3 Cerita Untuk Renungan

Posted by mije Jumat, 25 Juni 2010 0 komentar
Salam Jumaat. Siang tadi terlalu busy dengan kerja, tak bleh nak tulis entry. Hari jumaat kebiasaanya mijie akan postkan entry berkenaan tazkirah untuk renungan bersama tapi minggu ni xde pulak tajuk yang sesuai. Emm jadi cari lah cerita-cerita sedikit yang menarik yang juga ala-ala tazkirah jugak.~hehe~

1) Handphone
Seorang businessman terlalu risau kerana perniagaannya yang merosot. Dia bercadang untuk menjual sahamnya sebanyak 100 lot pada harga RM5.00. Pesanan telah diberitahu pada remisier supaya menghubunginya bila harga naik kepada RM5.00

Masuk waktu zohor, dia pun sembahyang zohor dan ingin berdoa supaya harga saham naik. Ketika rakaat kedua, telefon bimbitnya berbunyi, panggilan dari remisiernya. Sidia pun cakap, "Hello! Aku tengah sembahyang ni!, Kejap lagi aku telefon kau balik!'

2) Mat Rock Sudah Insaf!!!! 
Seorang Mat Rock berasa sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Dia pun singgah di Masjid Jamek, waktu asar. Setelah ambik air sembahyang, Mat Rock pun sembahyang asar. Selepas dua rakaat, mat rock beri salam. Selesai.

Seorang abang bilal pun bertanya,"Saudara sembahyang apa tadi? "sembahyang asar" jawab mat rock "Tapi sembahyang asar empat rakaat, bukan dua rakaat" sampuk abang bilal.

Dengan nada marah, mat rock jawab "Nasib baik saya sembahyang dua rakaat, kat luar sana tu, masih ramai yang tak sembahyang langsung!!!!!

3) Sembahyang tak boleh cakap 
Ada tiga orang muallaf yang baru masuk islam dan sedang belajar sembahyang. Sedang sujud rakaat kedua sembahyang maghrib, mullaf pertama bertanya kepada mullaf kedua,"Eh! sembahyang maghrib berapa rakaat? "Hei, sembahyang mana boleh cakap!, nanti batal sembahyang kau ni" marah muallaf kedua.

"Nasib baik saya tak cakap!" kata muallaf ketiga.
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar