Tindakan anda jika menerima SMS ini??

Posted by mije Minggu, 28 November 2010 0 komentar
Assalamualaikum. Pagi tadi mijie telah menerima sepucuk SMS dari kawan mijie yang tertulis..


Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Malik
Ya Qudus
Ya Salam
Ya Mu'min
Ya Muhaimin
Ya Aziz
Ya Jabar
Ya Mutakabbir

Kirimkanlah kepada 9 orang asma ALLAH ini insyaAllah kamu akan mendapat berita baik esok. Siapa yang tidak menghiraukannya maka akan mendapat nasib yang buruk selama 6 tahun. Apakah anda tidak mahu mengorbankan 9sen, kerana asma ALLAH? Dalam waktu 1 jam anda akan mendapatkan REZEKI yang tiada tara jumlahnya jangan dipermainkan demi ALLAH ini amanah dan jangan dihapus sebelum dikirimkan.

Adakah anda yakin dengan ugutan dalam kandungan SMS tersebut?..Mijie rasa kurang yakin dengan ugutan diatas sebab kalau kita nak buat sesuatu mesti ikhlas kerana ALLAH kan. Bukan kerana paksaan atau lebih lagi ugutan. Mijie memang pernah menerima SMS seperti ini, tapi kadang-kadang tidak hiraukan.

Asma Allah memang baik untuk disebarkan kepada umat Islam supaya kita sentiasa ingat kepada-NYA. Tetapi kenapa perlu ada perkataan ugutan seperti dalam kandungan SMS tersebut. Sebelum ni pernah menerima SMS seperti ini tapi yang atas nya tu lain lah cuma yang bawah itu masih sama dan perlu hantar ke 9 orang. Tapi kenapa 9 orang erk ??..Kenapa tak 3 ke 5 ke atau beberapa ikut suka.

Kalau memang tujuan nak sebarkan asma ALLAH ini, tidak perlu letak ugutan seperti ni, kerana semua umat Islam sudah mengetahui bahawa kalau kita sebarkan perkara yang baik dan ikhlas kerana ALLAH, pastinya akan mendapat ganjaran. Macamana kalau kita just forward asma ALLAH sahaja tanpa ugutan kepada
kawan-kawan lain, terpulang pada mereka untuk forward ataupun tidak.

Perkara ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia boleh merosakkan iman kerana lebih takut ugutan yang belum pasti dari siapa. Mijie pun tak berani nak menghuraikan lebih panjang. Nanti tersilap dan lebih baik tanya kepada Ustaz atau Ustazah yang lebih pakar.

Ni cuma pendapat mijie yang ilmu agama tidak seberapa. Segala kesilapan dalam entry ini harap dimaafkan dan diperbetulkan yer. Cuma mijie ingin berkongsi dan untuk menggelakkan kita tersalah faham dan iman menjadi kurang. Nak lebih selamat tanya kepada yang lebih pakar dalam bab agama ok.
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar