Duit Syiling Dari Langit???

Posted by mije Jumat, 18 November 2011 0 komentar
Salam. Macam tak percaya kan, duit syiling jatuh dari langit?...Memang kalau di fikir kan logik, benda ni tak masuk akal langsung. Siapa lah yang baling duit syiling tu?.. Macam dalam cerita Ali Baba Dan 40 penyamun pulak, saat Ali Baba menjadi jutawan. Opss kesitu pulak. Hehe

Percaya atau tidak, perkara ni telah berlaku di Sungai Siput, Menurutnya.. Sila baca petikan kat bawah nie..




"Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.

Menurutnya, dia kemudian keluar ke pekarangan rumah sebelum melihat beberapa keping duit syiling bertaburan di permukaan jalan dan lantai tempat letak keretanya."

Notakaki : Korang percaya tak benda nie??..Rasa perlu dikaji semula. Yang pelik nya, jika benar jatuh dari langit, kenapa duit syiling tersebut adalah duit syiling Malaysia??..Entah.. Fikir-fikir kan lah..

Sumber : Harian Metro
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar