Kelebihan Bulan Rejab

Posted by mije Jumat, 18 Juni 2010 0 komentar

Salam. Macam biasa hari setiap hari Jumaat mijie akan postkan satu tazkirah untuk renungan bersama. Tapi hari ini agak terlewat disebabkan terlalu sibuk di pejabat td. Balik rumah rehat kejap. Ok Tajuk tazkirah pada minggu ni adalah Kelebihan Bulan Rejab sempena hari Jumaat minggu pertama Bulan Rejab ni.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya, Ramadhan dengan LAILATUR QADARnya..

Umat Islam digalakkan untuk berpuasa di bulan Rejab. Banyak kelebihan yang dijanjikan Allah. Antaranya  seperti berikut:-

  • Puasa sehari pada bulan Rejab, mendapat syurga tertinggi(Firdaus).
  • Puasa 2 hari pada bulan Rejab, dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke Neraka
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab, diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari Kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur yang bercahaya muka. 
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu Neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya pintu Syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab. keluar dari kuburnya lalu MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH tidak ditolak dia masuk dalam syurga
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirot pada tiap-tiap satu batu dihari kiamat.
  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab, akan dapat melihat wajah Allah didalam Syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga
  • Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya(pembaharuan umur).
Adsense Content. bottom of article

0 komentar:

Posting Komentar