Mitos Tentang Lelaki Moden

Posted by mije Rabu, 16 Juni 2010 0 komentar

Lelaki ataupun Boyz seringkali diperkatakan tentang mereka. Di pejabat, di pasar, di media2 dan dimana2 mesti ada terdengar tentang mereka. Ada yang baik dan dan juga yg buruk. Kebanyakan yang baik kot..~hihi~. Disini mijie ingin berkongsi sedikit mitos tentang lelaki, lelaki moden boleh dikatakan mengambil berat, merupakan kawan yg baik, romantik dalam percintaan dan juga mudah untuk jatuh cinta. Tapi betulkah kenyataan itu??..Ok disini mijie listkan 10 mitos lelaki moden hari ini.

1. Kebanyakan lelaki takut untuk berterus terang. Mereka takut untuk memberitahu bahawa mereka cintakan seseorang wanita itu. Manakala bagi lelaki yg sudah berumahtangga, jarang yg mengakui mereka dah berumahtangga.

2. Kebanyakan lelaki tidak mampu utk setia dgn seorang wanita. Di dalam perhungan percintaan, lelaki sukar utk setia.

3. Kebanyakan lelaki tidak mementingkan penampilan mereka berbanding wanita. Dari segi pakaian kadangkala lelaki memandang perkara agak remeh.

4. Kebanyakan lelaki mudah mencari pengganti. Mudah jatuh cinta semula berbanding wanita.

5. Kebanyakan lelaki selalu rasa kesunyian. Walaupun dia rasa dia sentiasa gembira, tetapi hakikatnya mereka memang kesunyian.

6. Kebanyakan lelaki, kerja adalah lebih penting dari bercinta. Mereka tidak dapat membahagikan masa antara cinta dan kerja. Bagi mereka kerja adalah kerja.

7. Kebanyakan lelaki mudah untuk jatuh cinta. Lelaki juga mudah mengucapkan kata-kata "Aku Cinta Padamu" tanpa mempunyai apa-apa perasaan.

8. Kebanyakan lelaki tidak sesensitif wanita. Dalam apa-apa hal, lelaki tidak begitu mengambil berat.

9. Kebanyakan lelaki sukar untuk menceritakan masalah peribadi mereka kepada orang lain. Mereka lebih suka memendam perasaan tersebut daripada bercerita sana sini.

10. Kebanyakan lelaki suka memerhatikan buah dada wanita. Buah dada adalah antara bahagian yg cepat menarik perhatian mereka.So, wanita perlu menutup bahagian tersebut yer..

11. Opss extra 1. Yang ni adalah hanya segelintir lelaki sahaja dan agak sukar jugak untuk mijie tuliskan dalam ni sebenarnya. Bagi lelaki CINTA adalah SEX. Mungkin kot sebab tu banyak kes tentang pembuangan bayi dan kes rogol. Kebanyakan pasangan yang sedang hangat becinta kan.

Bagi wanita fikir-fikirkan dan renung-renungkaan. Jangan terlalu mudah percaya 100% terhadap lelaki. Periksa asal usul mereka terlebih dahulu untuk membuat keputusan.

Dan bagi lelaki juga janganlah memainkan perasan wanita, cintai dan sayangilah mereka dengan hati yg ikhlas, terlalu pedih dan sakit jika mendapat tahu diri dipermainkan. Ingat setiap perbuatan ada balasannya, jika hari ini kita memainkan perasan seorang wanita, mungkin suatu hari nanti, ada seorang wanita yang juga memainkan perasan kita juga. Dan saat ini baru tahu berapa pedihnya dan pilunya bila hati dan perasan bila dipermainkan..
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar