7 Tips Membaca Secara Aktif

Posted by mije Jumat, 30 Juli 2010 0 komentar


Budaya membaca adalah amat disarankan dan juga dapat menambahkan ilmu. Tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun yang sudah berumur. Tetapi adakah anda mendapat maklumat daripada pembacaan anda?. .Adakah anda dapat mencari isi penting daripada apa yang baca??..Adakah anda boleh menjawab setiap persoalan dari apa yang anda baca??. Dan adakah anda faham apa yang anda baca??.. Kalau tidak, anda boleh mencuba amalkan  7 tip dibawah yang mungkin boleh anda selesaikan persoalan-persoalan tadi .

1. Kenali Diri Anda. 
Sejauh mana anda boleh mengingati sesuatu yang anda baca?. Ok, katakan minggu lepas anda telah membaca satu topik yang anda minat. Cuba fikirkan semula berapa banyak isi kandungan yang masih segar?. Jika ditanya, bolehkah anda menjawab?.

Kenali tabiat dan kaedah anda membaca. Kenalpasti diri anda, Mungkin selama ini anda membaca seperti mencurah air kedaun keladi, tidak bertambah dan tidak berkurang. Namun, masih belum terlambar untuk anda melakukan perubahan tersebut.

2. Kenali bahan bacaan anda.
Jika anda ingin membaca sebuah buku, berkenalanlah dengan buku itu terlebih dahulu. Bagaimana?. Dengan meneliti mukasurat ‘isi kandungan’ dan bahagian ‘indeks’ ataupun membaca ringkasan buku tersebut. Bayangkan apakah perkara-perkara yang akan diterangkan dalam topik-topik tersebut.

3. Berhati-hati dengan bacaan tambahan.
Ada sesetengah orang terutamanya pelajar yang lebih mengutamakan buku-buku tambahan, nota tambahan dan pelbagai tambahan lagi. Sedangkan mengabaikan yang asas.. Sebagai contoh, anda mengambil pil-pil vitamin tetapi anda meninggalkan makanan asasi? Adakah kesihatan anda terjamin? Bacaan tambahan baik untuk mendapatkan lebih maklumat tetapi jangan sesekali meninggalkan yang asas.

4. Buat perancangan dan sasaran sebelum membaca.
Anda mestilah mempunyai visi sebelum memulakan pembacaan. Apakah maklumat yang anda ingin ketahui?. Bahagian manakah yang anda ingin fahamkan?. Andaikan anda seorang blogger, mesti anda ingin mengetahui tentang perniagaan internet? Tentang cara berblog? Tentang cara untuk meningkatkan trafik?. Tentang cara menulis artikel yang baik? Atau sebagainya.

Apabila visi atau sasaran sudah tercapai, otak dan mata akan jadi lebih peka terhadap maklumat-maklumat yang terdapat dalam buku tersebut dan pada masa yang sama, ingatan anda akan menjadi lebih tajam.

5. Catat persoalan-persoalan yang timbul. 
Pembacaan yang aktif akan menimbulkan persoalan-persoalan apa yang sedang dibaca. Jangan biarkan ianya terpendam. Luahkan dengan menulis segala persoalan-persoalan  tersebut. Seelok-eloknya tulis pada muka surat tersebuat.

6. Jadikan buku milik anda. 
Apa yang dimaksudkan buku milik anda?. Buku milik anda adalah anda boleh menconteng atau mengariskan isi-isi penting serta maklumat-maklumat yang anda rasa ia menarik. Antaranya seperti peta minda, soalan-soalan, dan idea dari anda. Jangan biarkan buku anda ‘putih-bersih’ setelah dibaca, Gunakan ia secara optimum. (tapi INGAT jangan buat perkara ini pada buku dari pinjaman perpustaan ataupun kawan-kawan).

7. Buat rumusan dan kesimpulan. 
Setelah selesai pembacaan anda. Luangkan sedikit masa, cuba anda rumuskan daripada pembacaan anda tadi. Soal semula soalan-soalan yang ditanya pada awal pembacaan tadi. Adakah anda memperolehi jawapan?. Anda anda berpuas hati? Anda anda mendapat maklumat daripada
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar