RON97 Naik Lagi 10 Sen Tengah Malam Ni

Posted by mije Senin, 31 Januari 2011 0 komentar
Argghhh..Minyak naik lagiii.. Yang terkini minyak RON97 dinaikkan sebanyak 10 sen seliter pada tengah malam ni.


PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Notakaki : Nasib baik mijie guna RON95. Harap-harap RON95 jangan naik yer..
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar