[TERKINI] - Video Tsunami di Jepun 2011

Posted by mije Jumat, 11 Maret 2011 0 komentar



Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud



TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters

Sumber : Berita Harian

Dasyhat betul Tsunami yang berlaku di Jepun ni kan. Dalam dalam tv3 tadi, di Malaysia, iaitu Labuan dan Sabah akan terkena "tempias" Tsunami ini antara pukul 6 hingga 12 tengah malam ini. Semua di dinasihati berhati-hati dengan kemungkinan ini. Ya Allah selamatkan negara kami dari malapetaka ini.
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar