Berhati-Hati Dengan Jerat Cinta

Posted by mije Rabu, 05 Mei 2010 0 komentar
CINTA itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlain-lain menerimanya.

Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.” - Ilmuan tersohor Profesor Dr. Hamka

Sememangnya perasaan kasih dan sayang atau cinta adalah kurniaan Allah yang amat unik dalam diri setiap insan. Cinta luhur dan suci, namun mampu bertukar menjadi jerat memakan diri jika tidak diurus secara rasional.


Justeru, timbul isu-isu seperti lari dari rumah gara-gara mengikut teman lelaki. Lebih malang apabila ia membabitkan remaja bawah umur dan masih di bangku sekolah, sebagaimana yang banyak berlaku akhir-akhir ini.

Akibat ‘demam cinta’ mereka sanggup mengikut lelaki yang tidak diketahui asal-usulnya, sekali gus melukakan hati ibu bapa dan keluarga, serta menggadaikan masa depan dengan meninggal alam persekolahan.

Persoalan sekarang apakah faktor yang mendorong remaja ini bertindak senekad itu. Sejauh mana kefahaman mereka tentang istilah cinta yang sebenar atau sekadar suka-suka menyebutnya?

Sebelum persoalan ini dijawab, pakar motivasi, Dr. Robiah K. Hamzah, lebih suka menjelaskan istilah cinta itu sendiri.

Katanya, apa sahaja yang membuatkan mereka gembira, tenteram, kenyang dan menang, itulah cinta bagi remaja sekarang.

“Soal halal haram tidak ada lagi, asal sahaja keperluan dan kehendak mereka berjaya dicapai, itu sudah dianggap kemenangan besar,’’ ujarnya.

Malah katanya, dorongan-dorongan kepada minda seksualiti bahawa cantik, hebat dan popular itu lebih penting, secara tidak langsung membangkitkan keghairahan untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.

Menerangkan lebih lanjut katanya, kurang kemahiran di kalangan ibu bapa dalam menangani anak-anak di peringkat usia ini, juga mendorong anak-anak remaja terjerumus kepada kancah tidak sihat.

Ini katanya, berkait rapat dengan cara dan bagaimana ibu bapa mahu berhadapan serta membangunkan minda mereka sesuai dengan kehendak remaja hari ini.

Malah lebih malang, apabila asas agama yang selama ini menjadi tunjang kepada kehidupan, tidak lagi berjaya disuburkan oleh ibu bapa di kalangan anak-anak mereka.

“Remaja hari ini jauh berbeza dengan remaja dahulu. Hakikat yang perlu diterima ibu bapa hari ini ialah cara mereka membesar jauh berbeza dengan anak-anak sekarang. Begitu juga dari segi keperluan, kehendak serta cabaran yang dihadapi,’’ ujarnya.

Malah katanya, ibu bapa perlu sedar tahap kematangan anak-anak mereka hari ini lebih cepat atas dorongan dan pengaruh persekitaran.

Berkasih sayang

Kematangan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi keperluan fizikal tetapi termasuk dari segi biologi.

“Pada usia lapan atau sembilan tahun, ada yang sudah mencapai akil baligh. Keinginan untuk berkasih sayang dan tertarik kepada seseorang berlainan jantina sedikit sebanyak sudah berputik dalam diri anak-anak ini.

“Sebagai individu yang melalui proses peralihan dari usia kanak-kanak ke remaja, perasaan menyukai pada seseorang mudah timbul,’’ ujarnya.

Walaupun tidak salah kata Robiah, remaja ini harus dibimbing dengan betul tentang bagaimana untuk mengurus perasaan tersebut.

Peranan ibu bapa untuk memberitahu bahawa pada usia remaja keutamaan mereka adalah pelajaran sebagai permulaan bagi membina masa depan.

Cinta usia remaja atau lebih dikenali dengan jolokan ‘cinta monyet’ hanya menganggu tumpuan kepada pelajaran gara-gara hanyut dilanda perasaan.

Beliau berkata, emosi memang bersifat subjektif tetapi dalam usia muda, apa yang lebih menjadi tanggungjawab mereka ialah menghabiskan pelajaran bukan masanya untuk diamuk perasaan cinta.

Lebih teruk lagi jika jatuh hati pada lelaki yang baru sahaja dikenali hingga ada kalanya boleh memberi kesan psikologi kepada pelajar.

“Remaja harus ingat, pada waktu ini kesempatan terbaik untuk merencanakan masa depan, mencipta kejayaan dalam hidup, bukan hanya berangan-angan kosong,” katanya.

Robiah mengingatkan bahawa, kematangan yang tidak diurus dengan baik membuatkan ada antara remaja tidak berasa takut untuk meredah apa sahaja yang ada di luar dari rumah mereka.

Ini ditolak lagi oleh faktor persekitaran termasuk pendedahan yang dibuat media massa dan elektronik, sehingga remaja berasa mereka juga mempunyai hak dan kebebasan sendiri.

“Bagi anak remaja ini mereka berasa mereka sudah boleh membuat keputusan sendiri, tanpa perlu dikawal ibu bapa atau pihak sekolah,’’ ujarnya.

Dalam keadaan ini, tidak ramai ibu bapa yang cuba untuk memahami perubahan-perubahan serta kehendak anak-anak ini.

“Cara didikan ibu bapa sekarang tidak lagi sesuai dengan jiwa anak-anak yang semakin berani dan terbuka.

“Apabila ibu bapa masih mengekalkan cara mendidik anak sama seperti 20 atau 30 tahun dulu, secara tidak langsung anak-anak akan berasa terdapatnya jurang ketidakserasian antara mereka dan ibu bapa,’’ jelasnya yang juga Presiden Wanita Islam Antarabangsa, Malaysia.

Keadaan diburukkan lagi apabila sikap dan kefahaman anak remaja hari ini yang tidak lagi kuat untuk menjurus kepada pendidikan keagamaan.

Ketaatan mereka terhadap ibu bapa semakin rendah, begitu juga ketaatan kepada Tuhan dipandang ringan.

Akibat daripada kerapuhan iman inilah, remaja berjaya membina budaya ‘mereka boleh hidup sendiri’ berpandukan apa yang mereka lihat dan buat.

“Kebanyakannya melupakan akhirat dan terlalu mengejar keduniaan. Katanya, konsep membangunkan budaya ketuhanan sudah tidak ada sebaliknya mengutamakan keperluan duniawi.

“Apabila mereka lebih mengutamakan keduniaan, mencari kekayaan dengan cara jalan pintas sehingga melupakan halal haram, maka generasi yang tidak berkualiti akan dilahirkan,’’ ujarnya mengakhiri perbualan.

Cara Dating Yang Betul

Posted by mije 0 komentar
Bersama:MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN:Bagaimanakah cara yang betul bagi pasangan muda-mudi masa kini mengaplikasikan konsep dating untuk mengenali hati budi masing-masing mengikut cara yang berlandaskan syariat dan peraturan Islam?

JAWAPAN:

Dating dalam erti kata berdua-duaan pasangan lelaki perempuan yang bukan mahram adalah haram. Ini kerana perbuatan tersebut boleh membawa kepada mudarat. Iaitu mendedahkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan sesuatu yang ditegah dalam agama Islam.


Mula-mula dating dalam telefon, kemudian ajak keluar makan. Mula-mula naik kenderaan berasingan. Lama kelamaan naik satu kenderaan bukan sekadar makan tetapi pegang tangan, tidur atas bahu kekasih. Sehingga kadang-kadang sampai melakukan perzinaan.

Walaupun pada mulanya rasa bersalah terhadap perbuatan yang terkutuk itu, lama kelamaan menjadi alah bisa tegal biasa. Sebab itulah Islam menegah sama sekali pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Allah s.w.t berfirman, Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). (al-Isra’: 32)

Peringatan dalam ayat ini ialah tegahan keras Allah supaya jangan sekali-kali cuba menghampiri zina. Kaedah fikah menjelaskan ‘Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram’. Dan mencegah adalah lebih baik dari mengubat.

Sekiranya usaha menghampirinya jelas ditegah apatah lagi sengaja terlibat. Islam mengajak penganutnya menjauhkan diri dari terdedah kepada maksiat. Menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tidak berguna.

Terjebak

Allah s.w.t menegah umatnya mendedahkan diri terjebak dalam kebinasaan. Firman Allah s.w.t, …dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…. (al-Baqarah: 195). Dalam ayat ini Allah sebut mencampakkan, maksudnya sengaja melibatkan dan mendedahkan diri dalam sesuatu perbuatan yang boleh membawa kebinasaan.

Allah s.w.t menyuruh setiap lelaki dan perempuan menundukkan pandangan. Ini kerana dengan menundukkan pandangan seseorang itu dapat memelihara kehormatannya. (al-Nur: 30-31). Ketika mentafsirkan ayat ini sebahagian ulama menyatakan bahawa; pandangan adalah panah beracun bagi hati, sebab itulah Allah s.w.t menghimpunkan dua perkara dalam ayat ini, iaitu merendahkan pandangan dan memelihara kehormatan (kemaluan). Disebut juga bahawa mata adalah punca kepada zina. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, jld:18, hlm:214 ).

Dating diharuskan bagi mereka yang sudah bertunang. Itupun dengan izin wali perempuan dan bersama mahram ahli keluarga perempuan. Bertunang adalah lesen awal untuk seorang lelaki mengenali tunangnya. Mungkin juga langkah awal untuk seorang lelaki dan seorang perempuan mengenal bakal pasangan hidupnya dengan lebih dekat lagi.

Namun Islam tidak membenarkan seorang pasangan yang bergelar tunang untuk berdating. Kalau nak dating mesti dengan memelihara hak Allah. Ulama haruskan pertemuan lelaki dan perempuan selepas pertunangan semata-mata untuk melihat sifat zahirnya, seperti melihat kepada rupanya untuk mengenal pasti kesempurnaan fizikalnya.

Namun percintaan dan dating yang halal ialah selepas diijab kabul, sementara itu pasangan kekasih hendaklah tunduk kepada perintah Allah. Adalah tidak wajar mencari kebahagiaan hidup dengan melanggar perintah Allah. Mungkin juga ada yang bertanya: kalau begini susahlah bagi pasangan kekasih mengenali antara satu sama lain.

Tidak ada pengenalan yang sempurna bagi lelaki terhadap pasangan kekasihnya melainkan selepas perkahwinan.

Tips Tingkatkan Trafik

Posted by mije Selasa, 04 Mei 2010 0 komentar
Exchange Link Dgn Mijie
Salam..kali ini mijie akan kongsi sikit berkenaan pertukaran link(exchange link). Utk menaikkan ranking kita di Google. Kita perlu melakukan linkback atau Exchange Link..Kenapa kita harus exchange link?

Pertama, dgn melakukan exchange link maka kita akan memiliki kesempatan memperoleh populariti di internet. Maknanya blog kita akan memiliki peluang tampil di senarai mesin pencarian seperti Google. Hal ini sangat mempengararuhi kunjungan pelawat blog kita. Semakin popular blog, maka semakin banyak org melihat blog kita dan tentunya peluang tampil dgn urutan semakin teratas kn.


Kedua, dgn melakukan exchange link maka peluang utk mmperolehi penghasilan di internet semakin besar. Mengapa demikian? Tentu saja, semakin popular blog kita, maka semakin ramai orang dtg ke blog kita?..Mengapa demikian??..Ini kerana, orang akan memanfaatkan peluang itu dgn mengiklankan produk mereka di blog kita kerana mereka tahu kalau mereka memasukkan iklan mereka, peluang untuk org melihat iklan mereka semakin tinggi dan peluang pndapatan mereka pun tinggi.

Ketiga, yang nilah yang paling mijie suka sebenarnye, dgn melakukan exchange link, maka kita memiliki peluang utk memperolehi rakan di serata dunia (mijie klu boleh nak serata Malaysia je)..Kalau begitu sdh tentu bnyk hal yang akan kita peroleh daripada rakan2 kita itu. Contohnya, pertukaran informasi menarik drpada rakan2 kita itu dpt mmbantu kita dlm banyak hal. Ha, menarik kan?. Itu hanya sebahagian alasan mengapa kita harus melakukan pertukaran link, ada banyak alsan lain yg menyokong tentang kebaikan pertukaran link nie..:)

So, apa tunggu lagi, Jom exchange link dgn mijie. Tapi ingat nie exchange link tau..maknanya kena bertukar2 link..:)

Award Sulung Mijie

Posted by mije Senin, 03 Mei 2010 0 komentar
Salam..ni first time mijie dpt award drp sesorang kwan yg begitu baik ati mmberi kan award nie kt mijie..nme beliau Yuyu, bkn Yuna taw, yuyu..
sbut btul2..nnti dia mrah kan..Smbil2 tulis tba2 missglam hntr jgk, so sekali kn jelah..sng skit..
Emm..Cam Artis plk yg telah menerima Anugerah Industri Muzik(AIM)..Lebih kurang gtu ar..hehe..tapi nie bukan muzik yer..Ni blog, so namenye
"Beautiful Blogger Award"..Waaa..cm bez kn..Hehehe..Baru ni dpt lembu seekor dari ReRaMeUnGu, ari nie dpt award plk..
ishkh3 bertuah sungguh lah nsib mijie..hakhakhak..:)

Haa nilah awrd 2..cantik x?..tp pink $%#^@ ..xpe lah pink pun pink lah jnji dpt..org memberi kita menerima dgn seikhlas hati kn..btul x..:)

Beliau siap beri amanah pada mijie agar kasi award ini kepada sesiapa yang mijie terasa mahu bagi...

Mijie pun xtau nk bg kat spe nie..Ssh betul nk plih penerima award nie..so, mijie bt lh cabutan bertuah dri list followers mijie nie..tgk spe yg kene..
Bertuah taw spe yg kene..Jeng jeng jeng..spe ekk..surprise...Klik read more..:)


Haa ni lah dye..

Nanad
Fairyku-bebas
bluedianthus
MissXYZ
Krole
Siti
Ali
Akuctlollipop

Ini antara wasiat dari beliau yang mahu mijie utarakan okeh:

* bina entry pasal award comel ini

* dah orang bagi so kena la ucap terima kasih dan link pada yang kasi award ini

* copy badge beutiful blogger award ini

* tag sesiapa yang anda terasa beliau berhak terima award ini

Peluang Untuk Tersenarai Dalam List Ben Ashaari

Posted by mije Sabtu, 01 Mei 2010 0 komentar
Salam..teruja plak tgk bila trafik di blog Abg Ben tinggi setiap ari..Ramai pelawat dtg yer..Pastu ari nie mijie terbace tntang pengumuman Abg Ben iaitu "Blog LIST Baru akan dibuka ... Terhad ...".. Wow berita menarik nie..Mijie mesti xkn lepaskan peluang ini..Ini peluang terbaik nie..Mijie cepat2 tulis tntg entry ini..Sanggup x lunch agi tgahari ni utk post kan entry psal nie..Minta2 Abg Ben sudi utk meletakkan link mijie dlm blog Abg Ben yer..



Syarat-Syarat Pertama
1) HEADER BLOG BEN ASHAARI
- done..hensem kan..:)

2) Berapa lama dah berblog
- mijie terlibat secara aktif dlm berblog nie bru 2 bulan lebih..masih baru kan ..Tapi klu ikutkan kat register mijie pada profile blogspot ialah pd tahun 2009. tp 2 pun sbb ats dorongan kwan kat UiTM. tp 2 just register jelah..lpas 2 x update pun..buke pun tdk..dulu name domain mijie 'mijie88.blogspot.com'..tp mmg x update langsung..time 2 busy ngan study..n xtaw pape lagi pasal berblog nie..2 bulan yg lepas baru nie ingin berblog kembali..Nie hsil yer..mijie tkar nama domain 'http://mymijie.blogspot.com' n jugak mnggunakan tempalte yg sedia ade tp ubah suai kan blk supaya nmpak lain dari yg lain n unik..


3) Sehari berapa entri ?
- Sehari 2 ade lah 2 @ 3 entry..klu mlas skit 1 hari= 1 entry..ok lah kan drp xde trus kn..:).Tapi bln lepas sebelum mijie dftr dgn nuffnang..update jrang2 je, time 2 lebih kpd design template nie..post entry kdang2 2 hari=1 entry xpun 3 hari=1 entry..lgpun time 2 followers pun terlalu sikit..tp skrg oklh..setiap ari bertambah..Bertambah smngt lah nk upadate tiap2 ari wlaupun kdang2 bz dgn keje nie..:)

- Tapi lepas nie, klu blog mijie terpilih utk tersenarai dlm list blog Abg Ben Ashaari. Mijie akan update tiap2 ari..InsyaAllah..:)..Harap2 Abg Ben sudi2 lah letak link blog mijie dlm list terbaru Abg Ben 2 yer..:)

- Thank Abg Ashaari kerana sudi memberi pertolongan utk meningkatkan trafik pada blogger yg baru cm mijie..:)

14 Fakta Menarik..

Posted by mije 0 komentar
Baca sini..mijie postkn 14 fakta yg bg mijie rse menarik jgk kot..bg korang xtau lah..mgkin ssetengah korang dah tau psal nie tp yg xtau lg..Silalah baca..

LAYANNNNN.....

1. Rama2 merasa mkanannya dgn kaki.

2. Bunyi itik tdk mghasilkan talun(echo).

3. Dlm tempoh 10 minit, taufan membbaskan lbh bnyk tenaga berbanding keseluruhan tenaga yg blh dibebaskan dri senjata nuklear yg terdapat di bumi.

4. Gajah adlh satu2 mamalia yang tdk blh melompat(betul ke ??).

5. Tdk mustahil bg lembu menaiki tangga, tetapi adalah mustahil bg lembu utk menuruni tangga (try lah).


6. Wanita berkelip mata dua kali lbh bnyk dari lelaki (try lh bt, tp yg laki 2 jgn try kt mmbr2 ppuan nnti lain jdinye, klu yg beristeri 2 try kt isteri, yg ade mkwe 2,jgn duk try kt mkwe plk..HARAM..).

7. Secara fizikal semulajadi, adlh mustahil utk anda menjilat siku sendiri.

8. Siput blh tidur sehingga tiga tahun.(btl3)

9. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan,tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.(bndingkan gmbr mse kecik korang dgn skrg, ade perubahn?)

10. Mata burung unta adlh lbh besar dari saiz otaknya.(sbb 2 mata burung unta ni tajam)

11. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

12. Semua beruang kutub adlh kidal.

13. Secara purata, ramai mnusia lbh takut labab-labah drpd takut mati.

14. Hampir semua pembaca akan cuba untuk menjilat sikunya. Anda bagaimana? hehehe

Wasiat Penting Dari ReRaMeUnGu

Posted by mije 0 komentar
Salam.. terkejut aku bila buka blog td, aku telh terima satu pesanan dari cik rerarama yg bertajuk "WASIAT PENTING"..Huh penting sgt ke wasiat nie !!..First time aku di tag tau..Aku xtau nk jawab pe nie..emm hentam jelah.. sejujurnye aku telah memberi jawapan dibwah..hakhak..

Jum tgk pe wasiat dye...

*
*
*
*
*
*
*
*


haa nilah wasiat yg rerame bagi..comel x??..blh buat knduri sempena Hari Pekerja..hakhak


Syarat-syarat sebelum terima wasiat ini.

1. Thank & link the person that gave you the cow ==> done

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active ==> adui aku tag kat spe nie ek..emm aku bg jelah kt blogger yg pling active..
# SiTi
# KaiZeN SHiNoBi
# Adah
# Atikah

*cukup 4 org dulu lh..6t mijie tmbh lagi lah..spe2 yg offer kn diri boleh gak..hakhak

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat..==> dlm proses..


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv. ==> emm ape ek..jrang2 tgk tv nie..jwpn nie myblh blh kot
# Ber 'SMS'..hehehe...-- dgn spe lah 2
# Mkan Minum. -- klu mkn kat kdai mmg tgk tv, klu tgk tv, mmg kt kdai.huhu
# berkoya -- hahaha

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
# hmm..so far takde pulak..(tiru jawapn cik Rerame lah..heheh)

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
# x bnyk mn dlm 210 lbih je..

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???
# aku jumpe time ade aktiviti kt UiTM..enth cm ner blh terpikat dgn dye ek..heheh