Andainya diri ini buta..

Posted by mije Selasa, 25 Januari 2011 0 komentar
Andainya diri ni buta.. Adakah aku akan menyalahkan takdir kerana menjadi seorang yang buta. Ohh tidak, terlalu sukar dan berat untuk meneriman kenyataan ini. Apalah dayaku untuk menerima kenyataan ni.

Selama 23 tahun aku dapat melihat segala keindahan dan keunikan alam yang serba indah ini, tapi segala-galanya telah diambil kembali. Aku tak mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa panca indera yang sangat berharga. Oh tidak, segala nya gelap gelita, Aku tak mampu lagi melihat semua kawan-kawan baik ku. Kehidupan ku dah tak sempurna lagi.

Kebahgiaan dalam perpisahan yang aku kecapi selama ini hilang dalam sekelip mata, bukan sahaja diriku malah seluruh keluargaku dan kawan-kawanku juga turut terasa kesedihan ini. Bagaimana untuk meniti di hari-hari akan mendatang..ya Allah, tabahkan lah hati ku ni menerima dugaan yang Engkau berikan ini.

emm kesian kat Ummu Hani kan. Ala dalam citer HANI tadi. Hehe. Begitu sukar untuk menerima sesuatu takdir. Lebih-lebih lagi kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam kehidupan kita. Kita patut bersyukur kerana semua panca indera masih mampu berfungsi dengan baik walaupun sesetengah orang perlu pakai cermin mata untuk melihat benda jauh kan. Ok renung-renungkan dan selamat menjaga pancaindera anda..:)


Dunia Orang Buta


Cuba ceritakan padaku
bagaimana dunia di matamu
apa benar langit berwarna biru
dan awan agak kelabu

bagaimana warna pelangi?
benarkah mejikuhibiniu?
kerana yang kulihat setiap hari
hanyalah lembaran abu-abu

di duniaku
tidak ada yang berwarna biru
atau merah jambu
yang ada
hanyalah abu-abu…
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar