Suami Isteri Bunuh Anak Sebelum Bunuh Diri

Posted by mije Kamis, 20 Mei 2010 0 komentar
Sejak akhir-akhir ini, dah bermacam-macam berita yang tidak harus berlaku dikalangan umat Islam telah berlaku. Berita mengenai pembuangan bayi lah, kes rogol lah, bunuh membunuh lah dan isu halal haram lah dah semakin bertambah di dada akhbar dan juga televisyen. Tiap-tiap hari ada je kes-kes macam ni yang keluar. Apa nak jadi sekarang??.

2 hari lepas mijie terbaca dalam surat khabar, kakak yang memukul adiknya hanya disebabkan oleh teguran adik supaya tidak membawa lelaki yang bukan muhrim masuk dalam rumah. Nampak macam perkara kecil tapi kenapa perkara kecil nie boleh menjadi besar dan mengakibatkan kecederaan??..Adakah kerana kurangnya didikan agama??..

Hari ini pula berita tentang "Suami isteri bunuh anak sebelum bunuh diri". Berapa banyakkah dosa yang ditanggung?. Dosa membunuh diri dan dosa menjadi pembunuh?. Untuk lebih lanjut klik read more..


KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berumur dua tahun mati dipercayai diberi racun tikus, manakala kedua ibu bapanya ditemui mati selepas terjun dari tingkat 29 sebuah kondominium mewah di Brickfields awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mayat kanak-kanak terbabit ditemui mati di rumahnya di tingkat 13 kondominium itu selepas mayat kedua ibu-bapanya dijumpai di belakang kondominum itu.

Bapa kanak-kanak itu dipercayai seorang pegawai kewangan sebuah syarikat tempatan dan ibunya adalah seorang surirumah sepenuh masa.

Beliau berkata mayat pasangan itu ditemui pengawal keselamatan kondominium itu yang dikenali sebagai Mala, 30-an, ketika meronda pada 7.30 pagi dan memaklumkan kepada polis.

Mayat pasangan terbabit ditemui dengan kecederaan parah di kepala serta kesan kelar di tangan kirinya, sementara isterinya ditemui dalam keadaan mengiring berhampirannya.

Ku berkata apabila polis ke rumah pasangan terbabit di Tingkat 13, mereka menemui seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan ditutupi kain putih, dan terdapat kapas di dalam hidungnya dalam sebuah bilik di rumah itu. - Bernama

* Masih dalam siasatan. so, punca yang sebenar masih belum dikenalpasti..
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar