berseronok dan selama-lamanya. Ia hanya perintis jalan untuk berkenal-kenalan sebelum melangsungkan pernikahan yang disyariatkan.

Jom masak-masak

Posted by mije Sabtu, 08 Januari 2011 0 komentar
Salam.. Ok hari ini mijie nak ajak korang belajar masak-masak dengan mijie ek. Jomm.. Sapa nak ikut?. eh3.. Pandai ke mijie nak masak nie?. Entah-entah masak nasi jadi bubur. Haha

Tak adelah, bukan mijie nak ajar korang masak, sebenarnya hari ini company mijie buat aktiviti jom masak-masak pagi tadi. Program ni adalah julung-julung kali diadakan disini yang dihadiri oleh lebih kurang 600 orang.


Bagi mijie program sebegini harus dilakukan kerana ia dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama staf lama dan baru dan juga dapat mengeratkan antara pihak atasan dengan bawahan. Yelah, banyak department kan, memang susah untuk bersua muka.

Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan saling tolong menolong.  Kata orang berat sama diusung, ringan sama dijinjing kan.

Ok. Mijie harap pihak atasan akan memperbanyakkan program sebegini dan semoga ia akan berterusan kelak.

Teh Timbang Bahaya Kepada Kesihatan

Posted by mije Minggu, 02 Januari 2011 0 komentar
Teh timbang yang rata-rata digunakan dikedai-kedai kopi sangat berbahaya kepada kesihatan kerana ia mengandungi pewarna sintetik(bukan semula jadi) yang berbahaya. Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negara ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang panjang. Kebiasaan teh ini digunakan untuk membuat teh susu kerana ia lebih pekat daripada teh biasa. 


Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman berkata penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.

p/s : Lepas ni kalau nak minum air kat kedai kopi @ mana -mana kedai kena pastikan dulu teh yang digunakan. Tapi kalau nak lebih selamat minum je air masak @air suam kan.  

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia

Posted by mije Sabtu, 01 Januari 2011 0 komentar

Salam semua. Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi, KL. Menurut sumber allahyarham meninggal dunia pada 1 Januari 2011, pukul 2.30 petang tadi.

Arwah yang pernah berlakon dalam siri adamaya sebagai Dani, dan dalam siri terbaru akasia, Tiramisu sebagai Alias adalah drama yang terakhir lakonan Arwah. Faizal juga merupakan bekas suami penyanyi popular Siti Nordiana(Nana) yang meninggalkan seorang anak berusia 2 tahun, Mohamad Rayyan Nakhaie.


Al-fatihah buat Allahyarham Faizal Yusof yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Notakaki : Tengok dalam lakonan Faizal, tak sangka pula dia ada penyakit tu kan. Muda-muda dah kena serangan jantung, samada tua atau muda tidak terlepas daripada serangan penyakit berbahaya dan kita juga perlu bersedia untuk kembali kepada-NYA.