Salah Ke Beli Kereta Tanpa Deposit @ Dowpayment?

Posted by mije Rabu, 16 Maret 2011 0 komentar
Salam semua reader. Ada yang baca paper kosmo ari ni tak?. Sebenarnya mijie tengah konfius ni. Sebelum ni mijie pernah survey-survey kereta, pastu ada jugak wakil penjual ada beritahu yang boleh buat full loan, tapi yang ni under skim graduan. So yang bukan graduan tu memang tak layak untuk mohon yer. Sekian..hehe..


PETALING JAYA - Skim tawaran membeli kenderaan tanpa deposit yang didakwa antara punca ramai penjawat awam diisytiharkan muflis sebenarnya bertentangan dengan Akta Jual Beli 1967.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, apa yang berlaku sekarang ramai wakil penjual kereta memanipulasikan perkara itu demi mengejar komisen.

"Wakil penjual kereta akan memanipulasi pembayaran deposit sebanyak 10 peratus tersebut dengan mengatakan mereka boleh mendapatkan pembiayaan seratus peratus.

"Akhirnya, pembeli terperangkap dengan amaun yang jauh lebih tinggi dan akhirnya tidak mampu untuk menjelaskan ansuran bulanan,'' katanya pada sidang akhbar sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di sini semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai ramai penjawat awam diisytiharkan muflis gara-gara tidak mampu membayar pinjaman pakej pembelian kenderaan tanpa deposit.

Menurutnya, pengguna turut cuai kerana terlalu mempercayai wakil penjual kereta berbanding mendapatkan maklumat dari agensi profesional.

"Tidak ramai pembeli diberitahu bahawa syarat bayaran pendahuluan 10 peratus itu sebenarnya dibuat bagi tujuan memastikan kemampuan seseorang untuk membeli kenderaan," katanya.
So, bila baca artikel ni, bermakna yang skim graduan tu pun termasuk sekali kan sebab dah ternyata syarat bahawa di mestikan untuk membuat bayaran 10% untuk membeli kereta. Tapi skim graduan ni hanya orang-orang yang tertentu(graduan) je dapat kan bukan semua orang dapat.

So, bagi korang yang tahu pasal ni, macam mana yer?..Hanya untuk berkongsi. Bagi mijie kalau nak beli kereta, baik bayar downpayment kan, monthly payment murah sikit.
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar