Tips Melajukan Loading Page

Posted by mije Selasa, 06 Juli 2010 0 komentar
Salam. Yeahh saya dapat telah mendapat idea untuk menulis entry ni selepas bangun daripada tidur. Agak2 mijie ni termimpi kot td?. Setelah saya telah menerima beberapa2 komen daripada otai2 blogger terutama sis DaHLia, NaNaJoe dan pertolongan daripada Mell dan krole. Saya telah mendapat idea untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.


Masalah 1 : Shoutbox Pada Sisi Lambab Keluar.
Masalah ni sebenarnya saya tak perasan pun. Tapi bila bertanya dengan NaNaJoe dan Mell. Diorang kata, memang shoutbox saya bermasalah sedikit. Kadang2 kuar, kadang2 tak keluar. Patut pun kadang2 berape banyak kadang daa tengok trafik ok tapi message kat shoutbox kurang. Ingat silent reader yg datang ruper2nye shoutbox tak keluar. Perasan jap.


Penyelesaian :- Cari punya cari, so saya dah dapat solution nya iaitu membuat shoutbox menggunakan jQuery. Saya minta maaf sebab lambab memberitahu, mungkin ada sesetengah korang yang datang melawat blog saya semalam tapi tak jumpa untuk mencari shoutbox ni.




Masalah 2 : Loading page lembab.
Masalah ini juga telah dikomen oleh NaNaJoe yang dengan seikhlas hati kot.  Terima kasih nana yer, saya suka orang banyak2 komen ni. Setidak2 nya saya boleh mengetahui kelemahan saya tanpa saya sedari. So, rajin2 lah korang memberi komen ye.


Penyelesaian :- Antara penyelesaian yang telah saya lakukan:-
i) Menukar background daripada format jpeg yang bersaiz 50kb kepada format .gif yang hanya bersaiz 900bytes. Ini kerana gambar yang barsaiz besar akan membuatkan loading page menjadi lembab.

ii) Membuat Slider Menu untuk widget yang loading lembab. Yang ini saya ingin berterima kasih pada RedBoy kerana menyediakan tutorial ini. Saya gunakan slider menu ini pada “MAWWI BLOGWALKING” dan juga pada “BANNER KAWAN2”. Ini kerana Mawwi blogwalking ini mengambil masa terlalu lama untuk loading dan pada banner kawan2 adalah untuk menjimatkan ruang. Korang jangan ingat saya anak tiri kan banner korang tau.

iii). Membuat Tab Menu Menggunakan jQuery. Yang ni saya baru buat petang tadi  menggunakan tutorial yang disediakan oleh Nescafe Ais. Tab menu ni bukan sahaja meringankan kerana menggunakan jQuery malah ia juga dapat menjimatkan ruang.


iv). Menukar button “back to top” kepada jQuery. Yang ni pun saya buat pada petang tadi. Button yang digunakan sebelum mengambil masa yang agak lama untuk muncul.

v) Membuat fungsi read more dan membuang widget-widget yang tidak diperlukan. Sebenarnya yang ni dah lama saya buang. Ia dikomen oleh sis DaHLia. Membuat fungsi read more juga dapat meringankan page loading selain membuatkan blog nampak kemas dan teratur. Widget2 yang saya gunakan sebelum ini seperti jam, gambar kartun upin ipin, dan feedjit tidak penting dan melembabkan loading. Memang tidak dinafikan bahawa widget2 tersebut membuatkan blog nampak lebih ceria, cantik, hepy  tetapi demi kelajuan loading.. Baik buang je..

Kalau ikutkan banyak lagi benda yang membuatkan blog saya ni lembab antara nya menggunakan flash header, menu header dan juga title pada side bar. Tetapi saya tidak sanggup untuk membuangnya. Bukan senang nak buat tu semua tau. Sanggup fix kan benda2 lain. Korang nampakkan saya banyak menggunakan jQuery ataupun AJAX. Korang dah tau kan apa itu AJAX??..Kalau belum tahu.. Tunggu entry saya yang akan muncul menemui anda pada bila2 masa yang sesuai, saya akan terangkan apakah itu AJAX.

Ini just hanya pendapat saya yang masih mentah dalam dunia blogging dan masih perlu banyak belajar, So, apa yang kurang harap dimaafkan dan jika ia memberi faedah korang boleh ikut. Jika korang nak tutorial untuk membuat ini semua, boleh lah request kat komen yer…~hehe~.

*Entry kali ni mijie try menggunakan saya pula sebagai ganti nama diri.
*Entry sebelum ini saya dah komen tapi tidak muncul. Maaf yer. Saya sedang mencari solution ni.kalau korang tahu solutionnya, jangan segan, jangan malu beritahu yer.
*Entry ini ditulis pada malam tadi tapi disebabkan masalah internet, terpaksa publish pagi ini.
*Tips ni khas untuk blogger yang ingin meletakkan banyak benda kat blog diorang.
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar