Selamat Menyambut Ramadhan Semua

Posted by mije Minggu, 31 Juli 2011 0 komentar
Assalamualaikum w.b.t. Ini adalah tahun kedua mijie berblog dalam bulan yang mulia ini. Di kesempatan ini mijie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Semoga kita tidak melepaskan peluang yang ada dengan memperbanyakkan amal ibadah. Moga ia lebih baik daripada Ramadhan yang lepas dan belum tentu akan berjumpa pada bulan Ramadhan akan datang.



"RAMADHAN datang lagi,
Selangkah ke depan Usia menginjak,
Hati berdetik dimana bumi di pijak,
AZAM ditekad KEIMANAN di tingkat,

Namun jangan kita lupa kematian semakin dekat,
Kita RAIKAN Ramadhan ini dengan penuh KESYUKURAN,
Diberi kesempatan, Dilanjutkan ruang taubat, 
Agar diri lebih cemerlang serta mendapat BERKAT,

Mudah-mudahan tubuh bertambah SIHAT,
Kerjaya meningkat HEBAT,
Moga di redhai ILAHI,
Dunia dan Akhirat.


OK. Mari kt berniat puasa:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Notakaki : Jangan ponteng puasa tau tapi kalau perempuan tu faham-faham lah..hehe..;p.  
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar