Inspirasi Award Untuk Kawan2

Posted by mije Jumat, 16 Juli 2010 0 komentar
Salam. 2 3 hari sibuk sikit dengan kerja, minggu depan ada trainning kat client pulak. Hari pun mijie tak sempat untuk post tazkirah jumaat minggu ni. InsyaAllah minggu depan akan post. Walaupun sibuk, mijie akan tetap meluangkan sedikit masa untuk berblog ni. Ok. Untuk malam ni mijie ingin post tentang award yang mijie dapat tempoh hari dari 2 orang blogger iaitu aj dan anna. Award ni diberi nama "Inspirasi Award". Comel tau award ni. Award ni juga diberi sebagai tanda menghargai sebuah persahabatan.


Sebelum tu ada sikit soalan. Soalan ringkas je tau..

BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT PADA DIRI SENDIRI DAN PEMBERI AWARD?

Kata-kata semangat..Emm...Walaupun mijie masih baru dalam dunia blogging dan juga dunia pekerjaan tapi mijie tetap akan berusaha dengan lebih gigih untuk menjadi yang terbaik. Mijie tidak akan  berputus asa dalam menempuhi ronak duri kehidupan yang penuh cabaran dan halangan. Setiap cabaran adalah satu perkara yang akan membuatkan kita lebih matang dan wujud perasan ingin mencuba.

Kata orang lebih banyak cabaran dan halangan yang ditempuhi lebih banyak kejayaan terbuka untuk kita. KEJAYAAN tidak akan datang tanpa usaha yang gigih. Dan KEJAYAAN bermula dari kesusahan, kepayahan, halangan, dan cabaran. INGAT!!!..Setiap yang berusaha pasti akan menemukan kejayaan. Dan yang PENTING sokongan daripada korang semua membuatkan mijie lebih bersemangat untuk berblog.~wuaahhha~.;)

Ok. Kata2 kat pemberi award nie. Mijie ingin mengucapkan ribuan terima kepada pemberi award ni aj dan anna. Mijie harap anda juga akan berjaya mencapai cita2 dan akan terus berusaha tanpa mengenal penat lelah dan jangan sesekali berputus asa jika anda gagal kali ini. Terus bangkit dan berusaha lagi next time..Dan yang paling penting persahabatan berkekalan walaupun hanya di alam maya..;)

Ok. Siappp...Sekarang mijie akan memberi kepada kawan2 mijie yang lain pulak. Mijie akan bagitau kat shoubox ek disamping mijie akan update disini.
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar