Shoutbox AJAX menyusahkan??

Posted by mije Selasa, 13 Juli 2010 0 komentar

Salam. Alhamdulillah. Sudah ramai yang telah berjaya mencari shoutbox saya kan, mungkin ada sesetengah je yang masih belum jumpa. Takpe, terusnya pencarian korang. ~hehe~ Kenapa saya guna shoutbox ni??. Sebabnya. AJAX shoutbox nie adalah mengunakan script ajax/jquery. Proses load lebih ringan daripada JavaScript.

AJAX atau singkatan kepada Asynchronous Java and XML (bermaksud JavaScript dan XML mampan), adalah teknik pembangunan web (web development technique) untuk menghasilkan aplikasi laman web yang interaktif. Apa yang menarik tentang AJAX ialah, kita dapat menghasilkan laman web yang dapat menghantar request tanpa reload/refresh. Samalah seperti kita menggunakan software di dalam komputer kita. Ia merupakan kombinasi antara HTML, CSS, XML, Javascript, dan Server side scripting.

Manfaat AJAX adalah penggunaan bandwidth, load halaman lebih cepat, aplikasinya hampir sama seperti aplikasi dekstop. Kecepatan transfer data antara client ke server lebih ringan kerana hanya data saja yang diperlukan. Rata-rata AJAX diaplikasikan dalam website untuk validasi data secara real time, auto complete, control user interface and effect, dan reload data. 

Ok. Itu serba sedikit tentang AJAX yang dipetik dari pak cik google untuk mengelakkan kesilapan info. Nak tau lebih detail, korang tanya pakcik google yer.~muaahhaha~.

Ok, berbalik kepada tajuk diatas, adakah shoutbox ni menyusah korang untuk meninggalkan jejak??. Terpaksa klik untuk popup tersebut. Terpaksa menunggu sehingga selesai loading, Terpaksa menunggu ikon shoutbox keluar..

Sebenarnya TIDAK. Pertama, dalam proses loading, sudah boleh klik, tapi jangan pula buka-buka je terus klik, itu melampau tu, script pun belum dibaca, memang takkan keluar. Kedua kalau icon shoutbox gagal untuk keluar pun boleh klik, kalau simbol cursor menunjukkan ia blh klik. Ketiga, kalau dapat bukak popup tapi keluar mesej “This Webpage is not avaible”, jangan reload page tapi just reload shout box tersebut. Caranya mesti korang dah tau kan. Klik kanan mouse dan klik “reload frame”, shoutbox tu je yang akan reload.

Sebelum mengakhiri entry ni. Saya minta maaf kalau sesiapa yang sebelum ini tak dapat buka blog saya atau tak dapat meninggalkan jejak. Tidak dinafikan bahawa blog saya ni berat sikit masa first time nak load. Kalau korang perasan, yang internet slow je nampak,  ia akan keluar putih sekejap sebelum load. Ini berlaku disebabkan terlalu banyak penggunaan javascript.

So, jangan risau. Saya sedang mencari penyelesaian dan menggunakan semua ilmu2 programming yang ada cewah cam terer sangat programming untuk menyelesaikan masalah ini. Harap bersabar yer..Saya akan berusaha untuk anda semua. Love u allz.. Terima kasih sudi datang ke MiJiE BLoG yang tak seberapa ni..;)
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar