Video Gol & Keputusan Malaysia VS Indonesia Final Sukan SEA 2011

Posted by mije Senin, 21 November 2011 0 komentar
TAHNIAH buat Skuad Harimau Muda yang berjaya memenangi Perlawanan Bola Sepak Piala Sukan Sea kali-26 pada tahun 2011..Beberapa rintangan dan halangan yang berjaya diatasi menyaksikan Malaysia berjaya memenangi Piala Sukan Sea edisi 26 tahun 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia.

Jaringan pertama telah dijaringkan oleh Gunawan - Indonesia pada minit ke - 5.  Harimau Muda bangkit dan terus mengasak untuk melakukan jaringan dan hasilnya, jaringan berjaya dilakukan oleh Asrarudin pada minit ke 33 hasil hantaran Baddrol Bakhtiar.

Pada aksi masa kedua dan masa tambahan, tanpa jaringan dilakukan oleh kedua-dua pihak. Harimau Muda Malaysia berjaya memenangi perlawanan menerusi tendangan Penalti menerusi Mahali Jasuli, Fadhli Sha, Fandi Othman dan Baddrol Bakhtiar. Fakhri Shaarani GAGAL menjaringkan gol.

Malaysia berjaya mengulangi sejarah kejayaan menggengam pingat emas 2 tahun yang lepas.

KEPUTUSAN
MALAYSIA 1 - 1 INDONESIA

PENALTY
MALAYSIA 4 - 3 INDONESIA 

Jom tengok video jaringan gol yang dilakukan oleh kedua-dua pihak lawan.

Video jaringan Gunawan -Indonesia pada minit ke 5




Video jaringan Asrarudin Putra Omar - Malaysia pada minit ke 33 hasil hantaran baddrol Bakhtiar



Video Jaringan penalti Malaysia VS Indonesia Sukan Sea 2011


Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar