Bolehkah Meninggalkan Solat Jumaat Kerana Kerja

Posted by mije Jumat, 21 Mei 2010 0 komentar
Assalamualaikum w.b.t. Dalam perjalanan mijie ke masjid sebentar tadi. Mijie mendapati terlalu ramai lelaki-lelaki yang masih bekerja walaupun azan Zuhur dah berkumandang(mijie pun turun lewat sikit tadi). Adakah seseorang lelaki tersebut boleh meninggalkan solat Jumaat demi untuk melaksanakan tugas?.

Dibawah ni ada sedikit penerangan kepada kes di atas :-
Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya.

Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut :-


1) Dalam pelayaran dan tidak berjumpa dengan masjid

2) Sakit

3) Dalam keadaan bermusafir

4) Hujan lebat atau keadaan cuaca yang amat buruk sehingga menghalang dari pergi ke masjid

5) Tertidur

6) Pengsan

7) Gila

8) Pekerja yang mana kerjanya amat kritikal untuk keselamatan nyawa dan negara

Bagi yang nombor 8, seseorang itu perlu berusaha untuk mengerjakan solat Jumaat, sekurang-kurangnya sekali setiap 3 Jumaat. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w menyatakan dalam satu hadith baginda bahawa mereka yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut akan dikunci hati mereka.

*Jadi, untuk kes yang mijie ceritakan tadi tergolong dalam golongan mana?. No 1 hingga no 7 sah dah bukan kan..Kalu nak kata no 8 tu, rasa tidak juga. Disini aman dan tenteram je mijie tengok. Fikir-fikir lah.
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar