Anda Tergolong Dalam Golongan Yang Mana??

Posted by mije Jumat, 02 Juli 2010 0 komentar


Assalamualaikum w.b.t. hari ini adalah hari jumaat, esok hari sabtu, lusa hari ahad. Huh sekejap je kan rasa masa yang berlalu pergi. Dah masuk 8 bulan dah kerja. Macam tak percaya pulak. Emm.. sebenarnya bukan yang nie nak fokus hari nie. Hari ni kan Jumaat, seperti biasa. Buat2 tak tahu pulak. cewah2.. Ok lah tak nak melalu merepek panjang..Jom lah layann tazkirah hari ini. 

Siapakah orang yang sibuk? 
Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaanNabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? 
Orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg KEDEKUT adalah orang yang tak nak belanja MOHD ARTARMIZI BIN MAMAT!!!..hihihi..:)

* Artikel berkaitan..Klik sini
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar