Ingat Jalan Sedang Dibaiki Tapi….

Posted by mije Selasa, 20 Juli 2010 0 komentar

Salam. Pagi ni mijie nak berkongsi sikit cerita apa yang berlaku pada mijie tengahari semalam. Kalau diimbas kembali, mungkin agak kelakar kot. tapi rasa tak lengkap kalau tak kongsi dengan korang semua. Sekurang-kurangnya ada jugak tempat untuk bercerita kan.

Sebenarnya macam ni, tengahari semalam mijie hantar kawan kat LCCT dan kejadian ini berlaku selepas Plaza Tol KLIA menuju ke Bangi(Jalan selepas tol tu sedang dibaiki). Selepas tol tu kan sepatutnya masuk jalan sebelah kanan tapi tengahari semalam jalan sebelah kanan tu seperti masih belum boleh digunakan lagi, sebab diorang letak kon. Dahla ada kereta parking kat situ. Kereta lain pun tak ada masuk jalan tersebut. Bimbang juga kan kalau-kalau tar tu masih baru. Mesti panas kan, kan tak pasal-pasal tayar kereta meletop..Logik ke??..~hehe~

So, mijie masuk lah lorong belah kiri kot2 ada jalan untuk ke lorong kanan balik. Tapi tak ada pulak. Adui cuak kejap, dah la nak pusing balik mana boleh highway kan. So, teruskan lah perjalanan menuju ke Shah Alam. Jauh tu. Sambil-sambil tu mata ni duk cari kot2 ada signboard ke Kajang/Bangi. Kalau ada ke Nilai pun kira ok dah. Tapi xde satu pun. Cuak2. Lepas tu terjumpa lah signboard exit ke Putrajaya, So, ambil je yang tu.

Mijie teruskan perjalanan, dalam fikiran ni just cari perkataan KAJANG pada signboard. Akhirnya jumpa jugak signboard ke KAJANG. Huh Alhamdulillah. Tapi, entah macam mana boleh terlepas untuk masuk ke kiri, mijie g street. Terpaksa pusing balik, nasib baik jalan masa tu tak jem.

Selepas masuk jalan ke KAJANG tu, baru lah jumpa signboard ke Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah. Jumpa jugak jalan balik. Sampai kat tempat kerja dalam pukul 3 petang. Nasib baik tak jauh mana, kalau tak confirm tak masuk kerja petang 2..~Yeahhh~.

Yang menjadi persoalan sekarang kenapa dia letak kon kat tengah jalan tersebut??..Kenapa ada kereta parking kat situ??..Kenapa pulak tak letak tunjuk arah yang jalan tu boleh lalu??..Kenapa tak ada kereta lalu jalan tersebut??

Sebenarnya, termasuk yang ni dah 2 kali tersilap masuk jalan untuk ke LCCT.. malunya.. Biasa ar orang baru disini kan, tak pernah explorer jalan2 ni..~hihi~

Merapu sikit entry kali ini.. Maafnya menggangu masa korang baca..:)
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar