Hukum Menyertai Facebook

Posted by mije Selasa, 30 Maret 2010 0 komentar
Kita Sering tertanya-tanya akan Apakah hukumnya seseaorang itu menyertai facebook ? Syubhahkah Menyertai facebook ?,Bagaimanakah Cerita orang mengenai pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi.


Soalan-soalan ini kerap dilontar dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum dan juga blog.Mari kita lihat 4 isu ini :


1.Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).


Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULANYA

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.
Tulisan
Zaharuddin Abdul Rahman

Perbezaan Akal Dan Nafsu

Posted by mije 0 komentar
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Telur Mempunyai Banyak Khasiat

Posted by mije Senin, 29 Maret 2010 0 komentar
TELUR pernah dianggap sumber makanan tidak menyihatkan. Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran. Tetapi tidak bagi mereka yang mengikuti diet rejim rendah lemak dan yang berhati-hati tentang paras kolesterol dalam badan.

Berbanding dengan kepercayaan tersebut, hakikatnya telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.

Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.

Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari.

Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.

- MINGGUAN MALAYSIA

Petua Untuk Pelajar

Posted by mije Sabtu, 27 Maret 2010 0 komentar

1.Banyakkan bertanya kerana dengan bertanya akam mendapat penjelasan menambah kepastian, meransangberfikir, menghilangkan keraguan dan mendapatkan perhatian.

2.menghormati ibubapa merupakan unsur terpenting yang menjadikan sseorang pelajar itu cemerlang kerana jasa dan doa ibubapa sentiasa mengiringi hidup seseorang anak.

3.masa belajar yang paling baik ialah ketika tidak rasa penat, tidak lapar dan tidak terlalu kenyang. Seelok-eloknya pada waktu awal subuh yang hening lagi damai.


4.yakin pada kebolehan dan kemampuan sendiri akan menjadi anda cemerlang. Yakinlah jika orang lain boleh mengapa tidak anda? Keyakinan yang tinggi diiringi dengan usaha yang jitu.

5.tumpukan deria dengar dan deria lihat dalam kelas , catat nota penting dan serta mengulangkaji. Ulanganrakaman yang didengar, dilihat dan catat dapat kuatkan proses ingatan minda.

6.pemilihan masa yang sesuai untuk belajar adalah penting. Buat jadual yang teratur dengan mengagihkan masa untuk belajar dan mengulangkaji, beridah dan merehatkan minda.

7.masa belajat tidak semestinya lama tapi berkesan. Belajar sepanjang masa tanpa rehat akan lemahkan minda anda. Utamakan kualiti belajatr dan kuantiti masa belajar.

8.pelajar bertanggungjawab atas kejayaan mereka, mereka boleh rajin, sederhana dan memalaskan diri sendiri. Bukan guru, bukan keluarga, bukan kawan tapi diri sendiri.

9.pelajar cemerlang tidak semestinya berada pada kedudukan no 1 dan ke atasi orang lain tetapi yang dapat mengatasi prestasi sendiri dan menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

10.pelajar cemerlang sentiasa ceria, bersemangat, berpersonaliti, berdsiplin, berdaya saing dan berjiwa besar serta dapat beri tumpuan terhadap apa yang disampaikan guru.

11.kecemerlangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Palajar biasa, keluarga biasa, sekolah biasa tidak mustahil sekiranya mereka berusaha dengan LUAR BIASA.

12.punca mudah lupa ilah persamaan antara matapelajaran, rehat yang tidak cukup antara belajar dan menghafal. Tidak minat matapelajaran dan tidak faham tajuk.

13.pelajar perlu tahu menggunakan bakat atau potensi diri untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburiberpandukan kepada cita-cita, keinginan dan usaha yang berterusan.

14.para pelajar tidak semertinyamenjadi yang terbaik tetapi, apa sahaja yang mereka lakukan mestilah dilakukan dengan sebaik mungkin supaya hasilnya memuaskan.

15.dorongan syarat penting untuk berjaya, setiap kali dorongan muncul bertambahlah perlakuan untuk belajar. Sebaliknya semakin kurang dorongan semakin turun minat.

16.ulangkaji, faham dan hafal merupakna kamus cemerlang sebabnya pelajar akan terlupa 60% daripada pelajaran yang dipelajari jika tidak dilakukan 3 perkar tersebut.

17.pelajar cemerlang mengusai kemahiran membaca, mendengar, mengingat, mencacat, mengulangkaji, berfikir dan menjawab mengikut kehendak soalan.

18.ikatlah ingatan tentang apa yang dipelajari dengan cataatan atau nota sebab pelajar yang bergantung kepada ingatan semata-mata tanpa catatan akan menanggung risiko kelupaan.

19.untuk kesihatan dan minda cemerlang, amalkan pemakan seimbang seperti madu lebah, krismis, susu, kacang soya, halba serta selalu berwuduk ketika belajar.

20.masa adalah kehidupan. Mereka yang hidup pintar hidup dengan masa sedangkan pelajar yang malas menggunakan masanya untuk mencipta kegagalan dialam jaga.

21.kecemerlangan dengan azam. Ibu Imam Hambali menangis melihat kekuatan azam anaknya pergi ke majlis ilmu tanpa berbekal apa-apa tapi sampai ke kelas sebelum orang lain bangun tidur.

22.membaca tangga kejayaan. Orang lemah belajr membaca, orangcemerlang membaca utk belajar. Tiada pelajar yg bodoh, yang ada hanya pelajar yang melakukan kerja-kerja bodoh.

23.kita hanya berusaha, Tuhan yang menetukan. Ketentuan tuhan bergantung pada apa yang kita lakukan, selagi tekun kita berusaha lagi luaslah peluang untuk berjaya.

24.pelajar cemerlang menumpukan kepada perkara-perkara penting walaupun kurang seronok. Pelajar yg gagal menumpukan kepada keseronokan shj walaupun tidak penting

25.adab belajar cemerlang ialah bersih hati, betul tujuan, mengelak gangguan, tahu tujuan, tidak sombong dgn ilmunya, tak abaikan pelajaran dan belajar dengan sistematik.

Rahsia Tujuh

Posted by mije 0 komentar

Ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaanNya, dan sangat tinggi kalimatNya serta bersinambungan nikmatNya, telah menghiasi TUJUH perkara dengan TUJUH perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang TUJUH perkara itu dengan TUJUH perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka TUJUH itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah swt., Maharaja dan Pemimpin yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.

Pertama
Allah swt. telah menghiasi udara dengan TUJUH lapis langit. Firman Allah swt. di dalam Surah An-Naba' ayat 12

Dan Kami telah membina di atas kamu TUJUH petala (langit) yang kuat kukuh

Kemudian Allah swt. menghiasi langit dengan bintang TUJUH. Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Hijr ayat 16
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya

Kedua
Allah swt. telah menghiasi padang yang lapang dengan TUJUH lapis bumi. Firman Allah swt. di dalam Surah At-Talaaq ayat 12

Allah yang menciptakan TUJUH petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu

Kemudian Allah swt. menghiasi bumi itu dengan TUJUH lautan. Sebagaimana firmanNya di dalam Surah Luqman ayat 27

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya TUJUH lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Ketiga
Allah swt. telah menghiasi neraka dengan TUJUH tingkat iaitu Jahannam, Sa'iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan TUJUH pintu, sebagaimana firmanNya yang di dalam Surah Al-Hijr ayat 44
"Ia mempunyai TUJUH pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)"

Keempat
Allah swt. telah menghiasi Al-Quran dengan TUJUH surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan TUJUH ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). FirmanNya di dalam Surah Al-Hijr ayat 87

[87] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) TUJUH ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya


Kelima
Allah swt. menghiasi manusia dengan TUJUH angggota badan iaitu, dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian Allah swt. menghiasinya dengan TUJUH peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. FirmanNya di dalam Surah Al-'Alaq ayat 19

Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Keenam
Allah swt. menghiasi umur manusia dengan TUJUH peringkat. Pada masa lahir disebut "radli", kemudian 'farhim', kemudian 'kuhul', kemudian 'syaikh'. Dan menghiasi TUJUH peringkat umur ini dengan TUJUH kalimat iaitu Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah
Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Fath ayat 26

(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Ketujuh
Allah swt. menghiasi dunia dengan TUJUH negeri yang besar iaitu pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga: Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat: Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam: Negeri Ya'juj dan Ma'juj, ketujuh: China dan Turkistan

Kemudian Allah swt. menghiasi TUJUH negeri itu dengan TUJUH hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah swt. memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para Nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa as. dengan hari Sabtu, Nabi Isa bin Maryam as. dengan hari Ahad, Nabi Daud as. dan Nabi Syith as. dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman as. dengan hari Selasa, Nabi Salleh as. dengan hari Rabu, Nabi Ya'kub as. dan Nabi Ibrahim as. dengan hari Khamis dan Nabi Muhammad saw. dan umatnya dengan hari Jumaat

M u T i A r A K a T a

Posted by mije Kamis, 25 Maret 2010 0 komentar

Sekadar renungan

Ingatlah


"Sahabat itu umpama bayang-bayang,
apabila terang
nampaklah ia..& apabila gelap
hilang ia "

" Kebencian akan membawa
dua sahabat
menjadi musuh, dua pemimpin
akan bertelingkah, dua negara
akan bergolak dan dua
benua akan musnah. "

" Jika Mass tidak melakukan
yang terbaik hari ini
pasti Mass akan melakukan
perkara yang lebih teruk lagi
pada hari esok."

" Sebenarnya, orang yg sentiasa
memuji kita adalah
musuh yg paling berbahaya
kepada kita."

" Jangan sesekali merendah diri
kita dengan mengukur kelebihan
yang ada pada diri
orang lain. "

" Setiap peristiwa yang berlaku
dlm hidup seseorang hanya
menghasilkan dua kesudahan
iaitu kegembiraan &
kesusahan."

" Semua manusia tahu bagaimana
hendak bercakap tetapi
tidak semua orang tahu bila dia
patut bercakap."

" Orang yang paling malang adalah
anak yang ditindas oleh
ibubapanya sendiri."

" Berhati-hati memilih kawan,tetapi
lebih berhati-hati lagi apabila
bertukar pasangan."

" Memburu cinta memang baik,tetapi
cinta yg datang tanpa diburu
seribu lebih baik lagi."

" Betulkan yang biasa & biasakanlah
yang betul."

" Orang yg paling malang adalah
anak yg ditindas oleh ibubapanya
sendiri. "

" Kemarahan seorang lelaki apabila
kelakianya tercabar,manakala
kemarahan seorang wanita adalah
apabila janji-janji si lelaki
padanya tidak tertunai."

" To be trusted is greates
than to be love."

Hati Ini....

Posted by mije Senin, 22 Maret 2010 0 komentar

Sepi malam ditemani bintang
Terik mentari ditemani bayu siang
Tuhan yang Esa menjadikan ciptaanNya berpasang-pasangan
malam Dan Siang
Sejuk dan Panas
Suka dan Duka

Namun..mengertilah hati ini..
Dimana ada puncaknya..pasti ada surutnya..
Dimana ada tenang nya..pasti ada kalanya kocakkan nya..
Mengegarkan jiwa..
Namun hati..jangan sekali2 kau tunduk pada tuntutan nafsu itu..
Amarah mu itu..

Kerana Rabb mu telah berpesan padamu..
Hati mu itu sentiasa berbolak balik.
Dan hati mu itu..hanya dipegang olehnya..
Maka janganlah hati ini di gusarkan oleh kata2 hati..
Yang acapkali di bisikkan kata2 dusta dari musuhmu..
Janganlah hati ini..gundah gelana dgn masalah2 dunia mu itu..
Kerana ingatlah hati ini..pada janji Rabb mu..
Janji yang kekal abadi..janji yang haq
janji yang pasti..

Ingatlah..
Jangan bersedih..sesungguhnya Allah bersama kita..
Yakinlah dgn janji rabb mu wahai hati
Moga tabah hati..tak berbelah bagi..
Moga tenang hati..tambah kasih ilahi..