Teh Timbang Bahaya Kepada Kesihatan

Posted by mije Minggu, 02 Januari 2011 0 komentar
Teh timbang yang rata-rata digunakan dikedai-kedai kopi sangat berbahaya kepada kesihatan kerana ia mengandungi pewarna sintetik(bukan semula jadi) yang berbahaya. Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negara ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang panjang. Kebiasaan teh ini digunakan untuk membuat teh susu kerana ia lebih pekat daripada teh biasa. 


Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman berkata penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.

p/s : Lepas ni kalau nak minum air kat kedai kopi @ mana -mana kedai kena pastikan dulu teh yang digunakan. Tapi kalau nak lebih selamat minum je air masak @air suam kan.  
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar