Selamat tinggal Bangi bersama kenangan..

Posted by mije Senin, 29 November 2010 0 komentar
Assalamualaikum..Saat post ni di publish, maybe mijie dah ada diluar Bangi ni. Untuk pengetahuan hari ni last mijie berada disini. Mijie akan balik ke tempat asal mijie iaitu negeri tanah tumpah darahku, Terengganu Darul Iman.




Setelah selama 1 tahun lebih.. Wah macam lama lah pulak kan. Padahal setahun je..hikhik. Mijie dengan rasminya menutup kisah hidup mijie di Bangi ni.. Esok bersambung kembali kehidupan mijie di negeri tanah tumpah darahku.. Segala kenangan pahit dan manis disini akan mijie simpan kuat dalam memori ini.

Terkenang kembali first time datang sini pada 10/11/2009. Mijie naik bus Ekpress Adik Beradik, (tiket bus masih disimpan tau) bertolak pada belah malam. Yang sebenarnya, mijie naik bus pada pukul 10 pagi tapi malangnya bus tersebut dengan seronoknya telah meninggalkan mijie. Sedih tau kena tinggal dengan bus, ni gara-gara print gambar yang terlalu lama lah nie. Betapa lembabnya printer tersebut untuk mengeluarkan gambar mijie. So, terpaksalah beli tiket lain. Tu pun last time jugak mijie naik bus Adik Beradik, lepas tu naik bus Sani Ekspress. Takut kena tinggal pulak..Uwaaa..


Sampai di Kajang rasanya dalam pukul 4.45 pagi. Mijie call housemate mijie. teeetteeeteee.. Tak angkat, pastu call sekali lagi..teeettteeettt..Tak angkat jugak..Try lagi sekali teeetteee teeeettteeee..Haa baru angkat..Biasalah pagi2 kan. Takkan tak faham lagi buat apa.

Mijie :: "Hello..dah sampai Kajang nie.."
Housemate :: "oo..ada kat mana nie.."
Mijie :: "..kat Kajang lah..."
Housemate :: "..yelah Kajang tapi ada kat mana?..stesen bus ke.."
Mijie :: "..a'ah kat stesen bus nie. Ada depan kedai kuning.."
Housemate :: "..haa kedai kuning??...(maybe dalam hati.. (aku pun tak kenal..)).."
Mijie :: "..a'ah(..dalam sedikit ketakutan, sebab banyak anjing disini..ala terengganu mana ada anjing berkeliaran..).."
Housemate :: "ok2..tunggu situ..jap agi sampai"..

Dalam 45 minit kot kalau tak silap, tiba-tiba sampai lah sebuah kereta Honda City yang rasanya mijie pernah nampak kereta tu. Nasib baik dia dah datang rumah mijie sebelum ni untuk ambil barang-barang, kalau tak confirm tak kenal jugak kereta tu. 30 minit selepas tu sampai lah kat rumah sewa di Vista Seri Putra yang mijie duduk sekarang nie. Letih jugak duk dalam bus lama-lama ni. Nasib baik masuk keje pukul 9, so sempat lah tidur kejap lepas solat subuh.

Pada pagi tu bersamaan 11/11/2009, first time mijie masuk kerja. Mijie pergi kerja dengan housemate. So, dapat jimatkan kos pengangkutan(memang kos pengangkutan ditanggung pun..hehe). Sampai je kat ofis kat blok 11 di Agensi Nuklear Malaysia(bukan ofis mijie sini tapi buat projek sini), mijie memperkenalkan diri dengan ahli group yang lain. 3 lelaki termasuk mijie dan 3 perempuan. Wah 1 sorang tu..hehehe..

Sepanjang mijie kerja disini banyak pengalaman manis dan pahit yang telah dilalui. Maklumlah kan first time kerja, berdebar jugak masa mula tu, dahla mijie cepat berdebar taw. Orang kata kalau cepat berdebar tekanan darah rendah tapi mijie tak pasti pulak..Tak pernah cek pun. Bukan takut tapi tak de kesempatan..hehe..

Selepas seminggu disini, mijie turun mandi kolam kat belakang rumah mijie. Apartment ni sediakan 2 kolam renang. 1 untuk budak-budak yang kedalaman lebih kurang 1 kaki, dan 1 untuk dewasa yang kedalaman 1.35 meter. 2 bulan yang pertama tiap-tiap malam keluar berenang, best tau berenang, dapat rehat kan minda dan juga exercise yang paling berkesan. Disini jugak mijie telah berjumpa dengan 2 orang kawan, mereka adalah student Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS). Sampai sekarang mijie masih berkawan dengan diorang. Pernah juga keluar tengok wayang, karaoke, shopping dan sebagainya.. Bestnya saat tu. Harap-harap ia kekal dan menjadi kerinduan kelak.

Dua hari yang lepas mijie pergi makan satay kat Satay Haji Samuri, Bandar Baru Bangi dengan group member yang lain. Satay sini best tau, isi dia besar2 tau. Lepas ni maybe dah susah nak datang makan satay sini. Lepas makan satay mijie pergi Warta untuk main bowling tapi sedihnya time tu ada tournament. Waaa..Tak lepas hajat nak lawan bowling..waaaa..sedih3..Semalam pulak hajat nak keluar pergi KLCC tapi tak dapat jugak, tak tahu kenapa terasa sangat nak g KLCC. Dapat pergi The Mines je, tapi happy jugak lah dapat main games dan ushar2 notebook..hehe..Tapi tak puas hati lagi ni tak dapat g KLCC...waaaaaa..

Tapi sekarang semuanya telah berakhir. Ini kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Mesti lepas ni rindu saat kegembiraan disini. Sebenarnya amat sukar untuk meninggalkan sini walaupun masih ada sebulan lagi sebelum projek ini berakhir. Mijie terpaksa meninggalkan projek disini disebabkan mijie telah dapat kerja kat Terengganu, tempat mijie praktikal dulu. Alhamdulillah. Memang best buat kerja situ. Kalau dapat tempat lain maybe mijie belum stop lagi kerja sini. Bukan senang nak sesuaikan diri dengan sesuatu kerja kan.

Keputusan yang amat sukar untuk dibuat tapi bila difikir-fikirkan. Takpelah, mungkin rezeki mijie bukan disini tapi kat tempat baru nanti. Harap-harap keputusan mijie ini adalah yang terbaik. Mijie pun pernah terfikir, macamana kalau keputusan ini silap, adakah masih boleh bekerja di tempat lama??..Takpe mijie percaya yang DIA yang lebih mengetahui yang mana sesuai untuk hambanya. Mijie redha dengan ketentuanNYA. Moga-moga pilihan mijie ini tepat dan diredhai. Korang doa agar mijie berjaya dan happy dengan kerja kat tempat baru nanti yer..Aminn..

*huh entry yang paling panjang dari mijie..masih banyak nak tulis tapi next time yer..hehehe..;)
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar