TAY 1 Telah Memecah Rekod..

Posted by mije Senin, 22 Maret 2010 0 komentar
Nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 memecah rekod sebagai nombor pendaftaran termahal di negara ini apabila ia dibeli dengan harga RM220,000.

Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, walaupun sudah ada pembeli namun pembeli yang berjaya memperolehi nombor pendaftaran tersebut diumumkan minggu depan.

Beliau berkata, jika nombor pendaftaran TAN 1 merupakan harga nombor pendaftaran kenderaan termahal pernah dijual oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini, berhargaRM200,090 dan namun kini 'tewas' kepada nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 pula.

Katanya, nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 telah dibeli dengan harga RM220,000 dan ia merupakan harga paling mahal setakat ini.

''Sebelum ini, nombor pendaftaran kenderaan tersebut dibida seramai enam yang terdiri daripada orang awam seluruh negeri," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar bersama Ketua Pengarah JPJ di sini hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata, sejak nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 hingga TAY 9999 dibuka untuk tempahan, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam.

Jelasnya, sebanyak 534 nombor pendaftaran kenderaan telah dibida oleh 1,119 pemohon yang ingin memiliki nombor pendaftaran tersebut.

"Selain nombor pendaftaran kenderaan TAY 1, nombor pendaftaran kedua yang menjadi rebutan ialah TAY 8 apabila dibeli harga RM62,000,"jelasnya.

- MINGGUAN
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar