Teliti Itu Penting

Posted by mije Selasa, 08 Juni 2010 0 komentar
Salam..Sambil2 tengah buat kerja. Tiba2 terlintas difikiran mijie yang tak berapa nak tajam ni untuk menulis entry ini. Ini amat penting bagi seseorang untuk melakukan kerja dengan cemerlang dan berkualiti. Lebih2 lagi bila berada dalam keadaan yang amat memerlukan untuk berbuat demikian(klu x perlu baik tak payah buat kan..haha).

Kadang2, perkara ini boleh menjadi sesuatu perkara yang amat penting. Kalau tersilap. Huh merana diri dibuat nya ini. ~hehe~.Ni mijie ada cerita sikit ni. Jom layan sekejap..

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu. Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.

Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi.... saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

Hah..amacam paham!!..So, kita perlulah teliti yer..Dan tumpukan perhatian..Ok2..dah2..sambung buat kerja pulak..OOoo..Curik masa yer...eh3..ade kene mengena ke dengan tajuk atas 2???~lalalalaa~
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar